8 Penyakit Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki
Jika selama ini anda malas untuk berjalan kaki, maka fikirkanlah semula ...
Menurut sebuah penyelidikan, berjalan laju boleh mengurang 8 jenis
penyakitberbahaya. Ini merupakan 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan
dengansenaman yang bertumpu pada kaki.
1. Serangan Jantung
Berjalan kaki boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung
memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koronari) agar dapat
berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. Jalan kaki dengan cepat
boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan kaki,
kolesterol yang baik (HDL) yang bekerja sebagai span penyerap kolesterol
tidak baik (LDL) akan meningkat.
2. Stroke
Dalam
sebuah kajian yang dilakukan kepada 70 ribu jururawat di Harvard School
of Public Health yang melakukan kegiatan berjalan kaki selama 20 jam
seminggu semasa bekerja risiko mendapat stroke menurun sehingga 2/3.
3. Membakar Lemak
Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme badan. Selain
sejumlah kalori yang terbuang semasa aktiviti berjalan kaki, lebihan
kalori yang disimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian
penambahan berat badan dapat dielakkan.
4. Melangsingkan Badan
Jika anda mempunyai berat badan lebih, mulakan rutin berjalan kaki.
Pergerakan kaki mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada diperut
anda akan terhakis. Lakukan aktiviti berjalan kaki selama satu jam
sehari (berjoging lebih bagus, tapi jangan over sangat).
5. Kanser
Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin berjalan
kaki. Kanser yang boleh ditekan adalah jenis kanser usus (colorectal
carcinoma). Pergerakan badan dapat melancarkan fungsi usus, termasuklah
buang air besar dengan dan teratur. Kanser usus biasanya terjadi kerana
menahan air besar dengan lama. Dalam sebuah kajian lain, berjalan kaki
boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis
Sering berjalan kaki bukan hanya menyihatkan otot-otot di badan, tetapi
rangka atau tulang anda juga akan menjadi sihat dan kuat. Mencegah
osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan
pengambilan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerakan badan dan
memerlukan masa paling kurang 15 minit di bawah sinaran matahari.
7. Mencegah Kencing Manis
Dengan rutin jalan kaki sekitar 6 km per jam sekitar 50 minit, anda
mampu melambatkan atau menghalang berkembangnya diabetes Type 2,
terutamanya untuk mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of
Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases). Gula dalam darah boleh
dikawal dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak
diperlukan. Anda hanya perlu berjalan kaki secara konsisten untuk terus
menjaga kecergasan badan dan terhindar dari diabetes.
8. Depresi
Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresi yang
biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. So, berjalan kakilah
selalu agar anda tidak murung.
No comments:
Post a Comment