Saturday, December 7, 2013

Memudahkan Bersalin - Banyakkan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran...




...tidak ada nas yang mengatakan meminum air lebihan suami boleh memudahkan bersalin. Banyakkan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran. Bayi di dalam kandungan akan mendapat keberkatan dan akan memberi kesan pada bayi apabila ibu yg sedang mengandung banyak berdoa, berzikir dan membaca al-Quran. Banyak solat dengan bersujud juga akan memudahkan bersalin insyaa Allah.

Berdoa banyak2 serta amalkan zikir dan bacaan2 surah berikut dibawah. 
 
Amalan berzikir dan banyak berdoa digalakkan bagi ibu-ibu yang hendak melahirkan kerana ini dapat mententeramkan fikiran dan dapat memupuk kesabaran ketika dalam kesaki
tan melahirkan anak nanti.
Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:

 
1.“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”

2. “ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim." (Doa Nabi Yunus a.s)

3. “ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:

4. “ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”



Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca Ayat Kursi .

 

Kemudian pula  :

5.“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:

6. Maha Suci Allah (Subhanallah)

7. Aku Pohon ampun kepada Allah (Astagfirullah)

Sentiasa membaca doa ini :
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ.
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ
Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki''


-----------------------------------------------

~ Abu Basyer



Mohd Safuan Ismadi 
  Allah perintahkan mariam makan kurma dan minum air sungai supaya nanti mudah dia bersalin.. amalkan makan kurma dan minum air bersih..di samping amalka zikir2 yg ustaz bg di atas..in syaa Allah.. wallahu a'lam

1 comment: