Kurma kaya dengan berbagai khasiat. Ia
sangat bermanfaat kepada kesihatan tubuh dan merupakan makanan utama
Baginda Rasulullah s.a.w. Menjelang Ramadhan, buah ini sudah tentu
menjadi pilihan utama kepada umat-umat Islam yang berpuasa. Kurma dalam
bahasa saintifik dikenali sebagai Phonex dactylifera berasal dari
keluarga Arecaceae dari genusphoenix.Terdapat berbagai
jenis kurma yang boleh didapati di seluruh dunia. Antara kurma yang
terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang mempunyai berpuluh-puluh
jenis. Rasanya manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak.
Bagi ibu-ibu mengandung, adalah
digalakkkan untuk mengambil kurma dalam diet harian mereka. Di dalam
al-Quran terdapat ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini.
Ayat ini merujuk kepada peristiwa ketika Maryam mengandung Nabi Isa a.s
sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
وَهُزِّي
إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا
فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ
أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ
الْيَوْمَ إِنْسِيًّا
“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk Rabb Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini” (Maryam : 25-26)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat
buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah
memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah
selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang
kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa
perubatan cara Islam lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang
menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan
sampingan yang lain.
Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah
membawakan perkataan ‘Amr bin Maimun di dalam tafsirnya : “Tidak ada
sesuatu yang lebih baik bagi perempuan nifas kecuali kurma kering dan
kurma basah”
Ruthab (kurma basah) mencegah terjadinya
pendarahan bagi perempuan-perempuan ketika melahirkan dan mempercepat
proses pengembalian posisi rahim seperti sedia kala sebelum waktu hamil
yang berikutnya. Hal ini karena dalam kurma segar terkandung hormon yang
menyerupai hormon oxytocine yang dapat membantu proses kalahiran.
Dokter Muhammad An-Nasimi dalam kitabnya,
Ath-Thibb An-Nabawy wal Ilmil Hadits (II/293-294) mengatakan, “Hikmah
dari ayat yang mulia ini secara kedokteran adalah, perempuan hamil yang
akan melahirkan itu sangat membutuhkan minuman dan makanan yang kaya
akan unsur gula, hal ini karena banyaknya kontraksi otot-otot rahim
ketika akan mengeluarkan bayi, terlebih lagi apabila hal itu membutuhkan
waktu yang lama. Kandungan gula dan vitamin B1 sangat membantu untuk
mengontrol laju gerak rahim dan menambah masa sistolenya (kontraksi
jantung ketika darah dippompa ke pembuluh nadi). Dan kedua unsur itu
banyak terkandung dalam ruthab (kurma basah). Kandungan gula dalam
ruthab sangat mudah untuk dicerna dengan cepat oleh tubuh”
Kurma diangkat
tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang
tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0
peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50
hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya
telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma,
tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam
kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula
pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam
tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi
glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Berilah makanan kurma pada wanita yang
hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan
anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”
Nabi Muhammad SAW juga bersabda:
“Berilah makan buah kurma kepada
isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan
buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang
penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
Kandungan Hormon Yang Menguatkan Ibu Mengandung:
Zat Besi dan Kalsium
Bermanfaat untuk produksi hemoglobin dan
sel darah merah, sehingga akan sangat melindungi ibu hamil dari
kekurangan sel darah merah atau anemia. Jika kebutuhan akan zat besi ini
terpenuhi, maka peredaran darah akan lancar dan sari-sari makanan akan
beredar dengan lancar. Kalsium yang terdapat di dalam sari buah kurma
juga membantu menguatkan tulang si ibu dan membantu pertumbuhan
tulang,gigi serta mengaktifkan sel-sel otak janin. Kita sering kali
disodori vitamin penguat tulang atau suplemen tambahan untuk kalsium
oleh doktor atau bidan. Namun, kandungan kalsium dalam sari buah kurma
ternyata dapat mencukupinya.
