Wednesday, September 11, 2013

Apa amalan yg ibubapa boleh lakukan semasa anak dlm dewan peperiksaan?

As salamu'alaikum. Ramai ibubapa bertanya: 

Apa amalan yg ibubapa boleh lakukan semasa anak dalam dewan peperiksaan?

 Ibu bapa boleh:

1. Berpuasa sunat di hari anak2 ambil pepperiksaan, sebab doa ibubapa amat makbul. Doa orang yang berpuasa itu makbul, apatah lagi doa ibubapa yang sedang berpuasa! 


2. Lakukan solat taubat & solat hajat & mohon agar anak tenang & dapat jawab semua soalan dengan cemerlang. 


3. Baca Quran & hadiahkan pahala kepada anak agar terang hati & tenang fikiran, 


4. Lakukan solat Dhuha & doakan anak,


5. Sedekah di masjid, rumah anak yatim, etc & hadiahkan pahala untuk anak,


6. Berterusan berzikir & berdoa,


7. Hantar gelombang positif kepada anak-- bayangkan wajah anak & yakin dia dapat jawab semua soalan dengan tepat.


8. Benar2 bertawakkal kepada Allah & redha dengan segala ketentuanNya. Moga Allah jayakan semua anak2 yang ambil peperiksaan(UPSR....) . Aameen, wassala


-------------------------------------------

 
As salamu'alaikum shbt yg mulia. Moga Allah rahmati kita semua. Antara petua yg Ibubapa boleh lakukan utk bantu anak hadapi UPSR mulai esok:

1.Doa, fikir, cakap & yakin yg anak akan berjaya,

2. Bentuk suasana yg tenang d rumah utk anak mudah study,

3. Elak gaduh, marah atau rajuk agar anak dpt getaran +ve .

4. Ahli keluarga korban dgn bantu, temankan belajar, tutup TV, etc 

5. Pesan kpd anak utk amalkan rutin harian yg mengikut sunnah Nabi,

6. Pastikan segala kelengkapan utk pep telah siap sempurna, 

7. Maafkan & Doakan guru & kwn2,

8. Ibubapa berpuasa, solat hajat & byk berdoa, 

9. Nyatakan yg ibubapa akan redha dgn apapun result yg akan di dapati nanti asalkan dia dah mencuba yg terbaik. Ini akan mengurangkan tekanan kpd anak,

10. Pesan anak utk solat taubat, hajat & istikharah utk mudah study & jwb soalan masa periksa & tidur awal,

11. Di pagi pep, peluk anak & doakan fatehah, ayat Kursi & al Insyirah & hembus atas kepala anak agar dia tenang & terang hati, 

12. Pesan anak masuk dewan pep dgn kaki kanan, baca fatehah, selawat, doa penerang hati & surah al Insyirah SEMASA NAK JWB SOALAN PEPERIKSAAN, 

13.Ibubapa buatkan atau cari air penerang hati sbg booster kpd anak. Moga semua anak yg akan ambil UPSR akan berjaya dgn cemerlang. Aameen, wassalam.
 
 

~ Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

No comments:

Post a Comment