Wednesday, January 30, 2013

Petua Memagar Rumah Secara Islam

Petua Memagar Rumah Secara Islam

Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimanapun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.

CARANYA:

1.Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas).

2. Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.

3. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah, mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.
 
Tuesday, January 29, 2013

Petua Menghilangkan Alahan Semasa Hamil (Morning Sickness)

1. Amalkan makan kurma dan kismis. Anda tidak perlu makan banyak, cukup sekadar yang terdaya oleh tekak anda.

2. Amalkan makan madu setiap pagi dan setiap malam.

3. Minum air glukos.

4. Makan aiskrim jeruk kampung. Aiskrim jeruk mempelam boleh menghilangkan rasa mual. Rasa pening dan loya akan berkurangan.

5. Makan roti kosong cicah air Milo. Jangan terlalu memaksa bila makan, dikhuatiri ia akan keluar bailk. Makan sekadar termampu sahaja dan perlahan-lahan.

+++++++++++++++++

PERINGATAN: Dalam mengamalkan atau mengaplikasikan petua-petua yang disebut di sini, perlu diingatkan bahawa jangan terlalu mengharapkan perubahan yang begitu cepat dalam sekelip mata. Berikan sedikit masa pada diri anda untuk menjadi serasi dengan petua yang diamalkan. Dari kesabaran itu akan terbitnya penghasilan yang baik dan berkesan. إن شاء الله

Farit Ismeth Emir
www.epetua.com
 
Petua Untuk Menghilangkan Kurap

Petua Untuk Menghilangkan Kurap

Pilihan 1: Tumbuk sayur bayam hingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

Pilihan 2: Dapatkan santan pekat dari sebiji kelapa tua. Ambil beberapa helai daun kangkung dan tumbuk hingga lumat. Gaul santan bersama kangkung dan sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

Pilihan 3: Ambil seketul kunyit hidup dan ketuk dengan pisau. Sapukan bahagian kuning kunyit pada kulit yang berkurap sebelum tidur. Amalkan setiap malam.

Pilihan 4: Dapatkan 10 cawan daun jambu batu yang telah dicincang. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 liter air. Rebus selama 15 minit. Tapis air rebusan dan tambahkan dengan air biasa secukupnya untuk dibuat mandi. Amalkan setiap hari.

Pilihan 5: Ambil beberapa helai daun peria dan basuh. Ramas dan gosokkan pada bahagian kulit yang berkurap. Amalkan selalu.

Pilijan 6: Dalam perubatan tradisional Melayu, daun ubat kurap merupakan ubat yang berkesan untuk menyembuh penyakit kurap. Daunnya yang dihancur dan dicampurkan dengan belerang disapu pada bahagian yang dijangkiti kurap. Lebih efektif jika daun ini ditonyoh pada bahagian kulit yang dijangkiti.

+++++++++++++++++

PERINGATAN: Dalam mengamalkan atau mengaplikasikan petua-petua yang disebut di sini, perlu diingatkan bahawa jangan terlalu mengharapkan perubahan yang begitu cepat dalam sekelip mata. Berikan sedikit masa pada diri anda untuk menjadi serasi dengan petua yang diamalkan. Dari kesabaran itu akan terbitnya penghasilan yang baik dan berkesan. إن شاء الله

Farit Ismeth Emir
www.epetua.com
 
Petua Merawat Gigitan Ular Bisa

Petua Merawat Gigitan Ular Bisa

1. Ikatkan dengan apa sahaja di bahagian atas gigitan.

2. Sedutkan bisanya dengan mulut tetapi jangan sampai tertelan.

3. Ambil tembakau (tembakau rokok atau apa sahaja jenis tembakau) dan basahkannya. Kemudian tampalkan ke bahagian gigitan itu sampai kering. Sesudah kering, tampalkan tembakau basah yang baharu.

4. Ulang beberapa kali sehingga mangsa gigitan ular mendapat rawatan susulan dari hospital.

إن شاء الله

Petua Membuat Jus Daun Durian Beland

Petua Membuat Jus Daun Durian Belanda

a. Ambil daun durian belanda sebanyak 36 helai. Juga, ambil air masak atau air mineral sebanyak 1 liter. Blend kesemuanya dan tapis. Simpan dalam peti sejuk.

b. Minum jus ini ¼ gelas setiap 2 jam selama 42 hari.

Khasiatnya:

• Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, menurunkan berat badan, menghindari rambut gugur tidak normal, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
• Melindungi sistem kekebalan tubuh.
• Badan akan berasa lebih kuat dan sihat.
• Menambah tenaga dan penampilan fizikal anda.

+++++++++++++++++
 
PERINGATAN: Dalam mengamalkan atau mengaplikasikan petua-petua yang disebut di sini, perlu diingatkan bahawa jangan terlalu mengharapkan perubahan yang begitu cepat dalam sekelip mata. Berikan sedikit masa pada diri anda untuk menjadi serasi dengan petua yang diamalkan. Dari kesabaran itu akan terbitnya penghasilan yang baik dan berkesan. إن شاء الله

Farit Ismeth Emir
www.epetua.com
 
Sunday, January 27, 2013

Keutamaan Solat Malam..

PLS READ & SHARE

Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah SAW ;

"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.

by Ustaz Zahazan Mohamed