Hormon Potuchin
Hormon ini berfungsi untuk mengikat rahim
dan otot rahim sehingga dapat membantu mengurangi pendarahan pasca
melahirkan, ia juga akan membantu memacu kontraksi di pembuluh darah
vena yang ada di sekitar payudara ibu, sehingga memacu kelenjar air susu
untuk menghasilkan air susu ibu.
Hormon Oksitosin
Hormon ini dihasilkan neurohipofisa, bekerja untuk merangsang kontraksi otot polos dinding rahim selama coitus dan melahirkan. Ini akan sangat membantu kelancaran proses kelahiran. Hormon oksitosin akan
menyatu dengan reseptornya memulai kontraksi otot yang teratur secara
bertahap, sehingga menyebabkan perluasan leher rahim yang dari situlah
terjadi proses kelahiran.
Setelah persalinan, hormon oksitosin
juga bermanfaat untuk mengeringkan rahim dan meningkatkan kotraksi otot
– ototnya yang terajut satu sama lain seperti jaring. Serat otot – otot
yang terajut tersebut berkontraksi sedemikian sehingga menyempitkan
celah – celah rajutan tersebut efeknya pendarahan segera terhenti secara
bertahap.
Kandungan Fiber atau Serat Yang Tinggi
Kandungan ini pada sari buah kurma
merupakan yang paling besar dibandingkan buah-buahan lain. Fiber
memiliki manfaat untuk memperlancar proses pembuangan, sehingga pada
saat persalinan, tidak ada sisa-sisa makanan yang berbentuk tinja
menumpuk di usus dan memperlambatkan proses persalinan. Ia mencegah penyerapan kolesterol LDL dalam
usus dan membantu melindungi selaput lendir usus dengan mengurangi
paparan dan mengikat bahan kimia yang menyebabkan kanker usus besar.
Kajian yang dijalankan membuktikan bahawa
kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.
Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian
anggota lain dan otak. Semasa bayi dilahirkan,kurma juga dicalitkan
sedikit di lelangit bayi. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan
kesakitan dan kadar degupan jantung.
Antara khasiat lain kurma:
· Tamr
(kurma kering) berfungsi untuk menguatkan sel-sel usus dan dapat
membantu melancarkan saluran kencing karena mengandung serabut-serabut
yang bertugas mengontrol laju gerak usus.
· Buah kurma yang direbus dapat memperlancar saluran kencing.
· Buah kurma Ajwah dapat digunakan sebagai alat ruqyah dan mencegah dari ganguan jin.
· Kurma
sangat dianjurkan sebagai hidangan untuk berbuka puasa. Ada hal yang
sudah ditetapkan dalam bidang kedokteran bahwa gula dan air merupakan
zat yang pertama kali dibutuhkan orang berpuasa setelah melalui masa
menahan makan dan minum.
· Buah
kurma kaya dengan zat garam mineral yang menetralisasi asam, seperti
Kalsium dan Potasium. Buah kurma adalah makanan terbaik untuk
menetralisasi zat asam yang ada pada perut karena meninggalkan sisa yang
mampu menetralisasi asam setelah dikunyah dan dicerna yang timbul
akibat mengkonsumsi protein seperti ikan dan telur.
· Kalium
dalam kurma adalah komponen penting dari sel dan cairan tubuh yang
membantu mengendalikan denyut jantung dan tekanan darah, sehingga
memberikan perlindungan terhadap penyakit jantung koroner dan stroke.
· Buah
kurma mengandung vitamin A yang baik dimana ia dapat memelihara
kelembaban dan kejelian mata, menguatkan penglihatan, pertumbuhan
tulang, metabolisme lemak, kekebalan terhadap infeksi, kesehatan kulit
serta menenangkan sel-sel saraf.
· Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
· Kandungan
potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan,
membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan
badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
· Kurma mengandung antioksidan yang dikenal sebagai tanin. Tanin diketahui bersifat anti-infeksi, anti-inflamasi dan anti-hemoragik.
“Rumah yang tidak terdapat kurma melaparkan penghuninya.” (HR Ibnu Majah)“Sesungguhnya pada kurma Aliyah terdapat penawar penyakit.” (HR Muslim dan Ahmad)
By: Nurul Khalida Baderi
No comments:
Post a Comment