Tuesday, February 26, 2013

Try these migraine acupuncture points ---




Try these migraine acupuncture points rather than simply manage the symptoms when they appear by taking powerful painkiller drugs. http://www.naturalnews.com/039254_migraines_remedies_allergens.html
------------------------------------------------------
Giselle Cioraru btw I used to get the worst migraines ever. I used to suffer at least once a week & it would last for at least 12-14 hrs. I couldn't function it was so bad. nothing worked, so I would just have to suffer the pain & I stopped taking anything. In time I found out it was because of constipation, because the day I changed my diet & went raw & vegan My migraines went away.when ur digestive system works good everything works good

Health Benefits of Cinnamon....


Health Benefits of Cinnamon....



Saturday, February 23, 2013

Petua Untuk Menyegarkan Sakit Belakang dan Pinggang










Petua Untuk Menyegarkan Sakit Belakang dan Pinggang

Bacakan 70 kali Al Fatihah ke dalam minyak (tidak kira apa sahaja jenis minyak) dan simpan untuk persediaan untuk menyegarkan sakit belakang dan pinggang. Gosokkan pada bahagian-bahagian yang 

 berkenaan In Sya Allah

ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMAه

Wednesday, February 20, 2013

How to perform Ruqyah on your self from jin and eye-Sheikh Mohamed Al Arifi

Ruqyah , Manzil Quran Ayats for the Cure of Black Magic ( medicine ) Ver...

Tanda-tanda ada gangguan Jin di rumah



TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH

Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.



CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )
...
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

(1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."

(2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :

AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas


Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.

(3.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.


'Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.'

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


 "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang."

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.

Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.





~Gegarkan Duniamu
Kredit to : Paridah Mohamad

JINN & BLACKMAGID (playlist)

Manzil For Protection 33 Ayats

Monday, February 18, 2013

Menarik! Lapan Kelemahan Jin



Walaupun jin dan syaitan mempunyai kemampuan-kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusia, akan tetapi al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa hakikatnya syaitan dan tipu dayanya itu adalah lemah. 
Berikut adalah beberapa contoh kelemahan jin, di antaranya:

1. Tidak boleh mengalahkan orang-orang soleh (mukhlis-yg dijadikan ikhlas ).
Bukti bahawa syaitan atau jin tidak akan dapat mengalahkan orang soleh adalah perkataan syaitan sendiri ketika berdialog dengan Allah dalam surah al-Hijr ayat 39 -
“Iblis berkata:” Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka “. (Surah Al-Hijr 15: 39-40).
Dari ayat ini dapat difahami bahawa yang menyebabkan syaitan itu dapat menguasai seseorang adalah kerana perbuatan dosanya. Ketika seseorang itu dekat dengan Allah, maka syaitan akan lari dan tidak akan berani mendekatinya apatah lagi menguasainya.


2. Syaitan takut dan lari oleh sebahagian hamba Allah

Apabila seseorang betul-betul memegang ajaran agamanya dengan betul serta mengukuhkan keimanannya dengan teguh, maka syaitan akan takut dan lari. Hal ini terdapat pada diri Umar bin Khatab. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Turmu-dzi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda kepada Umar: “Sesungguhnya syaitan sangat takut olehmu, wahai Umar” (HR. Turmudzi).

Bukan hanya kepada Umar, akan tetapi syaitan (jin kafir) juga akan takut oleh orang-orang beriman yang betul-betul dengan keimanannya. Dalam al-Bidayah wan Nihayah, Ibnu Katsir pernah mengutip sebuah hadis berikut ini:
“Sesungguhnya orang mukminakan dapat mengawal (mengalahkan) syaithannya sebagaimana salah seorang dari kalian yang dapat mengawal untanya ketika perjalanan” (HR. Ahmad).

