Sunday, July 8, 2012

Penyakit Endometriosis


 
 
 
 
eMEDIK: Info Penyakit Endometriosis

Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.

Penyakit ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar darah kotor atau darah haid.

1. Chocolate Cyst Endometriosis dalam Ovary
Bagaimana selaput endometrium ini boleh tumbuh di luar rahim? Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain. Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis.

Bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang penyakit endometriosis.

2. Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

3. Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah. Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar varian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat. .
o

Apa Tanda-Tandanya?

a. Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin. Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.

b. Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding/otot rahim. Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.

c. Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian
.

Bagaimana pengidap endometriosis ini boleh jadi mandul?
1. Di antaranya penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.

2. Ia mungkin menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telor.

3. Endometriosis mungkin juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo
4.Seterusnya endometriosis mungkin menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita. Tetapi dikalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan.
  Keguguran - Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak tahu, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali. Lain-lain tanda atau gangguan akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.

Cara Pengesahan Endometriosis - ia dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.

RAWATAN - Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini.

Pembedahan - Jika terdapat chocolate cyst ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis.
Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus). Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali.

Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan. Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini.

Dalam beberapa tahun yang lepas ubat-ubat terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dan terdapat berbagai jenama seperti Zoladex dan lain-lain untuk digunakan selama enam hingga sembilan. Suntikan-suntikan tersebut agak mahal sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid manakala kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan. Saya sekarang ini kurang menggunakan ubat-ubat untuk merawat pesakit-pesakit endometriosis khususnya mereka yang mempunyai masalah kemandulan atau keguguran yang berulangkali. Saya lebih suka melakukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan rahim dan juga melakukan lain-lain pembetulan dan pembersihan di dalam dan persekitaran rahim kerana hasil dari segi mendapatkan kehamilan berlaku dengan lebih kerap dan cepat lagi. Apabila wanita itu hamil, Insya Allah penyakit endometriosis ini terkawal dan jarang berulang lagi.
 

Bolehkah Penyakit Berulang?
Penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun lepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar.

Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis dari berulang. Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran dan gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk menangkis stress.
 

Antara penyebab haid Tidak hadir


 • Tekanan jiwa dan emosi
.• Hormon yang tidak seimbang.
 • Penyakit dalam kelenjar pituari atau ovari.
• Ketumbuhan seperti barah/cancer dalam rahim atau pangkal rahim.
Kebiasaanya, hypothalamus (bahagian kecil otak di bahagian atas pituari) memberi isyarat pada kelenjar pituari untuk mengeluarkan hormon yang menyebabkan ovari mengeluarkan telur.

Jika penghasilan hormon ini terganggu, maka ianya boleh menyebabkan haid tidak teratur atau tidak keluar langsung. Senaman yang berat juga boleh menyebabkan haid berhenti.

Haid yang tidak hadir juga boleh disebabkan oleh penyakit pada uterus/saliran peranakan, seperti hydatidiform/tumor pada plasenta dan sindrom asherman's/parut didinding uterin disebabkan oleh jangkitan atau pembedahan.

Penyebab lain haid tidak hadir:-

• Kecacatan sewaktu dilahirkan dimana tiub fallopian tidak terbentuk dengan normal dan penyekit kromosom contohnya penyakit sindrom turner dimana sel-sel hanya mengandungi satu kromosom X bukannya dua seperti kebiasaannya.
• Pseudohermaproditism pada lelaki dimana individu lelaki secara genetik telah berkembang menjadi wanita.
Bagi perempuan yang berumur 13 tahun hingga 16 tahun yang tidak pernah haid mesti mendapatkan pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti penyebabnya.
 

Saturday, July 7, 2012

Kacang hijau Untuk Cantik & Dan Seribu Manfaat.



PERUBATAN

Kacang hijau untuk cantik

SIAPA sangka kacang hijau atau nama saintifiknya phaseolus radiatus L yang selama ini digunakan sebagai bahan masakan menjadi bahan utama membantu mendapatkan kulit yang lebih mulus, lembut dan berseri.

Antara kandungan bahan yang ada pada kacang hijau ialah protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosfor, vitamin dan vitamin B2.

Selain mencantik dan memulihkan kulit wajah daripada masalah kelesuan, kacang hijau turut digunakan dari segi membantu membuang angin serta melancarkan proses pelawasan badan.

Tanaman kacang hijau banyak diusahakan di sawah dan ladang yang bertanah lembap serta perlu mendapatkan sinar matahari secukupnya. Tumbuhan perdu berbatang basah dan tingginya boleh mencapai tiga meter ini adalah tanaman pendek bercabang tegak.
Walaupun tidak ramai menggunakan kacang hijau sebagai bahan kecantikan, ia tidak menggentarkan semangat pengusaha pusat kecantikan Aura Wellness Spa, Sivananthan dan isterinya, Mithila Sathasivam untuk mengetengahkan produk berkenaan.

Proses rawatan menerusi spa muka Aura selama 45 minit itu menyediakan urutan wajah menggunakan minyak aroma selama 15 minit bagi menghilangkan ketegangan muka selepas seharian bekerja.

Seluruh wajah diurut menggunakan teknik tertentu bagi menghilangkan tekanan serta memberikan kesan kelegaan maksimum kepada pelanggan.

Kemudian proses sental wajah menggunakan kacang hijau mula dilakukan. Kacang hijau berkenaan dilumur ke seluruh wajah terlebih dulu dan dibiarkan selama 20 minit sebelum dibersihkan.

Wajah pelanggan juga akan diletakkan pupur pulut hitam selama 20 minit. Lapisan berkenan perlu disapu dengan jumlah yang banyak untuk mendapatkan kesan diingini.

Ketika ini pelanggan akan berasa kulit wajah mereka seolah-olah digigit semut kecil, bagaimanapun ia tidak memudaratkan dan berlanjutan hingga pupur berkenaan kering sepenuhnya.

Spa muka berkenaan lain daripada yang lain menerusi bahan yang digunakan manakala harga ditawarkan juga amat berpatutan iaitu RM48.

Semua produk yang digunakan dalam setiap rawatan disediakan spa berkenaan menggunakan bahan semula jadi daripada jenama Tanamera yang tidak memberikan sebarang kesan memudaratkan kepada pelanggan.

Mithila berkata, selain rawatan wajah menggunakan kacang hijau, pusat kecantikan itu turut menyediakan rawatan urutan untuk ibu lepas bersalin secara tradisional yang diubah mengikut keperluan pengguna masa kini.

Malah tukang urut disediakan juga memiliki kepakaran yang diiktiraf kerana sudah menghadiri kursus diperlukan bagi memperoleh sijil melakukan rawatan berkenaan.

Menurutnya, walaupun digabungkan dengan cara moden untuk melakukan rawatan urutan lepas bersalin, ia tidak sedikit pun mengubah perkara asas yang perlu dilakukan terhadap ibu lepas bersalin.

"Kami masih mengikut cara lama walaupun kaedah digunakan berlainan kerana pantang larang lepas bersalin masih sama dan ia wajar diikuti untuk kebaikan wanita berkenaan.

"Jangan memandang remeh perkara ini kerana ia boleh memberi kesan terhadap kesihatan diri pada masa depan," katanya ketika ditemui di pusat kecantikan berkenaan di No 11-1, Jalan Remia 4, Bandar Botanic, Klang, Selangor baru-baru ini.

Antara pakej rawatan lain disediakan ialah spa Aura Tradisional Boreh berharga RM98 selama satu jam 30 minit serta spa pengantin Aura yang boleh dicuba pasangan bakal raja sehari bernilai RM198 untuk tiga jam rawatan.

