RENUNGAN PERANAN JIN DAN SYAITAN
Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini 
              telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran.
Firman 
              Allah maksudnya::
"Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan 
              tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan Mu yang 
              lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari 
              belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati 
              kebanyakan dari mereka bersyukur (taat)." (Al-A'raaf 
              16-17)
Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap 
              nabi itu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu 
              golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan 
              ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas 
              muka dunia ini. (Al-An'am 
              112)
MAKNA PERKATAAN JIN
Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie 
              - perkataan tunggalnya "Jinny" yang bermaksud yang tersembunyi, 
              yang tertutup atau yang gelap pekat.
ASAL KEJADIAN JIN
Firman 
              Allah maksudnya:
Dan diciptakan jin dari nyalaan api.
(Ar-Rahman 15)
Dan diciptakan jin dari nyalaan api.
(Ar-Rahman 15)
"Al-Maarij"
Bermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau "Al-Lahab" iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hiam, kuning dan biru.
Bermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau "Al-Lahab" iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hiam, kuning dan biru.
Sesetengah pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya 
              dan sama maknanya dengan "As-Samuun" iaitu api yang tidak 
              berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah 
              sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin).
"Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat 
              panas."
(Al Hajar 27)
(Al Hajar 27)
"Allah bertanya; Apakah yang menghalang kamu dari sujud (kepada 
              Adam) apabila aku menyuruh kamu. Lalu iblis berkata, aku lebih baik 
              dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya (Adam) 
              dari tanah.
(Al A'raf 12)
(Al A'raf 12)
KEWUJUDAN JIN BUKAN DONGENGAN
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang 
              datangnya dari Allah dan tenang sempurnanya(; ia pula menjadi petunjuk 
              bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang 
              beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) 
              sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki 
              yang Kami berikan kepada mereka.
(Al Baqarah 2)
(Al Baqarah 2)
Demikian itu wajib kepada setiap muslim berikan dengan perkara 
              ghaib yang tidak boleh sama sekali rasa syak dan tidak mengiktiraf 
              kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan syaitan.
Dalil Al Quran
Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan 
              jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah 
              mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang 
              lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! 
              Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya 
              (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
(Al Ah Qaf 29)
(Al Ah Qaf 29)
Wahai sekalian jin dan manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu 
              Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada 
              kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran 
              kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka 
              menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami 
              sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka 
              telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) 
              mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: 
              (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-oang yang mengingkari 
              (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).
(Al An'am 130)
            
(Al An'am 130)
TIDAK DILIHAT BUKAN BUKTI TIDAK WUJUD
Sifat kejadian makhluk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar 
              dan bukan bermakna ianya tidak ada, mari kita meihat satu contoh 
              seperti aliran elektik tidak kelihaan pada wayar namun apabila disentuh 
              ia akan memberikan reaksi, begitu juga dengan angin, udara, bau-bauan 
              dan sebagainya.sumber: http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/tangkis.php
No comments:
Post a Comment