Bahkan, apabila seseorang betul-betul, dan soleh, dia boleh membawa qarinnya (penyertanya, kerana setiap manusia itu pasti disertai oleh syaitan (jin kafir) di sebelah kirinya dan malaikat di sebelah kanan atau sering disebut dengan qarin) masuk Islam. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim ini juga:
“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Tidak ada seorang pun kecuali ia disertai oleh seorang qarin (penyerta) dari jin dan seorang qarin (penyerta) dari malaikat “. Para sahabat bertanya: “Apakah termasuk anda juga wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Ya termasuk saya, hanya saja Allah menolong saya sehingga jin itu masuk Islam. Ia (jin tadi) tidak pernah menyuruh saya kecuali untuk kebaikan “(HR. Muslim).

3. Jin takluk dan taat kepada Nabi Sulaiman.
Di antara mukjizat Nabi Sulaiman adalah dapat menaklukan jin dan syaitan sehingga semuanya boleh bekerja atas perintahnya. Hal ini sebagaimana ditegaskan dalam ayat al-Qur’an berikut ini dalam surat Shad ayat 36-38:
“Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya, dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan yang lain yang terikat dalam belenggu” (QS. Shad ayat 36-38 ).

Mukjijat ini diberikan kepada Nabi Sulaiman sebagai pengabulan atas doanya yang mengatakan:“Dan berikanlah kepadaku kerajaan yang tidak diberikan kepada seseorang setalahku” (QS Shad 38:35). 

Doa Nabi Sulaiman inilah yang menyebabkan Rasulullah tidak jadi untuk mengikat jin yang datang dengan melemparkan anak panah ke muka beliau. Dalam sebuah hadis Muslim dikatakan:
“Dari Abu Darda berkata:” Suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bangun, tiba-tiba kami mendengar Rasulullah mengatakan: “Aku berlindung kepada Allah darimu”, kemudian Rasulullah Shallallahu’ Alaihi wa Sallam juga berkata: “Allah telah melaknatmu” sebanyak tiga kali. Rasulullah lalu menghamparkan tangannya seolah-olah beliau sedang menerima sesuatu. 

Ketika Rasulullah selesai solat, kami bertanya: “Wahai Rasulullah, kami mendengar anda mengatakan sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelum ini. Kami juga melihat anda membukakan kedua tangan anda “. Rasulullah menjawab: “Baru Iblis, musuh Allah datang membawa anak panah api untuk dipasang di muka saya, lalu aku berkata:” Aku berlindung kepada Allah darimu “sebanyak tiga kali, kemudian saya juga berkata:” Allah telah melaknatmu dengan laknat yang sempurna “sebanyak tiga kali. Kemudian saya bermaksud untuk mengambilnya. Seandainya saya tidak ingat doa saudara kami, Sulaiman, tentu saya akan mengikatnya sehingga menjadi mainan anak-anak penduduk Madinah “(HR. Muslim).


4. Jin atau syaitan tidak dapat menyerupai Rasulullah

Syaitan dan jin tidak dapat menyerupai bentuk dan muka Rasulullah saw. Oleh kerana itu, apabila seseorang bermimi melihat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, maka ia sungguh telah melihatnya. Dalam hadis sahih dikatakan:
“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Sesiapa yang bermimpi melihatku, maka dia sungguh telah melihatku, kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku “(HR. Muslim).


5. Jin dan syaitan tidak boleh melewati batas-batas tertentu di langit

Sekalipun jin dan syaitan mempunyai kelebihan dapat bergerak dengan cepat, akan tetapi mereka tidak akan dapat melepasi batas-batas yang telah ditetapkan yang tidak dapat dilalui selain oleh para malaikat. Kerana apabila mereka berani melaluinya, maka mereka akan binasa dan hancur. Kerana itu pula, jin tidak dapat mengetahui dan mencuri maklumat dari langit sehingga apa yang dibisikkannya ke tukang-tukang ramal dan dukun adalah kebohongan semata. Untuk lebih jelasnya akan hal ini, dapat dilihat dalam surah al-Rahman ayat 33-35).

