Friday, April 11, 2014

kesan positif penggunaan minyak Zaitun pada penyakit Jantung Koronari




Muwaffaquddin ‘Abd Al-Latif Al-Baghdadi rahimahullah berkata:

“Menggunakan minyak Zaitun akan menguatkan rambut dan organ tubuh serta melambatkan uban. Meminum minyak Zaitun akan menjadi penawar pada racun, mendinginkan perut dan melegakan rasa sakitnya. Zaitun juga mampu mengeluarkan cacing. Manfaat Zaitun amat banyak. Semua jenis minyak boleh melemahkan perut dan usus, kecuali minyak Zaitun.”

[At-Tibb Min Al-Kitab Was-Sunnah]

----------------------------------------------

Dr. Trevesan dari Universiti New York telah mencatat beberapa khasiat minyak Zaitun dalam satu kajian, beliau menyatakan:

“Berbagai kajian moden menegaskan bahawa terdapat banyak kesan positif penggunaan minyak Zaitun pada penyakit Jantung Koronari (Penyakit ini adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan darah kepada otot jantung, di mana paras kolesterol yang tinggi, Diabetes (kencing manis), Hipertensi (tekanan darah tinggi), kegemukan, merokok, kurang melakukan senaman, faktor jantina, dan proses penuaan adalah antara faktor penyumbang kepada penyakit ini).


Meskipun kajian tersebut memfokuskan pada lemak darah (Lipid), tetapi sebilangan kajian ilmiah menunjukkan bahawa minyak Zaitun juga amat berguna bagi para pesakit Diabetes dan Hipertensi.

[Diterbitkan dalam majalah Gamma pada tahun 1990]



~Azfar Suhaimi

No comments:

Post a Comment