~ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
Tujuan:
1. Untuk mencapai dan mengekalkan paras gula dan lipid darah pada julat normal.
2. Untuk mengelak sebarang komplikasi penyakit.
3. Untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.
4. Untuk membekalkan keperluan pemakanan bagi memenuhi keperluan harian.
Penjagaan makanan:
Terdapat 3 kumpulan makanan untuk pesakit Diabetes Mellitus:-
Makanan yang perlu dielakkan - Semua makanan dan minuman yang manis dan mengandungi gula tinggi.Contohnya: Pelbagai jenis gula, kuih-muih, niskut manis, kek, gula-gula, coklat, ais krim, minuman ringan, sirap cordial, susu pekat manis, jem, kaya, madu dan minuman beralkohol.
Makanan yang bebas dimakan
1. Semua jenis sayuran, kecuali semua jenis ubi.
Contohnya: sawi, kangkung, bayam, kobis, kacang buncis, kacang panjang, bendi, tomato, terung dan sebagainya.
2. Semua cecair dan minuman tanpa gula
Contohnya: Sup air, air kosong, the dan kopi ‘o’ tanpa gula, teh Cina, air limau, air barli tanpa gula.
3. Perasa dan Perencah
Contohnya: serbuk cili, kari, kunyit, rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sebagainya.
4. Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa lemak dan kulit, tauhu, kuning telur (2-3 biji seminggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. Hadkan makanan tinggi kolesterol seperti makanan laut (udang, sotong, ketam, kerang, siput) dan organ dalaman (hati, otak, perut, limpa
Makanan yang perlu disukat
1. Susu dan hasil tenusu
2. Bijirin dan hasil bijiran
3. Kacang dan kekacang
4. Buah-buahan
No comments:
Post a Comment