Tuesday, April 2, 2013

Kelebihan Apricot untuk kawalan cancer

 
 
KELEBIHAN APRICOT UNTUK RAWATAN CANCER

Apricot Berasal dari Negara China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun lalu. Buah ini turut di tanam di India & Tibet.

Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek. Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya kaum yang berumur panjang amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dahulu.

Dalam bahasa nutrient, biji Aprikot ini disebut mengandungn
i Amigdalin dikenali sebagai Vitamin B17. Vitamin B17 ini dapat membantu membunuh sel-sel kanser dalam badan kita, hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini. Kanser merupakan pembunuh senyap.

● Vitamin B17 boleh diperolehi didalam beratus-ratus jenis tumbuhan. Dalam diet pemakanan kita harus ada B17, jika tiada B17 dalam diet pemakanan, anda boleh dihidapi penyakit kanser.Selain dari Biji Aprikot, Vitamin B17 juga boleh diperolehi dari badam pahit (amigdalin mempunyai rasa pahit – badam manis tidak mengandungi B17), epal pipis, benih-benih anggur, sengkuang, buah beri, ubi kayu, biji buah oren & biji benih yang lain.

● Terdapat banyak cara yang anda boleh gunakan untuk melawan kanser. Diantaranya membina sistem imun supaya ia menjadi sangat kuat & dapat melindungi anda dari kanser.Salah satu caranya adalah dengan menggunakan (supplement with antioxidants) yang dapat melawan carcinogens dalam tubuh badan anda.Bagaimanapun Vitamin B17 menggunakan cara yang sangat unik. Iaitu secara langsung menyerang sel kanser (directly attacks cancer cells). Maka hasilnya jauh lebih baik dari cara yang telah disebutkan di atas.

● Kajian tentang Amigdalin yang pertama telah dikeluarkan seratus tahun dahulu. Telah disenaraikan dalam kamus-kamus farmakologi sejak dahulu lagi merupakan bahan yang tidak mengandungi toksik. Walau bagaimanapun dalam sebatian Vitamin B17 terdapat satu unsur kimia yang dinamakan "cyanide" ia adalah lengai secara kimia & tidak berbahaya untuk normal tisu hidup.

● Perkara yang sama juga dapat kita lihat dalam garam biasa. Garam biasa sebenarnya terdapat dua unsur kimia didalamnya tetapi tidak bertindak balas dalam badan manusia, bahkan sangat diperlukan dalam badan manusia. 2 unsur kimia yang ada dalam garam adalah natrium & klorida, maka sebab itu garam dalam istilah kimia disebut Natrium Klorida. Sebenarnya dalam garam ada satu sebatian kimia yang berbahaya "klorin". Sudah tentu jika ada makan banyak garam pada satu masa anda akan sakit.

● Perkara yang sama juga berlaku dalam Biji Aprikot, makan jangan berlebihan ikut peraturan yang telah diberikan. Bagaimanapun amigdalin adalah kurang toksik daripada garam & jauh lebih selamat dari gula yang anda makan setiap hari.

● Kita sedia maklum bahawa badan kita sentiasa mencipta sel kanser setiap masa. Biasanya sistem imun dapat membunuh sel kanser tersebut. Bagaimanapun pada saat anda berada dalam keadaan "stress" atau tubuh badan anda berada dalam kondisi yang sangat lemah & sering terdedah dalam persekitaran karsinogen. Keadaan ini akan membuat sel kanser menjadi sangat kuat sehingga tidak mampu untuk dimusnahkan oleh sistem imun.

Vitamin B17 dari Biji Aprikot akan berkerjasama dengan sistem imun dalam badan dan membunuh sel kanser secara langsung. Untuk pengetahuan anda dalam sel-sel kanser terdapat satu enzim yang dapat membuka "ikatan kimia" yang terpadu dalam Vitamin B17 (Biji Aprikot) iaitu cyanide.Maka cyanide akan dibebaskan dari ikatan kimianya yang terdapat dalam Vitamin B17. Bila cyanide dibebaskan maka cyanide akan membunuh sel kanser. Secara lumrahnya sel yang sihat tidak terdapat enzim ini. Maka sebab itulah Vitamin B17 tidak akan bekerja pada sel yang sihat. Vitamin B17 hanya bertindak balas pada sel yang tidak normal dalam badan manusia termasuklah sel kanser, tumor, jerawat atau pun buasir.

Enzim yang terdapat dalam sel kanser dapat membuka kunci amigdalin maka terhasillah cyanide. Jika terdapat lebihan cyanide yang terhasil dari tindak balas metabolik badan yang berkanser dan cyanide tersebut memasuki aliran darah anda. Maka secara semulajadi akan dineutralkan oleh hati.

● Hati (liver) bekerja dengan lebih kuat jika terdapat unsur toksin dalam badan anda.Sehingga anda dapat melihat kesan kerosakan hati akibat pembersihan toksin dalam badan.Tapi bukan kerosakan dari kanser. Maka jika tubuh kita terlalu banyak toksin dan tidak dikeluarkan dari badan, besar kemungkinan kita bakal menghidap kanser hati pula.

● Penyelidik-penyelidik di Imperial College London telah membuat ujikaji menggunakan cyanide untuk menghapuskan sel-sel kanser , hasil kajian mereka mendapati cyanide atau apa-apa toksin yang berada didalam darah dengan cepatnya dineutralkan oleh hati.

Amigdalin kadangkala dirujuk sebagai vitamin B17 dan ditemui dalam nitriloside kaya dengan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Digunakan sebagai terapi utama, kecuali kepada mereka yang menjaga pemakanan yang baik, menjaga PH tubuh dengan baik , tiada pencemaran toksin dalam badan. Telah digunakan untuk merawat pengidap-pengidap kanser dalam beberapa klinik di seluruh dunia.

● Pada permulaan abad ke-21 adalah dijangkakan bahawa satu dari lapan orang di UK akan mendapat kanser payudara dan satu dari empat orang lelaki akan mendapat kanser prostat. Jika termasuk kanser yang berlainan jenis, dijangkakan tiada keluarga yang bebas dari penyakit kanser.

No comments:

Post a Comment