KHASIAT BIJI SELASIH
1. Dapat mengurangkan panas badan.
2. Ia berkhasiat untuk menguatkan organ hati.
3 Merawat insomnia (penyakit susah untuk tidur).
4. Menenangkah fikiran yang secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap.
5. Dapat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit.
6. Dapat mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut.
7. Bagi wanita, zat cineole dan tannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan cairan berlebihan pada vagina.
Biji selasih digunakan untuk merawat sembelit dan heartburn. Selain itu biji selasih ada khasiat lain, seperti minyaknya boleh digunakan sebagai bahan aroma terapi dan minyak wangi.
Biji selasih juga boleh
merawat pelbagai penyakit. Di CHina, biji selasih digunakan untuk
merawat penyakit jangkitan, sakit perut, gigitan serangga, penawar
demam, selera makan, membantu penghadaman, jantung, batuk dan
mengurangkan panas demam.
Biji selasih boleh dimakan bila masa sahaja tetapi bijinya perlu direndam dalam air. Waktu terbaik untuk mengambilnya ialah sebelum tidur.
Biji selasih berkesan sebagai
antibiotik memusnahkan bakteria. Ia membantu menyah toksik dari dalam
badan melalui darah dengan itu ia membersihkan darah.
Pada waktu malam
semasa kita tidur, ia bertindak sebagai pencuci mengeluarkan kesemua
toksin dari darah dan pada esok paginya toksin dikeluarkan.
Rasa kembong
akan hilang dan anda akan rasa segar semula.
Sutter Gould Medical Foundation menyatakan biji selasih boleh mengawal gula dalam darah bagi pesakit kencing manis Type 2.
Biji selasih dikatakan dapat membantu
mengurangkan berat badan. Sifat selaput gelatin biji selasih yang telah
direndam digunakan sebagai bahan dalam minuman dan ia mengenyangkan,
yang boleh menyebabkan kehilangan selera makan jika diambil sebelum
waktu makan.
No comments:
Post a Comment