Monday, October 21, 2013

Jus buah tak baik untuk kesihatan?


Jus buah tak baik untuk kesihatan?

by Hasny on September 20, 2013

Soalan: Berat badan saya tidak menurun sebaliknya semakin bertambah. Ini berikutan selepas saya mengambil jus buah-buahan setiap hari. Bukankah jus buah2an berkhasiat dan baik untuk kesihatan?

Jawapan: Memang jus buah2an berkhasiat tetapi jika ia adalah jus yang dibuat daripada buah2an yang segar dan tanpa gula tambahan

Jus buah2an dari kotak/botol adalah tinggi kandungan gula dan rendah zat-zat makanan. Jika ingin turun berat badan, disarankan untuk makan buah2an segar daripada minum jusnya.

 Ini disebabkan jus buah2an mengandungi lebih kandungan gula berbanding buah segar, walaupun tidak ditambah gula. Ini dapat dilihat dari segi penyediaan jus buah2an – anda memerlukan lebih sebiji buah untuk membuat satu gelas jus, bermaksud kandungan gula dalam segelas itu adalah dua hingga tiga kali ganda lebih.

 Namun, makan satu biji buah sudah cukup memberi rasa kekenyangan dan kandungan gulanya adalah lebih rendah.
shape plus jus buah
Sumber: Rapi

~ http://www.surihati.com/2013/09/20/jus-buah-tak-baik-untuk-kesihatan/

No comments:

Post a Comment