Monday, February 18, 2013

Tips Rawat Gatal Celah Jari Kaki


 
 
Pernahkan terjadinya ke atas mu akan serangan kegatalan yang tidak terbayangkan di celah jemari kaki?  Dan di kala itu pula keadaan tidak mengizinkan mu untuk menggarunya dengan sesegera mungkin?  Dengan mengenakan kasut berstokin cap buaya dan berpakaian smart bertali leher sambil dikelilingi orang-orang penting dalam meeting berjam-jam lamanya, apakah harus ditahan penyiksaan itu selamanya? Oh itu sangat menyiksakan batin weh!
 
Apakah bahananya ini?  Orang Malaysia umumnya tahu dengan penyakit gatal-gatal di celah jemari kaki ini.  Ia bermula dengan makhluk bernama kulat durjana.  Dijadikan cerita – spesifikasi pembiakan yang tertutup, panas, persekitaran lembab adalah medium yang sesuai untuk perkembangan kulat-kulat ini. Dan biasalah kegatalan ini akan menjangkiti ruang antara jari kaki, namun ia juga boleh menjangkiti kuku kaki dan sisi kaki.
 
Gejalanya hanya disedari apabila stoking dibuka pada suatu hari selepas pulang dari kerja.  Bau kaki yang tidak menyenangkan berlatarbelakangkan haruman bacin-bacin itu menyerlahkan bentuk-bentuk ruam merah berkeruping yang gatal di celah jari kaki. Lama kelamaan menyebabkan rekahan, kulit menggelembung yang boleh menyebabkan jangkitan kuman.  Ditambah pula dengan aktiviti-aktiviti menggaru yang sangat mengasyikkan sehingga terpejam celik dan mulut ternganga, menambah parah bukaan kulit yang luka.  Nikmatnya menggonyoh di spot-spot tersebut, usah cakap lah.  Sukar dibayangkan….
 
Rawatannya berbagai-bagai.  Paling mudah berjumpalah doktor. Doktor akan memberi ubatan seperti krim antikulat dan ubatan antikulat. Walaupun dirawat dengan ubatan antikulat ia memerlukan beberapa minggu untuk sembuh.
 
Di negara jiran, ada satu alternatif merawat azab ini.  Mereka menggunakan ubi kayu.  Ubi kayu?  Rupa-rupanya sebelum disagat untuk dijadikan kerepek, pekung di kaki terlebih dulu menjamah rasa.  
 
Hahaha.. begini perawatannya:
 
Cabutlah seperdu ubi kayu yang masih muda di kebun belakang rumah Pak Leman sana.  Dikupas lalu diparut.  Parutan tadi pula perlulah ditepek pada bahagian yang terlibat gatal tadi.  Apabila parutan yang ditepek tadi mengering, maka gantikanlah dengan parutan yang baharu.  Diyakini dengan izin Yang Maha Kuasa, dalam tempoh dua (2) hari masalah penyiksaan ini akan lenyap.

Kredit to: http://www.myberita.com/tips-rawat-gatal-celah-jari-kaki/

No comments:

Post a Comment