Monday, July 14, 2014

Jus lemon..



Jus lemon memiliki banyak manfaat untuk kesihatan.

Bagi yang malas nak cari buah lemon dan malas nak perah air jusnya (macam saya), ada pilihan untuk membeli yang siap dibotol.

Nota penting apabila membeli apa-apa jus buah-buahan, pastikan ia "not from concentrate". Wajib baca senarai kandungannya dan pastikan:
- jus perahan terus, bukan concentrate.
- tiada tambahan gula.
- tiada tambahan vitamin.

Concentrate ialah jus yang diperah di ladang, kemudian dipanaskan supaya ia jadi pekat pada ratio 1:50.
Jus yang pekat ini isipadunya kecil, mudah diangkut dari ladang ke kilang untuk dikotakkan atau dibotolkan.
Contohnya, jus anggur dari Australia, dipekatkan dan dibawa ke Malaysia. Kemudian dicairkan dan dikotakkan.

Proses memanaskan tersebut menyebabkan hampir semua khasiat jus hilang.
Oleh kerana itulah apabila dikotakkan semula, ditambah gula dan vitamin.
Tidakkah anda hairan apabila membeli jus oren misalnya, tertulis "with added vit C" padahal buah oren sudah ada banyak Vit C?

90% daripada jus yang dijual dalam kotak dan botol, termasuk yang dihidangkan di restoran, hotel dan kapalterbang adalah dari jenis concentrate.

Dalam gambar, contoh jus lemon yang saya beli di kedai Cosway. RM27. Organic, not from concentrate, tiada tambahan apa-apa bahan lain dan tiada ujian DNA haiwan yang masyhur tu.

PS: Concentrate dalam BM apa ya? Kalau beli jus buatan Malaysia, perkataan "concentrate" akan ditulis sebagai... "pekatan"?

 ~Hafiz Firdaus Abdullah

Like

No comments:

Post a Comment