6. Jin tidak dapat membuka pintu yang sudah ditutup dengan menyebut nama Allah

Dalam sebuah hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Tutuplah pintu-pintu, dan sebutlah nama Allah (ketika menutupnya), kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang sudah dikunci dengan menyebut nama Allah. Tutup jugalah tempat air minum (qirab dalam bahasa Arab adalah tempat menyimpan air minum yang diperbuat dari kuit binatang) dan bekas-bekas kamu (untuk masa sekarang seperti almari, bupet, peti sejuk dan lain) sambil menyebut nama Allah, meskipun kamu hanya menyimpan sesuatu di dalamnya dan (ketika hendak tidur), matikanlah lampu-lampu kalian “(HR. Muslim).

--------------------------
* Golongan jin bukannya sedia mengetahui perkara yg Ghaib
"Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina.
(Saba' 34:14)

* Tidak ada kekuasaan Syaitan bgi yang beriman dan berserah bulat2 kepada Allah, sesungguhnya pengaruh syaitan itu hanyalah kepada yang menjadikanSyaitan itu sebagai  pemimpin mereka dan yang mensyirikkan Allah(dengan sebab hasutab Syaitan itu)
 A098
Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.
(Al-Nahl 16:98
A099 Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.
(Al-Nahl 16:99
A100 Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.
(Al-Nahl 16:100)


Kredit to :http://www.myberita.com/menarik-enam-kelemahan-jin/

----------------------------------------------------------
video yg menarik : Abuanas Madani (Iman Kpd Malaikat 10 - Gangguan Jin, Soalan Jin & Perlindungan)
-http://www.youtube.com/watch?v=pkSiUUCE0Lo&feature=youtu.be

Tips Rawat Gatal Celah Jari Kaki


 
 
Pernahkan terjadinya ke atas mu akan serangan kegatalan yang tidak terbayangkan di celah jemari kaki?  Dan di kala itu pula keadaan tidak mengizinkan mu untuk menggarunya dengan sesegera mungkin?  Dengan mengenakan kasut berstokin cap buaya dan berpakaian smart bertali leher sambil dikelilingi orang-orang penting dalam meeting berjam-jam lamanya, apakah harus ditahan penyiksaan itu selamanya? Oh itu sangat menyiksakan batin weh!
 
Apakah bahananya ini?  Orang Malaysia umumnya tahu dengan penyakit gatal-gatal di celah jemari kaki ini.  Ia bermula dengan makhluk bernama kulat durjana.  Dijadikan cerita – spesifikasi pembiakan yang tertutup, panas, persekitaran lembab adalah medium yang sesuai untuk perkembangan kulat-kulat ini. Dan biasalah kegatalan ini akan menjangkiti ruang antara jari kaki, namun ia juga boleh menjangkiti kuku kaki dan sisi kaki.
 
Gejalanya hanya disedari apabila stoking dibuka pada suatu hari selepas pulang dari kerja.  Bau kaki yang tidak menyenangkan berlatarbelakangkan haruman bacin-bacin itu menyerlahkan bentuk-bentuk ruam merah berkeruping yang gatal di celah jari kaki. Lama kelamaan menyebabkan rekahan, kulit menggelembung yang boleh menyebabkan jangkitan kuman.  Ditambah pula dengan aktiviti-aktiviti menggaru yang sangat mengasyikkan sehingga terpejam celik dan mulut ternganga, menambah parah bukaan kulit yang luka.  Nikmatnya menggonyoh di spot-spot tersebut, usah cakap lah.  Sukar dibayangkan….
 
Rawatannya berbagai-bagai.  Paling mudah berjumpalah doktor. Doktor akan memberi ubatan seperti krim antikulat dan ubatan antikulat. Walaupun dirawat dengan ubatan antikulat ia memerlukan beberapa minggu untuk sembuh.
 
Di negara jiran, ada satu alternatif merawat azab ini.  Mereka menggunakan ubi kayu.  Ubi kayu?  Rupa-rupanya sebelum disagat untuk dijadikan kerepek, pekung di kaki terlebih dulu menjamah rasa.  
 
Hahaha.. begini perawatannya:
 
Cabutlah seperdu ubi kayu yang masih muda di kebun belakang rumah Pak Leman sana.  Dikupas lalu diparut.  Parutan tadi pula perlulah ditepek pada bahagian yang terlibat gatal tadi.  Apabila parutan yang ditepek tadi mengering, maka gantikanlah dengan parutan yang baharu.  Diyakini dengan izin Yang Maha Kuasa, dalam tempoh dua (2) hari masalah penyiksaan ini akan lenyap.

Kredit to: http://www.myberita.com/tips-rawat-gatal-celah-jari-kaki/

Wednesday, February 6, 2013

Khasiat Sarang Burung Walet





 Melayukini.net – Khasiat Sarang Burung Walet  (Menarik!)

Sekarang ini ramai pengusaha sarang burung walit sibuk memperluaskan lagi perniagaannya. Menurut fakta, perniagaan sarang burung walet antara perniagaan yang sangat menguntungkan. Mengenai khasiiat pula, kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung walet menjadikannya agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata.

 Bagi penghidap asma, ia juga menjadi agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebaga i:


# Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walet dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.

# Sarang burung walet dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.

# Pengambilan sarang burung walet ketika kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.

# Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.

# Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.

# Untuk kanak-kanak, sarang burung berkenaan dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.

# Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan barah.
Melayukini.net - Sarang burung walet memang ternyata sangat mahal di pasaran kerana khasiatnya. Jadi tidak hairanlah, jika harga pasaran tempatan sarang burung walet dalam 1 kilogram mencecah Rm6500. Manakala pasaran dunia bagi 1kg adalah mencecah sehingga RM24 ribu.

Khasiat Pucuk Tenggek Burung



Melayukini.net – Khasiat Pucuk Tenggek Burung (Menarik!) |  




Sudah semestinya rata-rata di antara kita agar asing dengan pucuk tenggk burung ini. Seperti satu pucuk yang jarang didengar. Sebenarnya pokok Tenggek Burung hidup meliar di kawasan terbuka, belukar, dan kawasan tanah gambut serta tanah yang tinggi kandungan sulfat

Pokok ini membiak dengan cara biji benih yang disebarkan oleh burung yang gemar memakan buahnya. Bunga Tenggek burung kecil berwarna hijau kelabu ini adalah amat berkhasiat.


1. Pucuk Tenggek Burung berkhasiat dan amat sedap dijadikan ulam. Baunya yang harum dan berlemak boleh membuka selera makan.

2. Pokok ini mampu membantu wanita terutamanya wanita yang baru lepas bersalin terutama mengecutkan rahim.

3. Ia dapat menurunkan tekanan darah tinggi, menghilangkan lenguh-lenguh di badan dan melancarkan pengaliran darah.

4. Ia juga boleh melambatkan keluar mani lelaki , lebih menegangkan zakar dan menjadikan zakar lebih sensitif.

5. Ia juga menyegarkan badan. Badan rasa ringan sedikit.

Melayukini.net - Jadi secara umumnya pokok tenggek burung ini mudah didapati di kawasan-kawasan belukar di dalam hutan. Selain sifatnya yang mudah tumbuh, ia juga antara pokok yang sering disebarkkan biji benihnya oleh burung. Jadi tidak hairanlah jika pokok tenggek burung banyak di kawasan tersebut.
http://melayukini.net/2012/10/khasiat-pucuk-tenggek-burung-menarik/

--------------------------------------------------------------------


Tenggek Burung - Tanam Sendiri

 google punya tenggek burung
Pagi semalam sempat menjengah tanaman akak kat belakang rumah. Hai kasihan nenggoknye, dah hampir pengsan pokok tu semua. Gara-gara tuan nyer sibuk menjahit. N3 kali ni nak cerita tentang pokok ulam yang namanye tenggek burung. Namanye gitu sebab ada burung suka duk betenggek atas pokok ni. More info sila google sendiri ya hahahha....
Selalu akak melor beli bila ada hari pasar tani area rumah. 1 ikat seringgit. Seikat tu boleh 2 kali makan. Tenggek burung ni mudah layu dan kecut tak sesuai untuk simpan lama. Akak melor suka makan segar. Dah namanye ulam mesti la nak makan segar bugar kan. Rasanya masam-masam kelat dan ada rasa pahit-pahit sikit gitu. Sedap kalau di kenakan dengan sambal belacan.
Satu hari tu akak jumpa orang jual anak pokok tenggek burung nih. Akak tak lepaskan peluang terus akak beli. Walaupun mahal akak sanggup beli semata-mata nak dapatkan ulam segar. Suka makan punya pasal mahal pun sanggup beli. Dan hasilnya akak melor dah tak payah beli lagi ulam tenggek burung ni.. Rasa nak makan je akak gi petik kat belakang rumah. Sudah nye, tengok la pokok akak tak secantik pokok dalam gambar di atas sebab selalu kena petik huhuuuu........

 akak punya tenggek burung

Banyak khasiat ulam ni senah ooiii..... Senah kalau nak tahu lebih tentang khasiat tenggek burung ni kena  la google sendiri ya. Akak melor malu la nak tulis hihiihih...... yang pasti ulam ni baik untuk pesakit darah tinggi 
 http://cmelor.blogspot.com/2012/05/tenggek-burung-tanam-sendiri.html

_--------------------------------------------------------------------
nak tahu penjelasan berkenaan pokok  tenggek buruing ni..,
 http://animhosnan.blogspot.com/2012/10/tenggek-burung-part-2.html
 http://animhosnan.blogspot.com/2010/08/tenggek-burung.html


-----------------------------------------
ada maklumat tambahan bila ibu berbicara  .....

  http://ibuberbicara.blogspot.com/2012/12/tenggek-burung-aka-cabang-tiga.html

Kelebihan Minum Air Kosong Ketika Perut Kosong





Melayukini.net Kelebihan Minum Air Kosong Ketika Perut Kosong | 

Tabiat minum air kosong ketika perut kosong adalah salah satu tabiat yang sangat baik. Rasulullah SAW juga sering mengamalkan minum air kosong selepas bangun sahaja dari tidur setiap pagi. 

Ia juga baik untuk penyakit  antaranya penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.


Kaedah-kaedahnya :

1. Sebaik sahaja anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit
3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam
5. Sesungguhnya orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas setiap hari.
6. Kaedah rawatan ini akan menyembuhkan penyakit yang tersenarai diatas dan di samping itu anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat.

Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:

1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB (90 hari)
7. Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 – harian.

Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.

Adalah lebih baik jika kita teruskn kaedah ini sebagai rutin dalam aktiviti harian kehidupan kita.
 Ini adalah cara & tradisi orang-orang Cina dan Jepun meminum teh panas selepas mereka makan makanan mereka .. bukannya air sejuk. Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan! 

Kita tidak akan hilang apa-apa, segala-galanya untuk mendapat tahap kesihatan yang maksimum .
Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat berguna kepada anda.Bukanlah tidak boleh/bagus untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan melambatkan pencernaan.

Apabila ini ‘enapcemar’ bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine..Apa yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.


Ambil perhatian yang serius untuk serangan jantung:

• Wanita perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan menjadi sebelah kiri dada,
• Berhati-hati kesakitan yang teramat sangat pada garis rahang.
• Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa serangan jantung.
• Loya dan berpeluh berlebihan juga tanda-tanda lazim.
• 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika sedang tidur dan tidak bangun.
• Sakit di rahang boleh bangun dari tidur yang kukuh. Mari, Kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan sedar. 

Lebih banyak kita tahu & pelajari,maka peluang utk hidup lebih panjang dan baik lagi.
Melayukini.net - Jadi, apa tunggu lagi. Marilah kita bersama-sama mengamalkan minum air kosong setiap hari terutamanya selepas bangun sahaja dari tidur. Tidak semua orang yang mengetahui tentang khasiat mengamalkan tabiat tersebut.

Sunnah Nabi apabila mahu tidur...


Sunnah Nabi apabila mahu tidur...

“Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila hendak tidur, beliau pun mengucapkan:

بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا

“Dengan nama Engkau Ya Allah, aku mati dan aku hidup.” Dan apabila beliau bangun dari tidurnya, beliau mengucapkan:

الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

“Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah Dia mematikan kami dan kepadanyalah kami dikembalikan.” [Shahih al-Bukhari, no. 6312. Bab: Apa yang diucapkan ketika bangun subuh]
 

Monday, February 4, 2013

health benefit of drinking Lemon Water


Khasiat meminum Air limau...

