- penyakit dan penawarnya ,berpandukan al Quran dan Sunnah "Kami menurunkan dari Al Quran itu suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.."-(Al-Isra', 17:82) - مَا أَنْزَلَ اللهُ مِنْ دَاءٍ إِلاَّ أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً “Tidaklah Allah menurunkan sebuah penyakit melainkan menurunkan pula obatnya.”
Tuesday, April 22, 2014
Masaalah Berubat dari Nabi Sallahu alaihi wasallam
Sesungguhnya Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam pernah
mengutarakan masalah berubat, sebagaimana di dalam beberapa hadis. Di
antaranya,
1. Dari Jabir Bin Abdullah radhiallahu'anhu, bahawa Rasulullah
shallallahu `alaihi wasallam bersabda,
"Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sesuatu ubat bertepatan
dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan seizin Allah `azza wa
jalla." (HR. Muslim)
2. Dari Abu Hurairah radhiallahu'anhu, bahawa Rasulullah shallallahu
`alaihi wasallam bersabda,
"Tidaklah Allah menurunkan sesuatu penyakit melainkan menurunkan
pula ubatnya." (HR. Al Bukhari dan Muslim)
3. Dari Usamah bin Syarik radhiallahu'anhu, bahawa beliau berkata,
"Aku pernah di sisi Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam lalu
datanglah sekumpulan arab dusun. Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah,
bolehkah kami berubat? ." Baginda menjawab, "Iya, wahai para
hamba Allah berubatlah. Ini kerana Allah `azza wa jalla tidaklah
meletakkan sesuatu penyakit melainkan meletakkan pula ubatnya, kecuali
satu penyakit." Mereka bertanya, " Penyakit apakah itu? ."
Baginda menjawab, "Penyakit ketuaan." (HR. Ahmad, Al Bukhari
dalam Al-Adabul Mufrod, Abu Dawud, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi, beliau
berkata bahawa hadis ini hasan sahih. Syaikhuna Muqbil bin Hadi
Al-Wadi'i mensahihkan hadis ini di dalam kitabnya Al-Jami'us
Sahih mimma Laisa fish Sahihain 4/486)
4. Dari Ibnu Mas'ud radhiallahu'anhu, bahawa Rasulullah
shallallahu'alaihi wasallam bersabda,
"Sesungguhnya Allah `azza wa jalla tidaklah menurunkan sesuatu
penyakit melainkan menurunkan pula ubatnya. Ubat itu diketahui oleh
orang yang boleh mengetahuinya dan tidak diketahui oleh orang yang tidak
boleh mengetahuinya." (HR. Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim, beliau
mensahihkannya dan disepakati oleh Adz-Dzahabi. Juga Al-Bushiri
mensahihkannya dalam kitab Zawaidnya. Lihat Takhrij Al-Arnauth atas
Zadul Ma'ad 4/12-13)
Selawat Syifa dan Doa Penawar -
Labels:
masaalah berubat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment