Masaalah
remaja tidak kira anak lelaki atau anak perempuan yang degil dan keras
hati cukup susah dinasihatkan oleh ibubapa. "Tak makan saman punya
anak!" Kadang-kadang ibubapa dimarah balik dan ada yang sanggup maki dan
pukul ibubapa sendiri. Baru-baru ini berlaku apabila anak lelaki
memukul ibunya dengan kayu. Memanglah jadi anak derhaka macam tu!.
Tapi
jangan lekas putus asa dalam memperbetulkan dan mendidik anak kita yang
sudah jadi begitu. Mungkin yang mengubah perangainya dan sikapnya
kerana pergaulan dengan kawan-kawannya yang rosak akhlak. Mungkin juga
kerana masalah persekitaran serta kurang didikan agama oleh kita.
Yang
salah tetap ibubapa kerana kita diamanahkan oleh Allah untuk membentuk
mereka samada nak jadikan mereka itu yahudi, nasrani atau seorang muslim
yang taat pada Allah dan rasulnya.
Jangan
berdoa minta anak-anak taat pada kita. Takut nanti anak-anak tidak taat
pada Allah dan rasul. Minta doa supaya anak-anak taat pada Allah dan
rasulnya. Maka secara langsung ia akan taat pada ibubapanya.
Selain dari itu, selalu berdoa minta padaNya. Bacakan surah-surah yang ada diberikan. Klik DOA MUSTAJAB di menu bar. Diantaranya adalah Surah Taha: Ayat 1 -5.
Bagi yang tidak boleh membaca dengan baik. Ambil cara yang ini iaitu dengan berzikir Asmaul Husna "Ya, Syahiid". Maknanya "Yang Menyaksikan".
"Ya
Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka
membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara
berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah
perangainya.
(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al- Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).
Cara melakukan kepada anak-anak.
Semasa
anak sedang tidur, zikir dan baca "Ya Shahid" sebanyak 313x kali dan
tiup pada ubun kepalanya. Lakukan sebanyak 21 kali. Setiap sekali zikir
hendaklah dibaca 313x "Ya Syahid". InsyaAllah anak anda akan menjadi
anak yang mendengar cakap ibubapanya. (Keseluruhan zikir 313 x 21 =6573x
zikir)
Nota:
Boleh
baca sebanyak 313x atau 319x. 313x zikir, penulis dapat dari seorang
bekas guru yang mengaji kitab di masjid memberitahu caranya. Boleh buat
dalam masa 2 hari zikir ini atau ikut masa jika ada kesempatan.
Semuga kita berkongsi sedikit ilmu ini untuk kebaikan bersama.
Wasallam.
http://www.resepirahsiaku.com/
No comments:
Post a Comment