Monday, January 7, 2013

Habbatus Sauda` dari perspektif Islam dan barat



Assalamu 'alaikum wrahmatullahi wabarakatuh..

Habbatus Sauda` dari perspektif Islam dan barat:
1.Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:“Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segalapenyakit kecuali mati”.

Kajian perubatan moden yang dilakukan oleh Dr. Peter Schleicher, seorang pakar di dalam bidang imunologi di Munich mendapati bahawa minyak yang terdapat pada Al-Habbah Al-Sawda boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

2.Al-Allamah al-Imam Syamsudin Abu Abdullah bin Abu Bakar al-Dimisgiy yang lebih terkenal dengan panggilan Ibnu Qayyim al-Jawziyah (691-751) menulis dalam kitabnya yng cukup terkenal “ZAD AL-MI’AD FI HUDA KHAYRI AL-IBAD”.

Jika al-Habbah al-Sawda dihancurkan dan dicampurkan dengan madu, kemudian diminum dengan air panas, ia dapat menghancurkan batu karang yang terdapat dalam buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing. Memeperlancarkan keluarnya kencing, darah haid, dan susu ibu.

Orang yang lumpuh sebelah badan maka dianjurkan supaya menyapu minyak al-habbah al-sawda’ ke atas anggota badan. , insyaallah akan sembuh dari lumpuh.


Habbatus Saudak atau biji-biji hitam kini dalam bentuk PIL/KAPSUL.

3.Doktor Abu Ali al-Husain bin Abdullah bin Sina yang lebih terkenal dengan Ibnu Sina dalam kitab besarnya, : “Al-Qanun fi al-Tibb” sebagai berikut :

 Al-Habbah al-Sawda’ boleh melancarkan keluarnya darah haid wanita yang bermasalah dalam hal ini ia juga bertindak seperti bom untuk menghancurkan batu karang yang ada pada buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing, caranya ialah al-Habbah al-Sawda’ dicampur dengan madu dan air panas lalu diminum untuk beberapa hari”.


4.Dr. Micheal Tierra, penulis buku “Planetary Herbalogy” mendapati Al-Habbah Al-Sawda’ mengandungi BETASITOSTEROL. Ia adalah bahan untuk ANTI KANSER yang berkesan.


5.The Journal of American Scientist melaporkan, al- Habbah al-Sawda’ bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotic (pembunuh kuman), antimycotic (antikulT) DAN bancho-dilating effect (pengembang) saluran pernafasan.


6.Kamus kedoktoran “Larousse” menjelaskan bahawa al-Habbah al-sawda’ mengeluarkan angin dari perut, menambahkan ghairah seks, dan melancarkan darah haid.

oleh : ust.AbdRahman

Kredit to: http://www.albukhariy.net/2011/04/habbatus-sauda-dari-perspektif-islam.html

No comments:

Post a Comment