Friday, May 18, 2012

Rawatan Sakit Jantung Guna Ayat al-Quran

Rawatan Sakit Jantung Guna Ayat al-Quran


'Dan Kami turunkan dari al-Quran (sesuatu) yang menjadi PENAWAR dan rahmat bagi orang yang beriman'-QS Al-Israk:82

Statistik di Malaysia (dan di seluruh dunia juga) menunjukkan penyakit jantung adalah pembunuh nombor 1 dan bilangan kes semakin meningkat tahun demi tahun.

Apakah penyelesaiannya? Ternyata perubatan moden dengan segala kepakaran dan kecanggihan teknologinya tidak berupaya mencegah, apalagi merawat penyakit ini dengan benar-benar berkesan.

Berdasarkan ayat 82 Surah Al-Israk di atas, jelas dinyatakan oleh Allah, penyembuhan segala penyakit itu terdapat dalam al-Quran!

Di sini saya akan berkongsi sedikit ilmu tentang cara merawat penyakit jantung ini melalui amalan bacaan ayat-ayat al-Quran tertentu.

Ini dipetik dari tulisan Ustaz Raflis Sabirin melalui Majalah Milenia Muslim, Mei 2010. Beliau mempunyai pengalaman selama 27 tahun merawat penyakit jantung dan lain-lainnya dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan Asmaul-Husna.

Cara Pengamalan


1) Setiap kali lepas solat 5 waktu, setelah selesai salam, duduk bersila tetap menghadap kiblat, lalu konsentrasi kepada niat tujuan (secara spesifik). Contoh: 'Semoga Allah lenyapkan segala sumbatan yang menyumbat setiap mana-mana pembuluh jantung dengan Keagungan dan Kebesaran Kalamullah'

2) Baca Surah al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, keluarga, para sahabat Baginda dan sekalian muslimin supaya mendapat limpahan syafaat dari mereka

3) Selepas itu baca al-Fatihah (sekali)

4) Selepas itu baca Surah al-Ikhlas (tiga kali)

5) Selepas itu baca Surah al-Falaq (sekali), Surah an-Nas (sekali), ayat Kursyi (sekali)

6) Selepas itu Surah al-Hasyir ayat 21-24 (tujuh kali) iaitu seperti berikut:-


لَوۡ اَنۡزَلۡنَا هٰذَا الۡقُرۡاٰنَ عَلٰى جَبَلٍ لَّرَاَيۡتَهٗ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنۡ خَشۡيَةِ اللّٰهِ‌ؕ وَتِلۡكَ الۡاَمۡثَالُ نَضۡرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُوۡنَ‏


هُوَ اللّٰهُ الَّذِىۡ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ‌ ۚ عٰلِمُ الۡغَيۡبِ وَالشَّهَادَةِ‌ ۚ هُوَ الرَّحۡمٰنُ الرَّحِيۡمُ‏ ﴿۲۲


هُوَ اللّٰهُ الَّذِىۡ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ‌ۚ اَلۡمَلِكُ الۡقُدُّوۡسُ السَّلٰمُ الۡمُؤۡمِنُ الۡمُهَيۡمِنُ الۡعَزِيۡزُ الۡجَـبَّارُ الۡمُتَكَبِّرُ‌ؕ سُبۡحٰنَ اللّٰهِ عَمَّا يُشۡرِكُوۡنَ‏ ﴿۲۳


هُوَ اللّٰهُ الۡخَـالِـقُ الۡبَارِئُ الۡمُصَوِّرُ‌ لَـهُ الۡاَسۡمَآءُ الۡحُسۡنٰى‌ؕ يُسَبِّحُ لَهٗ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَالۡاَرۡضِ‌ۚ وَهُوَ الۡعَزِيۡزُ الۡحَكِيۡمُ‏

(Sila rujuk ayat dalam kitab al-Quran yang sebenar)

Maksudnya:

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya (21)

Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (21)

Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya (23)

Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana (24) .

Setiap kali baca Surah Al-Hasyir itu, maka hendaklah tarik nafas ke dalam badan perlahan-lahan seakan-akan kita masukkan amalan semua surah yang telah dibaca supaya lenyap segala yang menyumbat saluran darah pada jantung. (Untuk lebih memahami, lihat rajah jantung di bawah, bayangkan anda membawa energi seperti cahaya putih yang masuk terus ke setiap salur darah koronari jantung dan cahaya itu terus menghancurkan plak-plak kolesterol yang menyumbat)


Jantung terletak di tengah-tengah dada, agak ke kiri sedikit. Terdapat 2 salur darah utama yang membekalkan darah ke jantung (untuk digunakan oleh otot-otot jantung). Ini dipanggil arteri koronari kiri dan arteri koronari kanan. Di dalam arteri inilah penyumbatan berlaku.


7) Setelah selesai tujuh kali baca, maka akhiri dengan bacaan berkat 'Lailahaillallah Muhammad Rasulullah' semampunya, tapi jangan kurang 100 kali baca

8) Lakukan amalan ini selepas setiap kali solat lima waktu selama 21 hari berturut-turut, insya-Allah anda akan merasakan manfaat dan kesannya pada jantung anda.

Nota: Teruskan mengambil ubat-ubat yang sedang anda makan. Jangan ditinggalkan, kecuali selepas dinasihatkan oleh doktor anda!
 

3 comments:

  1. salam ummu hanif,

    salam ziarah dan salam ukhuwah,

    perkongsian yang menarik dan mhn izin dikongsikan.Mudahan memberi manfaat dan boleh sama2 amal untuk kesihatan yg sempurna.
    TQVM

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  3. As'salam. Boleh ke guna cara ni ke atas orang lain??

    ReplyDelete