Showing posts with label Ruqyah. Show all posts
Showing posts with label Ruqyah. Show all posts

Sunday, December 15, 2013

Kehebatan Ruqyah


Kehebatan Ruqyah,Kerana dalam sesebuah daerah didapati ramai yang terkena sihir,maka dikumpulkan di sebuah tempat yang lapang.Lihatlah kesannya.

Ruqyah Jibril: Meruqyah orang terkena sihir atau kesurupan jin.

Doa yang dibaca oleh Malaikat Jibril ketika meruqyah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

بِسْمِ اللهِ أَرْقِيْكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيْكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنِ حَاسِدٍ، اللهُ يَشْفِيْكَ. بِسْمِ اللهِ أَرْقِيْكَ.

[Bismillaahi arqiik, min kulli syai-in yu'dziik, min syar-ri kulli nafsin au 'aini haa-sid, Allaahu yasy-fiik, bismillaahi arqiik]

Maksudnya:

"Dengan nama Allah aku meruqyahmu dari segala yang menyakitkanmu, dan dari kejahatan setiap diri atau pandangan mata yang penuh kedengkian. Semoga Allah menyembuhkanmu. Dengan nama Allah aku meruqyahmu." - Diulang 3 kali.

Sumber: Shahih Al-Bukhari, hadis no: 2186.

"Adalah (Rasulullah SAW) apabila seseorang ahli keluarga baginda sakit, Baginda hembuskan padanya dengan ayat-ayat pelindung."
(Hadith riwayat Imam Muslim)


كنا نرقي في الجاهلية، فقلنا: يا رسول الله، كيف ترى في ذلك؟ فقال: "اعرضوا عليّ رقاكم، لا بأس بالرقى ما لم يكن فيه شرك

"Kami dahulu melakukan jampi ketika jahiliyah, maka kami bertanya, Wahai Rasulullah, bagaimana Engkau lihat perkara itu? Sabda Baginda, Tunjukkan kepadaku jampi kamu semua, tidak mengapa dengan jampi yang tidak ada unsur syirik padanya."
(Hadith riwayat Imam Muslim)

Thursday, July 25, 2013

Simtom awal ganguan jin dan syaitan



SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITANI

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL
HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali
Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah
segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah
diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.





Sunday, September 30, 2012

Heart-Warming Ruqyah


Ibn Hajar (rahimuhullah) said there is a consensus on the using of Ruqyah if three conditions are met:

1) It must be with the speech of Allah (Qur'aan) and his names and attributes.

2) It must be in the Arabic language, or what is known to be its meaning in other languages.

3) To believe that Ruqyah has no benefit by itself, but the benefits are from Allah.

------------------

Dua for Cure Black Magic Full :

http://www.youtube.com/watch?v=AG08CrBUp9Y&list=PL9FD2125AC54F1E81


-------------------


Wednesday, August 29, 2012

Cara untuk mengelak kita di santau/di sihir melalui makanan...



 Noor Haiza Aris--- biasa baca sekali aje.itu pun sebab makan makanan yg bercampur darat dan laut.contoh makan ikan dgn daging.  Sharina Akmar Kamar Sy amalkan setiap hari pd waktu pg.nak2 sblm start enjin kete.mak suh hafal & jd kan amalan ayat ni.mak ckp blh elakkan bencana & benda xelok.Alhamdulillah,selamat semunya even byk Kali prnh nyaris2 trbabas & trlanggar kete org time pregnant dlu.tp dpt dielakkan.mungkin kerana ayat ni.psl santau pon mak ade ckp tp x diamalkan.huhu..pasni blh diamalkan..:-)~Ustaz Don Dani


Sunday, July 22, 2012

DOA NABI ALLAH YUNUS



DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH.

INSYA'ALLAH. TAWAKKAL... BUKANKAH ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGASIHANI.

DOA NABI YUNUS... memang AJAIB
Assalamualaikum,

Khasiat ayat ni kalau diamalkan, insyaallah segala kesulitan dapat diselesaikan dengan mudah sangat..saya memang rajin membaca ayat ni malah ianya juga menjauhkan kita dari terkena perbuatan sihir. sesiapa yg susah hati, tkena buatan atau apa -apa
penyakit sekalipun, bagitau ayat ini dan rajin2 ler baca ayat ni setiap masa.. memang miracle...saya dah test..bukan tipu tau..tapi memang betul. Disebabkan saya tak tau banyak ayat yang power, saya hanya hafal ayat ini sahaja. Alhamdulillah..memang power ayat ni. Sangat2 miracle.

Doa Nabi Allah Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun...

"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"

(Surah Anbiyak)
sumber:http://blogtokwan.blogspot.com/2011/01/doa-nabi-allah-yunus.html

Wednesday, April 18, 2012

Bismillah 5..


(tak jumpa riwayat dari Nabi., kalau yg jumpa tlg beritahu....)

Mohon lindung dari wabak penyakit yg pelik2 hari ni.....

‎(( Bismillah 5 )) ~SEKADAR PERKONGSIAN~

Antara amalan mengelak sihir dan santau adalah dengan selalu mengamalkan Bismillah 5.
Bacalah selalu sebagai amalan selepas solat, nak keluar rumah dan semasa nak tidur. Moga mendapat perlindungan Allah selalu.

Tapi Saya Baca Ayat Ni Bila Nak Mula Masak.. So Far Alhamdulillah..
Saya Masak Sedappp! ( Bukan puji diri sendiri tapi betul lah sedap.. itu kata anak2 & suami saya..)

BISMILLAH 5

1. Bismillahir Rahmanir Rahiim

2. Bismillahish Shaafii

3. Bismillahil Kaafii

4. Bismillahil Mu’aafii

5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim

* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

* Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan

* Dengan nama Allah Yang Mencukupkan

* Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik

* Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Antara fungsi Bismillah 5 ni:

*penawar bisa diri

*penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang

*penawar bisa-bisa badan

*penawar bisa batu merian

*boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
‎~ sayang Allah ~ rindu Allah ~ cinta Allah ~
By: Mencari Keredhaan Illahi

Thursday, January 26, 2012

DOA-DOA UNTUK RAWATAN DARAH TINGGI, KENCING MANIS DAN SAKIT JANTUNG.




Salam Pembaca Yang Setia,

N3 kali bersambung lagi dari rancangan TV "Tanya Ustaz" iaitu "Indah Perubatan Islam" oleh Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie. Yang sempat captain catatkan kali ini berkaitan "Doa Rawatan" untuk penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis dan Sakit Jantung.

Marilah kita kongsi bersama ilmu ini yang diajarkan oleh beliau. Kata ustaz kalau tak silap dengar oleh captain. Jika sudah berusaha secara moden masih tidak sembuh juga. Cubalah rawatan secara Islam dengan menggunakan ayat-ayat suci Al Quran kalamullah. Bolehlah membeli buku beliau yang baru berada di pasaran bertajuk "Indah Perubatan Islam".

Cara-caranya:

Letak tangan kanan pada dada disebelah kiri dan bacalah kedua-dua doa ini. Amalkan selalu, insyaAllah mendapat kesembuhan dari Allah SWT.

DOA 1.


Maksudnya:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."

DOA 2.


Maksudnya:

"Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)." (Surah Fushillat: Ayat 44)

Wassalam

Sumber :www.resepirahsiaku.com/

Wednesday, January 25, 2012

TERSUMBAT (BLOCKAGE) DAN JANTUNG BERLUBANG.




Salam Pembaca,

N3 kali berkenaan rawatan untuk sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang dari Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55. Begitu hebatnya ayat Al-Quran dan mukjizatnya sebagai gantian kepada ubat-ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit manusia zahir mahupun batin. Setiap ayat-ayat Al-Quran yang diberikan kepada pesakit untuk mereka amalkan diibaratkan sebagai ubat, dan air yang diminum adalah untuk menyerapkan ayat itu ke dalam badan dan jiwa pesakit itu.

Dua hari yang lepas di TV3 seorang ibu dan ayah merayu sumbangan orang ramai untuk menyumbang pembedahan anaknya yang mengalami masalah jantung berlubang untuk kos pembedahan sebanyak RM40,000. Moga-moga Allah SWT panjangkan umur kanak-kanak tersebut sehingga mendapat rawatan.

Masalah jantung tersumbat iaitu saluran darah ada "blockage" adalah sangat merbahaya kerana pesakit boleh mendapat tekanan darah tinggi dan juga mengakibatkan "stroke". Jantung tersumbat kini boleh dibuat pembedahan kecil di IJN. Yang belum tersumbat lagi terutama kepada yang masih sihat, baca doa ini selalu semuga anda akan berumur panjang dengan izin-Nya, InsyaAllah.

Anak-anak yang mempunyai ayah atau ibu mereka yang mengidap penyakit ini. Bolehlah lakukan rawatan ini sendiri di rumah. Inilah masanya anda sebagai anak membalas jasa-jasa mereka semasa hidup. Kebahagiaan dan keceriaan sesebuah keluarga itu apabila orang-orang yang kita sayangi berada dalam keadaan sehat wa'alfiat. Kata perpatah mat saleh "Health is Better Than Wealth".

Cara-caranya:

Sebelum memulakan bacaan: (Sama bacaan seperti yang dilakukan dalam bacaan memusnahkan sel-sel kanser, hanya surahnya sahaja yang lain).

1. Istighfar 10x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.

Sediakan botol-botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap hari. Mandi pesakit dengan air ini. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.







Maksudnya:

40. (Jika demikian wajibnya mengesakan Allah, maka patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak dan anak itu pula dari jenis yang kamu tidak sukai?). Adakah Tuhan kamu telah memilih anak-anak lelaki untuk kamu dan Dia mengambil untuk diriNya anak-anak perempuan dari kalangan malaikat? Sesungguhnya kamu adalah memperkatakan dusta yang amat besar.

41. Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

42. Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah ada tuhan-tuhan yang lain bersama-sama Allah, sebagaimana yang mereka katakan itu, tentulah tuhan-tuhan itu akan mencari jalan kepada Allah yang mempunyai Arasy (dan kekuasaan yang mutlak).

43. Maha Sucilah Allah dan tertinggilah Dia setinggi-tingginya, jauh dari apa yang mereka katakan itu.

44. Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

45. Dan apabila engkau membaca Al-Quran (wahai Muhammad), Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu.

46. Dan Kami jadikan (perasaan itu sebagai) tutupan yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat pada telinga mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al-Quran dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama Tuhanmu sahaja di dalam Al-Quran, mereka berpaling undur melarikan diri.

47. Kami lebih mengetahui akan tujuan mereka mendengar Al-Quran semasa mereka mendengar bacaanmu (wahai Muhammad) dan semasa mereka berbisik-bisik iaitu ketika orang-orang yang zalim itu berkata (sesama sendiri): Kamu tidak menurut melainkan seorang yang kena sihir.

48. Lihatlah (wahai Muhammad) bagaimana mereka menyifatkan engkau dengan yang bukan-bukan, maka dengan sebab itu mereka sesat, sehingga mereka tidak dapat mencari jalan kebenaran.

49. Dan mereka berkata: Adakah sesudah kita menjadi tulang dan benda yang reput, adakah kita akan dibangkitkan semula dengan kejadian yang baru?

50. Katakanlah (wahai Muhammad): Jadilah kamu batu atau besi

51. Atau lain-lain makhluk yang terlintas di hati kamu sukar hidupnya, (maka Allah berkuasa menghidupkannya)! Mereka pula akan bertanya: Siapakah yang akan mengembalikan kita hidup semula? Katakanlah: Ialah Allah yang menjadikan kamu pada mulanya! Maka mereka akan menganggukkan kepala mereka kepadamu sambil bertanya secara mengejek: Bila berlakunya? Katakanlah: Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi!

52. (Ingatlah akan) hari Dia menyeru kamu lalu kamu menyahut sambil memuji kekuasaanNya, dan kamu menyangka, bahawa kamu tinggal (dalam kubur) hanya sebentar.

53. Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.

54. Tuhan kamu lebih mengetahui akan keadaan kamu; jika Dia kehendaki, Dia akan memberi rahmat kepada kamu; atau jika Dia kehendaki, Dia akan menyeksa kamu dan Kami tidak mengutusmu kepada mereka (wahai Muhammad), sebagai wakil yang menguasai urusan mereka.

