Tuesday, January 29, 2013

Petua Untuk Menghilangkan Kurap



Petua Untuk Menghilangkan Kurap

Pilihan 1: Tumbuk sayur bayam hingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

Pilihan 2: Dapatkan santan pekat dari sebiji kelapa tua. Ambil beberapa helai daun kangkung dan tumbuk hingga lumat. Gaul santan bersama kangkung dan sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

Pilihan 3: Ambil seketul kunyit hidup dan ketuk dengan pisau. Sapukan bahagian kuning kunyit pada kulit yang berkurap sebelum tidur. Amalkan setiap malam.


Pilihan 4: Dapatkan 10 cawan daun jambu batu yang telah dicincang. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 liter air. Rebus selama 15 minit. Tapis air rebusan dan tambahkan dengan air biasa secukupnya untuk dibuat mandi. Amalkan setiap hari.

Pilihan 5: Ambil beberapa helai daun peria dan basuh. Ramas dan gosokkan pada bahagian kulit yang berkurap. Amalkan selalu.

Pilijan 6: Dalam perubatan tradisional Melayu, daun ubat kurap merupakan ubat yang berkesan untuk menyembuh penyakit kurap. Daunnya yang dihancur dan dicampurkan dengan belerang disapu pada bahagian yang dijangkiti kurap. Lebih efektif jika daun ini ditonyoh pada bahagian kulit yang dijangkiti.


+++++++++++++++++

PERINGATAN: Dalam mengamalkan atau mengaplikasikan petua-petua yang disebut di sini, perlu diingatkan bahawa jangan terlalu mengharapkan perubahan yang begitu cepat dalam sekelip mata. Berikan sedikit masa pada diri anda untuk menjadi serasi dengan petua yang diamalkan. Dari kesabaran itu akan terbitnya penghasilan yang baik dan berkesan. إن شاء الله

Farit Ismeth Emir
www.epetua.com
 
 

No comments:

Post a Comment