Wednesday, February 12, 2014

Ada Apa Dengan 2 Sudu Minyak Zaitun?



Ada Apa Dengan 2 Sudu Minyak Zaitun?

Para pengkaji dari Universiti Barcelona, Sepanyol mendapati beberapa orang dewasa yang mengambil 35 ml atau lebih kurang 2 sudu makan Minyak Zaitun segar setiap hari selama 1 minggu, cenderung lebih sedikit mendapat oksidasi kolestrol jahat (LDL). Ini kerana terdapat tahap antioksidan dan polyphenol yang tinggi dalam darah mereka.

Dr. Imran di Oman menyatakan dalam ceramahnya bahawa orang yang sentiasa mengambil 2 sudu Minyak Zaitun setiap hari akan mengurangkan berlakunya pemendapan lemak di dalam pembuluh darah, kerana Minyak Zaitun kaya dengan unsur asid lemak, di mana ia berkesan dalam mengubati pelbagai jenis penyakit, di antaranya luka pada perut, penyakit hati dan pengerasan pembuluh darah.

The Food and Drug Administration (FDA) melaporkan bahawa lebih kurang 2 sudu Minyak Zaitun setiap hari (23 gram/35 ml) dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Bersama Amalkan Pemakanan Sunnah
Hidup Sihat Penuh Barakah 


~ https://www.facebook.com/pages/Pantai-Timur-Olive-House-PATOH/445238375576381?ref=notif&notif_t=fbpage_fan_invite

No comments:

Post a Comment