55. Dan Tuhanmu (wahai Muhammad) lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi dan sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-nabi atas setengahnya yang lain dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud.

Wasallam.

sumber; www.resepirahsiaku.com

Tuesday, January 24, 2012

Doa Pelindung Diri


Hadis 1:


بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِيْ الأَرْضِ وَلاَ فِيْ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Maksudnya : Dengan Nama Allah yang dengan namaNya tidak akan memberi mudharat apa pun yang ada di bumi dan di langit dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Riwayat Tirmidzi & Abu Daud)

Dalam Sunan at-Tirmidzi dikatakan: "Sesiapa yang pada waktu pagi dan petang membaca doa ini sebanyak tiga kali, maka ia tidak akan ditimpa keburukan pada hari itu.


Hadis 2:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّات مِنْ شَرِّ مَا خَلَق

Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada keburukan makhluk. (Riwayat Muslim)


Perawi hadis ini berkata:

Aku mendengar Rasullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang membaca doa ini sebanyak tiga kali pada satu malam, maka ia tidak akan ditimpa keburukan pada malam itu."

Pada satu malam, perawi hadis ini disengat kala jengking. Kemudian orang bertanya kepadanya:"Mana hadis yang kamu riwayatkan dahulu kepada kami, sedang kamu sekarang (ditimpa keburukan yang serupa) disengat kalajengking?"

Ia menjawab:"Demi Zat yang tidak ada Tuhan selain Allah, aku lupa membacakan doa itu pada malam ini"

wallahu'alam..

Wednesday, December 28, 2011

Ruqyah (1): Terapi Ruqyah Syar’i



Saudariku yang dirahmati Allah, saat ini, sering kali kita mendengar terapi pengobatan ruqyah namun pengertian yang terlintas dibenak kita adalah terapi untuk mengusir gangguan jin. Hal ini adalah pendapat keliru dan salah kaprah dikalangan masyarakat saat ini. Padahal, ruqyah yang sesuai syar’i adalah sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang disyari’atkan untuk dilakukan bagi setiap muslim pertama kali saat dirinya merasa sakit, baik sakit fisik maupun karena gangguan jin.

Apa itu Ruqyah ?
Ruqyah (dengan huruf ra’ di dhammah) adalah yaitu bacaan untuk pengobatan syar’i (berdasarkan riwayat yang shahih atau sesuai ketentuan ketentuan yang telah disepakati oleh para ulama) untuk melindungi diri dan untuk mengobati orang sakit. Bacaan ruqyah berupa ayat ayat al-Qur’an dan doa doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Tidak diragukan lagi, bahwa penyembuhan dengan Al-Qur’an dan dengan apa yang diajarkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berupa ruqyah merupakan penyembuhan yang bermanfaat sekaligus penawar yang sempurna bagi penyakit hati dan fisik dan bagi penyakit dunia dan akhirat. Bagaimana mungkin penyakit itu mampu melawan firman-firman Rabb bumi dan langit yang jika firman-firman itu turun ke gunung makai ia akan memporakporandakan gunung gunung. Oleh karena itu tidak ada satu penyakit hati maupun penyakit fisik melainkan ada penyembuhnya.

Allah berfirman, “Katakanlah, ‘AlQur’an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang orang yang beriman.’” (Qs. Fushilat: 44)

Dan di surah Al Isra’ 82, “Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang orang yang beriman.”

Dan di surat Yunus ayat 57, “Hai sekalian manusia, sesungguhnya telah datang kepada kalian pelajaran dari Rabb kalian, dan penyembuh bagi penyakit penyakit (yang berada) didalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Qs. Yunus: 57)

Pada masa jahiliyah, telah dikenal pengobatan ruqyah. Namun ruqyah kala itu banyak mengandung kesyirikan. Misalnya menyandarkan diri kepada sesuatu selain Allah, percaya kepada jin, meyakini kesembuhan dari benda benda tertentu, dan lainnya. Setelah Islam datang, maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang ruqyah kecuali yang tidak mengandung kesyirikan,

‘Auf bin Malik radhiallahu ‘anhu berkata, “Dahulu kami meruqyah di masa jahiliyyah. Lalu kami bertanya, ‘Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu tentang hal itu?’

Beliau menjawab, ‘Tunjukkan kepadaku ruqyah-ruqyah kalian. Ruqyah-ruqyah itu tidak mengapa selama tidak mengandung syirik’.” (HR. Muslim no. 2200)

Al-Qurthubi rahimahullah berkata, “Hadits menunjukkan bahwa hukum asal seluruh ruqyah adalah dilarang, sebagaimana yang tampak dari ucapannya: ‘Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang dari segala ruqyah.’

Larangan terhadap segala ruqyah itu berlaku secara mutlak. Karena di masa jahiliyyah mereka meruqyah dengan ruqyah-ruqyah yang syirik dan tidak bisa dipahami maknanya. Mereka meyakini bahwa ruqyah-ruqyah itu berpengaruh dengan sendirinya.

Ketika mereka masuk Islam dan hilang dari diri mereka yang demikian itu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang mereka dari ruqyah secara umum agar lebih mantap larangannya dan lebih menutup jalan (menuju syirik).

Selanjutnya ketika mereka bertanya dan mengabarkan kepada beliau bahwa mereka mendapat manfaat dengan ruqyah-ruqyah itu, beliau memberi keringanan sebagiannya bagi mereka. Beliau bersabda,

‘Perlihatkan kepadaku ruqyah-ruqyah kalian. Tidak mengapa menggunakan ruqyah-ruqyah selama tidak mengandung syirik’.

Mencegah Lebih Baik dari Mengobati
Saudariku, sesungguhnya syari’at Islam telah sempurna sehingga tidak ada hal melainkan sudah ada keterangannya dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Karena itu, Allah telah mengabarkan apa apa yang baik bagi seorang hamba dan apa apa yang mesti ditinggalkan dengan segala hikmah yang kita ketahui maupun yang tidak kita ketahui.


Diantara apa yang diajarkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yaitu berdzikir mengingat Allah dalam setiap keadaan, dzikir pagi dan petang hari, ketika hendak tidur, ketika masuk dan keluar rumah, saat memakai baju, dan lainnya hingga tidur lagi. Jika kita selalu menjaga dzikir dzikir ini pada waktunya, niscaya ia akan mendapatkan kebaikan dunia dan akhirat, mencegah segala keburukan, mendatangkan berbagai manfaat dan menolak datangnya bahaya.


Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Jika Allah akan memberi kunci kepada seorang hamba, berarti Alah akan membukakan (pintu kebaikan) kepadanya dan jika seseorang disesatkan Allah, berarti ia akan tetap berada di muka pintu tersebut.”

Bila seseorang tidak dibukakan hatinya untuk berdoa dan berdzikir, maka hatinya selalu bimbang, perasaannya gundah gulana, pikiran kalut, gelisah hasrat dan keinginannya menjadi lemah. Namun bila seorang hamba selalu berdoa dan berdzikir memohon perlindungan kepada Allah dari berbagai keburukan, niscaya hatinya menjadi tenang karena ingat kepada Allah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenang.” (Qs. Ar Ra’d: 28)

Doa dan dzikir yang dilaksanakan seharusnya adalah doa dan dzikir yang ada tuntunannya dari Rasulullah. Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata,

Dzikir yang paling baik dan paling bermanfaat adalah doa dan dzikir yang diyakini dengan hati, diucapkan dengan lisan, dilaksanakan dengan konsisten dari doa dan dzikir yang dicontohkan dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam serta orang yang melakukannya memahami makna dan maksud yang terkandung didalamnya.”

Seorang muslim seharusnya menjaga diri semaksimal mungkin dengan hal hal yang telah disyari’atkan Allah Ta’ala yaitu menjaga AllahTa’ala dengan benar benar mengikhlaskan diri dalam mentauhidkan-Nya, senantiasa bertaqwa, senantiasa berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, menjauhi bid’ah dan menyelisihi pada pengikut hawa nafsu.

Pada artikel selanjutnya insya Allah akan dijelaskan tentang tahap-tahap meruqyah, insya Allah.

Sumber:
Doa dan Wirid, Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawaz
Doa doa Ruqyah ,Dr.Khalid bin Abdurrahman al-Jarisi

Penulis: Ummu Mu’aadz
Muroja’ah: Ustadz Aris Munandar

Sunday, June 19, 2011

Keutamaan Al-Quran Dan Sunnah Dalam Rawatan



Allah s.w.t. tealh berfirman yang bermaksud:

”Dan Kami turunkan dari al-Quran yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan tidaklah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian.” – surah al-Isra’ ayat: 82

Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda yang bermaksud:

”Setiap penyakit ada ubatnya (penawar) dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah” – hadis riwayat Muslim

Junjungan kita Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa untuk mengubati bebagai macam penyakit, samada disebabkan tukang sihir seperti guna-guna atau disebabkan gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lain atau terkena gigitan binatang bisa seperti kala-jengking, lipan, ular dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w. juga menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa untuk tujuan memohon perlindungan Allah s.w.t. (pelindung diri). amalan ini telah diteruskan hinggalah ke zaman ini. Telah terbukti dengan mengamalkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang diajar oleh Rasullah s.a.w. dapat menyelesaikan masalah walaupun perubatan moden tidak mampu menanganinya. Semuanya adalah dengan kehendak Allah s.w.t.

Keberkesannya adalah bergantung sejuah mana keyakinan seseorang itu kepada Allah s.w.t. Mari kita tingkatkan iman dan yakin kita kepada Allah s.w.t. dengan mengamalkan ayat-ayatNya dalam segenap aspek kehidupan agar hidup kita sentiasa mendapat rahmat dan pertolongan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.: “Jika Allah menolong kamu( mencapai kemenangan) maka tidak ada siapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu, dan jika Dia mengecewakan kamu maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian)? Dan (ingatlah) kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakkal (berserah diri) – surah ali-Imran: ayat 160

Thursday, June 16, 2011

Petunjuk Pelaksanaan Ruqyah Syar'iyyah

Pelaksanaan Ruqyah Syar'iyyah mandiri...(untuk anda lakukan pada diri sendiri )...

PETUNJUK PELAKSANAAN RUQYAH SYAR'IYYAH

Jika anda sedang mendapatkan banyak masalah, problem yang membuat anda stess janganlah panik. Anda harus melakukan relaksasi dengan mendengarkan lantunan ayat suci Al-Qur'an agar anda mendapatkan ketenteraman juga penawar bagi hati yang sakit....

Sebab Allah Ta’ala berfirman :
“Hai manusia! Telah datang nasihat dari Tuhanmu sekaligus sebagai obat bagi hati yang sakit, petunjuk serta rahmat bagi yang beriman.” (QS.Yuunus:57)



“....Katakanlah Muhammad,”Bagi segenap orang-orang yang beriman Al-Qur’an menjadi petunjuk dan juga obat.”(QS.Fushshilat:44).

Ada baiknya jadikanlah audio atau sound ruqyah murrotal yang ada di web ini menjadi "alunan" suara yang selalu "nempel" di kuping anda sewaktu browsing internet, sebab tiap detik anda mendengarkan maka tiap detik pahala anda akan bertambah juga tiap detik terjadi pembersihan pada diri anda baik fizikal maupun psikologikal. Hingga pada akhirnya mendengarkan ayat-ayat ruqyah menjadi salah satu cara anda untuk pensucian fizik dan jiwa yang juga tentu akan mendekatkan diri anda kepada Allah Ta'ala........

ADAPUN JIKA ANDA HENDAK MENDAPATKAN HASIL MAKSIMAL : Ada baiknya anda mempersiapkan diri sebaik-baiknya jika ingin mendengarkan bacaan ruqyah....



Agar ruqyah berhasil dengan baik, persiapan yang mesti anda lakukan adalah:

1. Anda harus betul-betul bertaubat kepada Allah dari segala ilmu-ilmu sihir (reiki, bioenergi, ilmu-ilmu hikmah, tenaga dalam maupun ilmu-ilmu sihir kesaktian), segala yang berbau kesyirikan (percaya kepada ilmu-ilmu kebathinan, mempercayai benda-benda keramat sebagai penyimpan kekuatan ghoib. Melakukan bentuk pengabdian kepada selain Allah, menggunakan jimat dan lain sebagainya), bid’ah (melakukan ibadah yang tidak ada ajarannya dalam islam, atau meninggalkan kewajiban islam dengan sengaja), khurafat (mempercayai ramalan nasip, mempercayai ruh orang mati bergentayangan, menghubung-hubungkan peristiwa alam dengan nasib dan lain sebagainya), nafsu syaithan (maksiat kemaluan, dosa lisan, nafsu kekuasaan, merampas hak-hak orang lain, kebiasaan hura-hura, menghambur-hamburkan harta, menyia-nyiakan waktu, menelantarkan hak-hak orang lain dan lain sebagainya) dan senantiasa memohon pertolongan dari-Nya.

2. Menyingkirkan patung-patung atau gambar-gambar makhluk hidup dan tidak memelihara anjing dirumah yang dapat menghalangi malaikat untuk datang.

3. Anda berwudhu dengan sebaik-baiknya kemudian shalatlah dua raka’at ba’da wudhu, dan berdo’alah untuk memohon petunjuk dan kemudahan dalam segala urusan kita.

4. Berlindunglah pada Allah dari kejahatan syaitan, memohon pertolongan pada Allah agar diberi kemudahan dalam melakukan terapi ruqyah, serta memohon bimbingan-Nya agar tidak terjebak dalam tipu daya syaitan yang licik.

5. Kalau saat itu proses ruqyah belum tuntas atau belum membuahkan hasil yang sempurna maka jangan bosan untuk mengulanginya.Teruskan saja...

6. Apabila pengobatannya berhasil, maka bersyukurlah kepada Allah dan perbanyaklah dzikir memuji kebesaran-Nya.

7. Ada baiknya anda selalu membaca doa-doa perlindungan dan mendekatkan diri pada Allah.

Setelah anda mempersiapkan diri sebaik-baiknya sebelum ruqyah mandiri perbanyaklah membaca Istighfar. Duduk atau tidurlah dengan posisi tubuh yang nyaman, punggung diluruskan, mata dipejamkan. Pilihlah lokasi yang mempunyai lokasi yang tidak bising dan nyaman. Dengarkan dengan serius dengan hati yang mantab dengan niat ibadah, dengarkan secara khusyuk lantunan ayat-ayat Ruqyah, teruslah mendengarkan sampai akhir.



JIKA DICURIGAI DIRI ANDA DIPENGARUHI/DIRASUKI OLEH SYETAN HINGGA PRILAKU ANDA SELALU MENJURUS PADA PRILAKU YANG TIDAK SESUAI TUNTUNAN AGAMA. MAKA ANDA HARUS BERNIAT MEMBERSIHKAN DIRI ANDA DARI UNSUR SYAITAN DALAM DIRI ANDA DAN WASPADAI REAKSI YANG DAPAT TERJADI KETIKA RUQYAH BERLANGSUNG :

Reaksi Terapi Ruqyah ada dua macam yaitu reaksi yang keras dan lembut.

Berikut ini adalah reaksi yang keras:

1. Adanya keinginan yang kuat mematikan (player dan seumpamanya ) atau mau pergi dari tempat kita mendengarkan bacaan Ruqyah secara kuat dan tiba-tiba.
2. Adanya sesak atau sakit pada dada yang tiba-tiba muncul atau semakin kuat sakit atau sesak pada dada yang telah dirasakan sebelumnya.
3. Timbulnya sakit pada anggota bagian tubuh tertentu secara berpindah-pindah atau tiba-tiba.
4. Tubuh kita terutama pada tangan dan kaki menggigil atau bergetar,atau melakukan gerakan-gerakan yang aneh.
5. Menangis secara tiba-tiba.
6. Mulut kita bergerak, berbicara secara sendiri.
7. Nafas tersengal-sengal.
8. Mual atau muntah.
9. Badan terasa panas dan tanpa dapat dikontrol (jin atau syetan melalui mulut kita) berucap kepanasan atau kesakitan..

