ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...
Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru
menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru
ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut
cara yang dianjurkan oleh Islam.
Antara yang mungkin kita semua
tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu
dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian
memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan
tulang yang baik.
1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha,
kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung
bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
2. Siraman
pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan,
kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian
punggungnya.
3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan
penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah
bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai
untuk bayi.
4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke
kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak
mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di
belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk
menggosok dahi.
5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh
melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya
mudah selesema atau jangkitan kuman.
7. Siraman yang terakhir,
dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan
menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang
air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya
melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
8. Selepas selesai
mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap
dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh
menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah
paru-paru lemah.
No comments:
Post a Comment