Sunday, December 15, 2013

Kehebatan Ruqyah


Kehebatan Ruqyah,Kerana dalam sesebuah daerah didapati ramai yang terkena sihir,maka dikumpulkan di sebuah tempat yang lapang.Lihatlah kesannya.

Ruqyah Jibril: Meruqyah orang terkena sihir atau kesurupan jin.

Doa yang dibaca oleh Malaikat Jibril ketika meruqyah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

بِسْمِ اللهِ أَرْقِيْكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيْكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنِ حَاسِدٍ، اللهُ يَشْفِيْكَ. بِسْمِ اللهِ أَرْقِيْكَ.

[Bismillaahi arqiik, min kulli syai-in yu'dziik, min syar-ri kulli nafsin au 'aini haa-sid, Allaahu yasy-fiik, bismillaahi arqiik]

Maksudnya:

"Dengan nama Allah aku meruqyahmu dari segala yang menyakitkanmu, dan dari kejahatan setiap diri atau pandangan mata yang penuh kedengkian. Semoga Allah menyembuhkanmu. Dengan nama Allah aku meruqyahmu." - Diulang 3 kali.

Sumber: Shahih Al-Bukhari, hadis no: 2186.

"Adalah (Rasulullah SAW) apabila seseorang ahli keluarga baginda sakit, Baginda hembuskan padanya dengan ayat-ayat pelindung."
(Hadith riwayat Imam Muslim)


كنا نرقي في الجاهلية، فقلنا: يا رسول الله، كيف ترى في ذلك؟ فقال: "اعرضوا عليّ رقاكم، لا بأس بالرقى ما لم يكن فيه شرك

"Kami dahulu melakukan jampi ketika jahiliyah, maka kami bertanya, Wahai Rasulullah, bagaimana Engkau lihat perkara itu? Sabda Baginda, Tunjukkan kepadaku jampi kamu semua, tidak mengapa dengan jampi yang tidak ada unsur syirik padanya."
(Hadith riwayat Imam Muslim)

No comments:

Post a Comment