Wednesday, August 27, 2014

Cara-cara Atasi Gangguan Jin, Syaitan dan Sihir

 
 
 
Cara-cara Atasi Gangguan Jin, Syaitan dan Sihir

1. Membaca Bismillah Sebelum Masuk Rumah Dan Sebelum Makan.
2. Membaca Bismillah Sebelum Menutup Pintu Rumah dan Menutup Bekas Minuman
3. Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur
4. Membaca Tiga (3) Qul Selepas Solat
5. Merapatkan Saf Solah Berjemaah
6. Membaca Surah Baqarah Di dalam Rumah
7. Melaungkan Azan
8. Mengucapkan La Haula Wala Quwwata Illa Billah Apabila Terlupa Sesuatu
9. Membaca Tiga (3) Qul Sebelum Tidur

Huraiannya :
1. Membaca Bismillah Sebelum Masuk Rumah Dan Sebelum Makan

Jabir Radhiallallahu Anhu berkata:
 “Saya telah mendengar Rasulullah SAW. bersabda: “Apabila seorang masuk ke dalam rumahnya dengan menyebut ‘Bismillah’ ketika masuk (ke dalam rumah) dan ketika makan, maka syaitan berkata kepada temannya: Tiada tempat tinggal dan tiada bahagian makanan bagi kamu di sini.

Dan apabila masuk ke rumah tiada menyebut nama Allah, syaitan berkata: “Kamu dapat bermalam di rumah ini, kemudian jika waktu makan tidak menyebut nama Allah, syaitan berkata: Kamu dapat bermalam dan makan di sini”.(Hadis riwayat Muslim)


2. Membaca Bismillah Sebelum Menutup Pintu Rumah dan Menutup Bekas Minuman

Rumah yang pintunya ditutup dengan membaca Bismillah tidak akan dimasuki syaitan, (walaupun syaitan boleh masuk melalui lubang, ia tidak akan masuk). Begitu juga minuman yang ditutup dan dibaca Bismillah.……
Kuncilah pintu dan sebut nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang berkunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah.(Hadis Riwayat Muslim)


3. Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur

Dalam kisah Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dengan syaitan yang mencuri harta zakat, disebutkan bahawa syaitan tersebut berkata,“Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimah yang Allah memberimu manfaat dengannya. Bila engkau masuk ke tempat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian, akan selalu ada penjaga daripada Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” Ketika Abu Hurairah menceritakannya kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wasallam, baginda bersabda, “Sungguh dia telah berkata benar, walaupun dia sebenarnya banyak berdusta.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 2187)

4. Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas selepas solat untuk menolak sihir.

Daripada ‘Uqbah bin Amir, dia berkata: “Rasulullah SAW. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) selepas setiap solat (fardu/wajib).”

Nabi SAW bersabda makasudnya, "Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas setiap kali selesai solat (fardu) " (Hadis Riwayat Abu Dawud, 2/86, an-Nasai 3/68. Lihat pula Sohih Sunan at-Tirmidzi, 2/8. Kumpulan ketiga-tiga surah ini dinamakan al-mu’awidzat - lihat Fathul Baari Syarah Sohih al-Bukhari, 9/62)


5. Merapatkan Saf Solah Berjemaah.

Saf yang rapat tidak akan dimasukki syaitan, (walaupun syaitan itu jisim halus dan boleh memasukkinya melalui celah betis).
 Di dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW. bersabda, “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya (kekuasaanNya), aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Hadis Riwayat Abu Daud, An-Nasa’i dan Ahmad)

6. Membaca Surah Al-Baqarah Di dalam Rumah
Nabi SAW bersabda maksudnya, “Jangan kamu semua menjadikan rumah-rumah kamu seperti tanah perkuburan, maka sesungguhnya Syaitan lari bertempiaran daripada rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.” (Hadis Riwayat Muslim dan al-Tirmizi daripada hadith Abu Hurairah)

 7. Melaungkan Azan

Syaitan juga lari bila azan yang mengandungi lafaz takbir itu dilaungkan.
Nabi SAW bersabda maksudnya, "Sesungguhnya syaitan apabila dikumandangkan azan, ia akan berpaling dan berlari dengan pantas.(Hadis Riwayat Muslim).

Daripada Abu Hurairah r.a katanya Nabi SAW bersabda:”Apabila dikumandangkan azan untuk solat* ,syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya: ”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.” (Hadis Riwayat Bukhari)

8. Mengucapkan La Haula Wala Quwwata Illa Billah Apabila Terlupa Sesuatu
 
Berzikirlah untuk mengingati Allah, ucaplah kalimah La Haula Wala Quwwata Illa Billah agar Allah melindungi kita daripada gangguan syaitan yang menyebabkan kita lupa.
Mujadilah [19] :Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah;

9. Membaca Tiga (3) Qul Sebelum Tidur
Mengumpulkan kedua telapak tangannya. Kemudian ditiup dan dibacakan: surat Al-ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian dengan kedua telapak tangan tadi mengusap tubuh yang dapat dijangkau dimulai dari kepala, wajah dan tubuh bagian depan. Hal ini dilakukan sebanyak tiga kali." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

~ Abu Basyer

No comments:

Post a Comment