PERUBATAN

Kacang hijau untuk cantik
SIAPA
sangka kacang hijau atau nama saintifiknya phaseolus radiatus L yang
selama ini digunakan sebagai bahan masakan menjadi bahan utama membantu
mendapatkan kulit yang lebih mulus, lembut dan berseri.
Antara kandungan bahan yang ada pada kacang hijau ialah protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosfor, vitamin dan vitamin B2.
Selain
mencantik dan memulihkan kulit wajah daripada masalah kelesuan, kacang
hijau turut digunakan dari segi membantu membuang angin serta
melancarkan proses pelawasan badan.
Tanaman kacang hijau banyak
diusahakan di sawah dan ladang yang bertanah lembap serta perlu
mendapatkan sinar matahari secukupnya. Tumbuhan perdu berbatang basah
dan tingginya boleh mencapai tiga meter ini adalah tanaman pendek
bercabang tegak.
Walaupun tidak ramai menggunakan kacang hijau
sebagai bahan kecantikan, ia tidak menggentarkan semangat pengusaha
pusat kecantikan Aura Wellness Spa, Sivananthan dan isterinya, Mithila
Sathasivam untuk mengetengahkan produk berkenaan.
Proses rawatan
menerusi spa muka Aura selama 45 minit itu menyediakan urutan wajah
menggunakan minyak aroma selama 15 minit bagi menghilangkan ketegangan
muka selepas seharian bekerja.
Seluruh wajah diurut menggunakan
teknik tertentu bagi menghilangkan tekanan serta memberikan kesan
kelegaan maksimum kepada pelanggan.
Kemudian proses sental wajah
menggunakan kacang hijau mula dilakukan. Kacang hijau berkenaan dilumur
ke seluruh wajah terlebih dulu dan dibiarkan selama 20 minit sebelum
dibersihkan.
Wajah pelanggan juga akan diletakkan pupur pulut
hitam selama 20 minit. Lapisan berkenan perlu disapu dengan jumlah yang
banyak untuk mendapatkan kesan diingini.
Ketika ini pelanggan
akan berasa kulit wajah mereka seolah-olah digigit semut kecil,
bagaimanapun ia tidak memudaratkan dan berlanjutan hingga pupur
berkenaan kering sepenuhnya.
Spa muka berkenaan lain daripada
yang lain menerusi bahan yang digunakan manakala harga ditawarkan juga
amat berpatutan iaitu RM48.
Semua produk yang digunakan dalam
setiap rawatan disediakan spa berkenaan menggunakan bahan semula jadi
daripada jenama Tanamera yang tidak memberikan sebarang kesan
memudaratkan kepada pelanggan.
Mithila berkata, selain rawatan
wajah menggunakan kacang hijau, pusat kecantikan itu turut menyediakan
rawatan urutan untuk ibu lepas bersalin secara tradisional yang diubah
mengikut keperluan pengguna masa kini.
Malah tukang urut
disediakan juga memiliki kepakaran yang diiktiraf kerana sudah
menghadiri kursus diperlukan bagi memperoleh sijil melakukan rawatan
berkenaan.
Menurutnya, walaupun digabungkan dengan cara moden
untuk melakukan rawatan urutan lepas bersalin, ia tidak sedikit pun
mengubah perkara asas yang perlu dilakukan terhadap ibu lepas bersalin.
"Kami
masih mengikut cara lama walaupun kaedah digunakan berlainan kerana
pantang larang lepas bersalin masih sama dan ia wajar diikuti untuk
kebaikan wanita berkenaan.
"Jangan memandang remeh perkara ini
kerana ia boleh memberi kesan terhadap kesihatan diri pada masa depan,"
katanya ketika ditemui di pusat kecantikan berkenaan di No 11-1, Jalan
Remia 4, Bandar Botanic, Klang, Selangor baru-baru ini.
Antara
pakej rawatan lain disediakan ialah spa Aura Tradisional Boreh berharga
RM98 selama satu jam 30 minit serta spa pengantin Aura yang boleh dicuba
pasangan bakal raja sehari bernilai RM198 untuk tiga jam rawatan.
Selain
itu, spa terbabit turut memberikan potongan harga sehingga 50 peratus
kepada pelanggan yang membuat rawatan pada setiap Ahad.
Info:
Kacang hijau antara makanan berkhasiat tinggi. Bagi individu yang
sedang berdiet, kandungan lemak dalam kacang hijau dapat membantu usaha
mereka.
Kacang hijau mempunyai kandungan lemak yang
rendah. Kadar lemak rendah itu menyebabkan bahan makanan atau minuman
yang dibuat daripada kacang hijau tidak mudah tengik. Selain itu, kacang
hijau tidak mengandungi lemak tepu yang dipercayai baik untuk kesihatan
jantung.
Zat gizi kacang hijau membantu menangani
beberapa masalah termasuk anemia (kurang sel darah merah), mencuci
perut, mengubat gangguan hati dan melancarkan pembuangan air besar.
Protein dan zat besi yang tinggi dalam kacang hijau membantu tumbesaran seseorang terutama kanak-kanak.
Dalam kes diabetes, kacang hijau membantu meningkatkan penggunaan
glukos dalam badan. Menurut kajian makmal di Mysore, India, pesakit
kencing manis kronik yang memerlukan insulin 40 unit sehari, menunjukkan
penurunan ke atas keperluan insulin menjadi 20 unit sehari apabila
diberi diet mengandungi ekstrak kacang hijau.
Kajian menunjukkan
perubahan ketara ke atas kandungan glukos darah, toleransi glukos dan
keadaan umum pesakit. Kacang hijau juga berkhasiat untuk membantu
melegakan kembung perut dan kencing tertahan.
Kacang hijau juga dikenali sebagai makanan penyahtoksik bersifat sejuk dan penawar toksik yang berkesan sejak dulu.
Ia
membantu untuk menawarkan logam berat, ubat pertanian dan pelbagai
racun dalam makanan. Ia dapat mempercepatkan penguraian bahan bertoksik
dalam badan untuk dibuang keluar.
Petua orang tua bagi
menghilangkan urat timbul di kaki turut menggunakan kacang hijau. Hanya
ambil segenggam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan
hancurkan.
Makan pada waktu pagi dan malam. Selain itu,
setiap kali hendak tidur, angkat kaki ke atas setinggi mungkin dengan
menyandarkan badan pada dinding selama 10 minit. Selepas itu barulah
tidur.
(MyMetro/AK)
Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adna
|