Berikut ini reaksi terapi Ruqyah yang lembut yang harus kita benar-benar rasakan pada tubuh kita reaksi atau sensasi yang ada:

1. Rasa mengantuk yang muncul tiba-tiba.
2. Bulu kuduk merinding dengan rasa takut yang muncul secara tiba-tiba.
3. Pada tangan atau bagian tubuh lain terasa panas, dingin, merasa ada yang mengalir dalam salah satu bagian tubuh atau seperti terkena aliran elektrik.
4. Rasa kesemutan atau kedutan pada tangan, kaki atau bagian tubuh lain.
5. Merasa ada yang berjalan atau bergerak pada bagian dalam tubuh atau pada aliran darah.
6. Telinga berdengung.
7. Mendengar suara-suara aneh atau ucapan-ucapan yang begitu halus yang menyatakan ketidak setujuan karena telah mendengarkan ayat-ayat ruqyah.
8. Melihat sesuatu yang menakutkan, atau melihat sesuatu yang keluar dari tubuhnya.
9. Merasa tubuh melayang-layang atau ringan.
10. Merasakan perasaan yang sangat tenang dan nyaman, dada terasa ringan (sebagai efek positif dari semakin bersihnya hati dan jiwa kita dari unsur-unsur kotoran bathin pada saat terapi Ruqyah Mandiri).


Khusus bagi para praktisi Reiki, tenaga dalam ataupun para pencari ilmu-ilmu kesaktian yang ingin mendapatkan hidayah dari Allah dan kembali pada jalan yang lurus agar ditunjukkan Allah tipu daya setan yang telah ditujukan pada kita pada saat terapi Ruqyah yang harus kita lakukan adalah :

Bertobatlah pada Allah SWT dan berniat dengan kesungguhan hati untuk meninggalkan segala hal yang telah membuat rusak akidah Islam.

Pada saat berbaring atau duduk lemaskan tubuh dengan selemas-lemasnya dan dengarkan dengan khusyuk lantunan Ayat suci Al-Qur’an karena Allah Ta’ala telah berfirman: ”Dan apabila dibacakan Al-Qur’an, maka dengarkanlah baik-baik,dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat”(Al-A’raaf:204)


Perhatikan sensasi-sensasi yang terjadi pada tubuh anda. Hal-hal yang biasa terjadi pada para pengamal Reiki dan tenaga-dalam maupun ilmu-ilmu sihir kesaktian pada saat terapi Ruqyah adalah sebagai berikut:

1. Keluarnya berbagai macam cahaya yang berwarna-warni dari dalam tubuh.
2. Merasakan adanya sengatan listrik atau merasa ada sesuatu yang mengalir pada bagian tubuh tertentu.
3. Merasa panas pada bagian tubuh tertentu.
4. Merasa adanya sesuatu yang berjalan atau kedutan-kedutan didalam tubuh.
5. Pada bagian tubuh tertentu seperti kepala,tangan atau kaki bergerak-gerak sendiri.
6. Pada bagian tubuh tertentu terasa mengeras,bergetar,kebas atau kesemutan terutama pada bagian tangan dan kaki.
7. Adanya suara-suara aneh dalam bathin kita yang menyiratkan ketidaksukaan karena telah diperdengarkan ayat-ayat ruqyah.
8. Perut terasa mual atau muntah.
9. Pada tingkat yang agak ekstrim terjadinya tangisan secara tiba-tiba dan terjadi gerakan-gerakan yang tak terkontrol maupun perkataan-perkataan yang tak terkontrol yang keluar dari mulut kita.


Bagi yang melaksanakan terapi Ruqyah mandiri, jika ada reaksi yang keras yang tidak dapat terkontrol akibat dari efek pembersihan yang kuat (Tazkiyafun Nafs) dari bacaan Ruqyah (karena banyaknya kotoran syaithaniyah dalam hati kita) atau adanya efek penyembuhan yang keras dari banyaknya penyakit fizik yang ada pada diri kita (bisa menimbulkan efek memuntahkan penyakit keluar melalui mulut, terjadi efek rasa sakit, keram pada bagian tubuh yang menderita suatu penyakit dan lain sebagainya) maka sebaiknya anda hentikan dahulu ruqyah. Anda bisa kembali melanjutkan Terapi Ruqyah mandiri dirumah dengan ditemani teman atau saudara atau anda bisa mengkonsultasikan terlebih dahulu dengan
seorang Mu'allij(seorang peruqyah)