Selain itu, spa terbabit turut memberikan potongan harga sehingga 50 peratus kepada pelanggan yang membuat rawatan pada setiap Ahad.
Info:
















  • Kacang hijau antara makanan berkhasiat tinggi. Bagi individu yang sedang berdiet, kandungan lemak dalam kacang hijau dapat membantu usaha mereka.
  • Kacang hijau mempunyai kandungan lemak yang rendah. Kadar lemak rendah itu menyebabkan bahan makanan atau minuman yang dibuat daripada kacang hijau tidak mudah tengik. Selain itu, kacang hijau tidak mengandungi lemak tepu yang dipercayai baik untuk kesihatan jantung.
  • Zat gizi kacang hijau membantu menangani beberapa masalah termasuk anemia (kurang sel darah merah), mencuci perut, mengubat gangguan hati dan melancarkan pembuangan air besar.
  • Protein dan zat besi yang tinggi dalam kacang hijau membantu tumbesaran seseorang terutama kanak-kanak.
  • Dalam kes diabetes, kacang hijau membantu meningkatkan penggunaan glukos dalam badan. Menurut kajian makmal di Mysore, India, pesakit kencing manis kronik yang memerlukan insulin 40 unit sehari, menunjukkan penurunan ke atas keperluan insulin menjadi 20 unit sehari apabila diberi diet mengandungi ekstrak kacang hijau.

    Kajian menunjukkan perubahan ketara ke atas kandungan glukos darah, toleransi glukos dan keadaan umum pesakit. Kacang hijau juga berkhasiat untuk membantu melegakan kembung perut dan kencing tertahan.
  • Kacang hijau juga dikenali sebagai makanan penyahtoksik bersifat sejuk dan penawar toksik yang berkesan sejak dulu.

    Ia membantu untuk menawarkan logam berat, ubat pertanian dan pelbagai racun dalam makanan. Ia dapat mempercepatkan penguraian bahan bertoksik dalam badan untuk dibuang keluar.
  • Petua orang tua bagi menghilangkan urat timbul di kaki turut menggunakan kacang hijau. Hanya ambil segenggam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan.
  • Makan pada waktu pagi dan malam. Selain itu, setiap kali hendak tidur, angkat kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding selama 10 minit. Selepas itu barulah tidur. 
  • (MyMetro/AK)
    Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adna
  • Wednesday, July 4, 2012

    DOA Untuk Memagari Dari Gangguan Syaitan


     
     
     
    Berikut ialah nasihat dan pedoman untuk memagari rumah dan anak-anak daripada gangguan syaitan seperti yang diajarkan oleh Al-Quran dan As-sunnah.

    1. Membaca surah Al-Baqarah di dalam rumah

    Rasullullah bersabda:"Janganlah jadikan rumah kamu sebagai kuburan. Sesungguhnya rumah yang dibacakan padanya surah Al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan." (Hadis riwayat Muslim)

    2. Membaca Bismillah sebelum masuk dan semasa keluar daripada rumah

    3. Membaca ayat kursi kepada anak-anak sebelum tidur



    { اللَّهُ لا إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ }


    4. Membaca doa berikut kepada anak, sambil tangan mengusap kepalanya :

    اعذك بكلمات الله التامة من كل شيطان وشره

    Maksudnya : “Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan kejahatannya.”

    5. Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas kemudian sapu seluruh badan sebelum tidur

    Satu hadith daripada Aishah RA, mengatakan, bahawa apabila Rasulullah صلى الله عليه وسلم berbaring di perbaringan baginda pada malam hari, baginda menyatukan kedua telapak tangan baginda lalu baginda meniup keduanya dan membacakan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian baginda mengusap tubuh baginda yang mampu diusap dengan kedua tangannya. Baginda mulai dari kepala, wajah, dan bahagian muka tubuhnya. Baginda melakukan hal itu 3 kali.“ (Hadith sahih Bukhari, riwayat Aishah RA)

    6. Bersihkan hidung jika terjaga tengah malam

    Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, maksudnya: “Apabila salah seorang di antara kamu terbangun dari mimpinya, hendaklah dia melakukan membersihkan hidungnya tiga kali, kerana syaitan bermalam pada hidungnya.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

    7. Disebut dalam Sahih Muslim, diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (maksudnya): Sesiapa yang membaca 100 kali :

    لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

    Dibuat sebagai pelindung dari syaitan pada hari tersebut hingga ke petang.

    Monday, June 25, 2012

    Ketika Sakit Mendera

    Ketika Sakit Mendera

    By: Muhamad Agus Syafi

    Ketika sakit mendera, keputusasaan, kehilangan harapan membuat hidup menjadi tersiksa. Keresahan menyelimuti hatinya. Itulah yang dirasakan seorang bapak. Suhu badannya meninggi, perutnya mengeras. Setelah diperiksa kemungkinan besar harus dioperasi, tetapi menunggu hasil ronsen. Karuan saja hal itu membuatnya menjadi panik. bagaimana mungkin tidak operasi, tubuhnya masih terasa sakit. Ia teringat betapa selama ini dirinya dan keluarganya begitu banyak nikmat yang melimpah yang diberikan oleh Allah kepadanya, terkadang lupa untuk bersyukur maka ia bergegas bersama istri dan anak-anaknya untuk berbagi di Rumah Amalia. Kebahagiaan itu terpancar dari wajahnya dan keluarganya

    Pada saat di Rumah Sakit, lampu sudah menyala, operasi seolah sudah pasti dilakukan. Ia tiada henti membaca takbir, tahmid, tahlil. Tak lama kemudian ada seorang dokter masuk, membawa hasil ronsen. Mencopot sarung tangan dan Dokter itu mengatakan padanya. 'Bapak, menurut hasil pemeriksaan. Bapak tidak perlu dioperasi.' 'Subhanallah' Ia hampir tidak percaya. Sungguh menakjubkan. Ia menangis tersedu-sedu bahagia. Alangkah indahnya hidup ini menerima anugerah disaat harapan itu mulai sirna. matanya nampak berkaca-kaca penuh keharuan.

    'Allah telah menyembuhkan sakit saya, Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah.' Tak henti ucapkan hamdalah malam itu di Rumah Amalia . Ia menangis karena sangat bahagia dan memuji kebesaran Allah. Sungguh benar kiranya sabda Nabi Muhamad Shalallahu Alaihi Wa Salam, 'Obatilah orang yang sakit dengan shodaqoh, Bentengilah harta yang anda miliki dengan zakat dan tolaklah marabahaya dengan doa (HR Baihaqi).

    ----
    Sahabatku, yuk..aminkan doa ini agar kesembuhan & terhindar dr segala penyakit "Allahuma inni a'udzubika minal baroshi wal junuuni wal judzaami wa min sayyi-il asqoom" Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari penyakit belang, gila, kusta & penyakit2 yg buruk lainnya (HR. Muslim).

    Wassalam,
    Muhamad Agus Syafii

    Sunday, June 3, 2012

    9 Waktu Mustajab Nasihatkan Anak-anak




    Sangat sesuai untuk ibubapa yang mempunyai anak terutama yang sedang membesar dan memerlukan banyak bimbingan serta tunjuk ajar.

    Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :
    1-Sebelum anak tidur.
    2-Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga).
    3-Selepas anak bangun tidur.
    4-Selepas anak mandi.
    5-Selepas anak solat.
    6-Selepas anak membaca al-Quran.
    7-Selepas anak berdoa.
    8-Selepas anak beriadah.
    9-Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).

    Ayat al-Quran yang digalakkan untuk diamalkan :
    • Surah al-Baqarah (apabila dibaca pada satu malam, selama tiga malam syaitan tidak masuk ke dalam rumah).
    • Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan). Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”
    • Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah). Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.”
    Insyallah….Wallahualam.

     Entry dipetik daripada Born To Make Me Happy (http://www.syareena.com)

    http://mynewshub.my/2012/01/05/9-waktu-mustajab-nasihatkan-anak-anak/

    Manfaat Terbesar Amalkan Ayat Kursi



    [255] – Ayatul Kursi (The Throne Verse)
    1-Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). 

    2-Yang tidak mengantuk usahkan tidur. 
    3-Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. 
    4-Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
    5- Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, 
    6-Sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). 
    7-Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; 
    8-dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. 
    9-Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

     


    Allah S.W.T. telah menurunkan kitab suci Al-Quran untuk menjadi pegangan dan pedoman kepada para hambanya sepanjang hidup menjadi khalifah di muka bumiNya sebelum terjadi kiamat, yang manusia sendiri tidak ketahui bila waktunya.

    Sabda Rasulullah S.A.W, “Aku tinggalkan kepada umatku dua perkara. Jika mereka berpegang teguh kepadanya maka mereka tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al Quran dan as Sunnah.”
    Di dalam Al-Quran, terdapatnya satu ayat yang dapat memberikan seribu syafaat dan manfaat buat manusia jika sentiasa diamalkan. Ia adalah ayat Kursi.

    Ayat Kursi telah diturunkan selepas hijrah dan sejarah mencatatkan bahawa semasa turunnya ayat ini ia diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi takut kerana adanya satu halangan dalam usaha mereka menyesatkan umat manusia.

    Sesiapa yang sering membaca ayat Kursi akan dikasihi dan dilindungi oleh Allah S.W.T sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad S.A.W. *

    Sebagai tambahan kepada mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah S.W.T daripada gangguan serta hasutan syaitan.

    “Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya, yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)” Kursi; 255.

    Antara syafaat dan manfaat yang didapati:
    1. – Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah S.W.T.
    2. – Mengikut keterangan dari kitab Asraarul Mufidah, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikan pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.*
    3. – Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insyaallah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.*
    4. – Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya”.
    5. – Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad.*
    6. – Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.
    7. – Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
    8. – Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
    9. – Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk, Insyaallah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
    10. – Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah akan mewakilkan dua malaikat memeliharanya hingga subuh.
    11. – Barang siapa yang membaca ayat Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
    12. – Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
    13. – Barang siapa yang membaca ayat Kursi ketika kesempitan, nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
    14. – Barang siapa yang membaca ayat Kursi di akhir sembahyang, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
    15. – Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitan, nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
    “Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)” Kursi; 255.

    Oleh: NAIMAH SHAARI
    Sumber: OhIslam.com

    --------------------------------------

    " Allah! There is no god but He - the Living, The Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him Nor Sleep. His are all things In the heavens and on earth. Who is there can intercede In His presence except As he permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures As) Before or After or Behind them. Nor shall they compass Aught of his knowledge Except as He willeth. His throne doth extend Over the heavens And on earth, and He feeleth No fatigue in guarding And preserving them, For He is the Most High. The Supreme (in glory). "(Al-Baqarah 2: 255)


    1. Asma' bint Yazid (may Allah be pleased with her) reported, ' I heard the Messenger of
    Allah (peace and blessings be upon him) say about these two following Ayahs, i.e,
    verses: "Allah! There is no god but He - the Living, The Self-subsisting, Eternal. [2:255],
    And, Alif Lam Mim, Allah! There is no god but He - the Living, The Self-subsisting,
    Eternal [3:1-2], That they contain Allah's Greatest Name."
    [Imam Ahmad bin Hanbal in his Musnad]


    2. It was narrated that Abu Umamah (may Allah be pleased with him) said: The
    Messenger of Allah (peace and blessings be upon him) said: "Whoever recites Ayat Al-
    Kursi immediately after each prescribed Prayer, there will be nothing standing between
    him and his entering Paradise except death."
    [an-Nasa'i and Ibn Hibban]


    3. It was narrated from Abu Hurairah (may Allah be pleased with him) that the
    Messenger of Allah (peace and blessings be upon him) said: "In Surat Al-Baqarah there
    is a verse which is the best of all the verses of the Qur'an. It is never recited in a house
    but Shaitan leaves: Ayat Al-Kursi."


    4. Abu Umamah Al-Bahili (may Allah be pleased with him) reported: The Prophet (peace
    and blessings be upon him) said: "The one who recites it after each of the obligatory
    prayers, then death will be the only thing preventing him from entering Paradise."
    [ibn Sunni, at-Tabarani, ibn Hibban - Sahih]


    5. Ubayy bin Ka'b (may Allah be pleased with him) reported: The Messenger of Allah
    (peace and blessings be upon him) said:
    "Abu Mundhir! Do you know which Ayah in Allah's Book is the greatest? I said: 'Allah and
    His messenger know best.'
    He (peace and blessings be upon him) again said: 'Do you know which Ayah in Allah's
    Book, according to you, is the greatest?' I (Abu Mundhir) replied: 'It is 'Allah la ilaha illa
    Huwal-Hayyul-Qayyum'.[2:255]. Thereupon he (peace be upon him) patted me in the
    chest and said, ' Rejoice by your knowledge, O Abu Mundhir! (i.e, may this knowledge
    be a source of respect, honour and benefit to you)'."
    [Muslim]


    6. Abu Dhar (may Allah be pleased with him) said; O Messenger of Allah, what is the
    greatest thing that has been revealed to you?' He said, Ayat al-Kursi, 'Allah! La ilaha illa
    Huwa'
    [an-Nasa'i]


    7. When you lie down in your bed, recite ayat al-Kursi, Allah! La ilaha illa Huwa (none
    has the right to be worshipped but He), the Ever Living, the One Who sustains and
    protects all that exists? [al-Baraqah 2:255] until the end of the ayah, then you will have
    a protector from Allah and no shaytan (devil) will come near you until morning comes.
    [Sahih al-Bukhari]


    8. Everything has its pinnacle and the pinnacle of the Quran is Surah al-Baqarah. In it
    there is an ayah which is the greatest in the Qur'an: Ayat al-Kursi
    [at-Tirmidhi]


    9. It is reported by way of Abu Hurairah (may Allah be pleased with him) that someone
    used to come upon him and take from the charity ? which the Prophet (peace and
    blessings be upon him) had made him guardian over ? night after night, so on the third
    night, he said: "I will report you to the Messenger of Allah (peace and blessings be upon
    him), the man said: 'Let me teach you some phrases with which Allah will cause you
    benefit' ? they were very eager for good ? so he said: 'When you go to, read 'Ayat alkursi
    (Verse 255 of Surah Al-Baqarah) completely, for there is still upon you from Allah a
    guardian, and no shaytan can get close to you until you enter upon morning.' Then he
    (peace and blessings be upon him) said: "He told you the truth and he is a liar, (that was
    a shaitan)."
    [Sahih Al-Bukhari]


    10. It is reported from Anas (may Allah be pleased with him) that the Prophet (peace and
    blessings be upon him) asked a certain companion if he was married. He replied. "I do
    not have so much money as to get married." RasulAllah (peace and blessings be upon
    him) said "Do you know Suratul-Ikhlas?" He replied: "Yes". RasulAllah (peace and
    blessings be upon him) remarked: "That equals to a quarter of the Holy Qur'an. Do you
    know Suratul-Kafirun?" He replied: "Yes." RasulAllah (peace and blessings be upon him)
    said "it equals to a quarter of the Holy Qur'an". He further asked "do you know Suratul-
    Zilzal?" He replied, "yes." RasulAllah (peace and blessings be upon him) said: "That
    equals to a quarter of the Holy Qur'an. Do you know Suratul-Fath?" He replied: "Yes".
    RasulAllah (peace and blessings be upon him) said: "That equals to a quarter of the
    Holy Qur'an. Do you know Ayat-al Kursi?" He replied: "Yes". RasulAllah (peace and
    blessings be upon him) said: "That equals to a quarter of the Holy Qur'an. Get married,
    get married, get married!"


    11. It is reported by at-Tabarani that the Prophet (Peace and blessings be upon him)
    said: "The one who recites Ayat-al kursi after the conclusion of an obligatory prayer, he
    is under the Care of Allah until the next prayer commences."
    [at-Tabaraani's At Targheeb wat-Tarheeb (2:435)]