Petua Untuk Menghafal Ayat-Ayat Al-Quran

 
 
Petua Untuk Menghafal Ayat-Ayat Al-Quran

·
a) Mulakan dengan bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana sesungguhnya dosa-dosa tidak akan memberi ruang untuk ayat-ayat bertapak di hati manusia. Imam Al-Shafie di dalam satu petikan sajaknya yang terkenal mengadu kepada gurunya akan dirinya yang agak sukar untuk menghafal dengan baik.Gurunya lalu menasihatinya agar meninggalkan dan bertaubat akan segala dosa- dosanya.

b) Mesti ada niat yang benar dan percaya akan balasan baik yang akan diperoleh. Mohonlah bantuan Allah dengan seikhlas hati untuk sentiasa memudahkan kita menghafal ayat-ayat suciNya.

c) Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang beberapa hari) untuk menghafal ayat-ayat al-Quran. Masa yang paling baik adalah pada waktu yang kita tidak sibuk dengan hal-hal lain.

d) Gunakan naskah yang sama setiap kali kita menghafal. Ini membantu minda kita menangkap dan mengingat apa yang terdapat pada helaian muka surat yang kita ingin hafal.

e) Mulakan dengan surah-surah yang paling mudah bagi kita. Ramai yang menyarankan agar hafalan bermula dengan lima juzu' terakhir ( bermula dengan juzu' 30,juzu' 29 dan seterusnya).

f) Hafalan juga boleh dimulakan dengan surah-surah yang paling kita gemar membacanya atau yang selalu kita dengar ataupun yang kita sudah biasa dan sudah pula ingat sebahagiannya.

g) Sebenarnya, lebih muda umur kita, lebih mudah untuk kita menghafalnya.Semakin kita berumur, kita akan lebih sibuk dengan pelbagai urusan dan kemampuan untuk mengingat juga semakin berkurangan. Walaubagaimanapun, kita masih belum terlambat sebenarnya, Insya Allah. Walaupun kita tidak pernah menghafal ayat-ayat pada usia kecil atau pada masa usia remaja, namun kita masih lagi berpeluang menghafalnya jika kita bersungguh-sungguh.

h) Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam solat-solat sunat yang biasa kita lakukan. Selain itu, mintalah bantuan rakan-rakan ataupun pasangan kita untuk mendengar bacaan hafalan ayat-ayat itu .

i) Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yang baik, apatah lagi dengan sentiasa bersama-sama memberi galakan di antara satu sama lain.



 by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA, June 21, 2011

--------------------------------------------


*tidak kurang pentingnya -mendapatkan bantuan (uztaz /ustazah ) untuk membetulkan bacan kita , kerana yg pasti kita hafal bacaan Al quran yg betul..sangat penting , paling tidak mengikuti bacaan syaikh yg muktabar...

Saturday, February 2, 2013

Membaca "La ilaha illal-lahu wahdahu la shareeka lah.." h



Narrated Abu Huraira (May Allah be Pleased with him): Allah's Apostle (Sall-Allaahu ‘Alayhe Wa Sallam) said,

"If one says one-hundred times in one day:

لَا إِلهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْد، وهُوَ عَلى كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ.

La ilaha illal-lahu wahdahu la shareeka lah, lahul-mulku walahul-hamd, wahuwa AAala kulli shayin qadeer

"None has the right to be worshipped but Allah, the Alone Who has no partners, to Him belongs Dominion and to Him belong all the Praises, and He has power over all things (i.e. Omnipotent)",

one will get the reward of manumitting ten slaves, and one-hundred good deeds will be written in his account, and one-hundred bad deeds will be wiped off or erased from his account, and on that day he will be protected from the morning till evening from Satan, and nobody will be superior to him except one who has done more than that which he has done."

[Sahih Al-Bukhari, Book # 54(Beginning of Creations), Hadith #514]