Petua Menjaga Kesihatan Mata 
 1. Setiap kali mandi atau berwudhu, pastikan jangan pejamkan mata 
semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda 
beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita 
akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua 
ini, tetapi setelah mengamalkannya beberapa lama, setakat ini mata tidak
 mudah rabun (melainkan berpenyakit),  biarpun berjam-jam di depan 
komputer.
 
 2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa 
gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, 
basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. 
Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam 
kuku. Lepas itu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh pada mata anda 
sambil kelip-kelipkan mata berulang kali.
3. Amalkan senaman untuk mata anda.
Caranya:
a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian 
beransur-ansur lihat pula objek yang lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, 
sejauh-jauhnya. Selepas itu balik semula beransur-ansur lihat objek yang
 berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali.
b. Gerakkan 
mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke 
kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai 
mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.
c. 
Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah 
objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dan 
sebagainya. Sesungguhnya warna hijau itu menenangkan dan merehatkan mata
 anda.
4. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A 
& C - susu, sayur (terutama carrot dan broccoli) dan buah-buahan 
(terutama aprikot dan anggur) dan sebagainya.
~ENSAIKLOPEDIA  PETUA MELAYU LAMA
3. Amalkan senaman untuk mata anda.
Caranya:
a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yang lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya. Selepas itu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali.
b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.
c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dan sebagainya. Sesungguhnya warna hijau itu menenangkan dan merehatkan mata anda.
4. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A & C - susu, sayur (terutama carrot dan broccoli) dan buah-buahan (terutama aprikot dan anggur) dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment