Maka, mohonkanlah perlindungan untuk anak-anak antaranya dengan doa/dzikir yang diajarkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam (ketika memohonkan perlindungan kepada Al-Hasan dan Al-Husain):
أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ
“Aku memohonkan perlindungan untuk kamu berdua dengan kalimat-kalimat (ayat-ayat) Allah yang sempurna dari setiap Syaitan, dari binatang berbisa, dan dari setiap ‘ain (pandangan mata) yang jahat.” (Sunan Abu Daud, no. 4737)
Selain itu, elakkan menyebarkan gambar anak-anak ke laman-laman maya tanpa ada sebab, kerana kita tidak tahu siapa yang akan melihatnya.
Di samping itu, bagi sesiapa yang melihat sesuatu yang mengkagumkan, maka ingatlah bahawa ia datang dari kurnia Allah.
Maka ucapkanlah antaranya:
1, [بَارَكَ اللَّهُ فِيكُمْ] Baarakallaahufiikum/fiihi/fiiha..., iaitu mendoakan keberkahan atas apa yang dilihat. (diambil dari hadis dari Abi Umamah bin Sahl bin Hunaif: Al-Muwaththa’, no. 3460)
2, atau Subhanallaah, atau
3, Maa-syaa-Allaah, laa quwwata illaa billaah. (lihat: Surah Al-Kahfi, 18: 39 dan Tafsirnya)
4, atau doa-doa kebaikan lainnya agar Allah menjaganya.
Wallahu a’lam.
~ Abu Numair Nawawi Subandi
No comments:
Post a Comment