Showing posts with label Renungan dan nasihat. Show all posts
Showing posts with label Renungan dan nasihat. Show all posts

Sunday, May 26, 2013

Tips Memagar Diri atau Rumah dari Gangguan Sihir dan Syaitan


Tips Memagar Diri atau Rumah dari Gangguan Sihir dan Syaitan

Ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.

Waktunya..

Waktu selepas solat maghrib, seeloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.

1)Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2)Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3)Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4)Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembuk empat persegi yang sempurna.

5)Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua. 
 
Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa. 
 
Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula
 
Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamal kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan(dengan keizinan allah).

Memagar Rumah Dari Pencuri

6)Satu cara lagi ..

Bagi memagar rumah dengan menggunakan ayat Kursi, sila lakukan seperti berikut:
a. Lakukan sembahyang hajat 2 rakaat.
b. Setelah selesai mengerjakan sembahyang hajat 2 rakaat, anda dikehendaki membaca ayat Kursi sekali. Semasa anda membaca ayat Kursi, ulangkan sebanyak 70 kali apabila sampai pada ayat terakhir
c. Setelah selesai mengulangi ayat yang terakshir sebanyak 70 kali, anda mestilah tiupkan di sekeliling rumah. Mulakan dari arah kanan, kemudian baru ke kiri. Apabila anda lakukan seperti berikut, Insya Allah, Tuhan akan selamatkan anda dari sebarang gangguan.


Satu lagi panduan
 
Kaedah berikut dilakukan untuk mendinding rumah dan kawasannya juga tempat-tempat lain.

Untuk memagar rumah, mulakan dari bahagian kanan rumah. Mula-mula pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (sebelah kanan) dan ketuk dengan pemukul besi hingga tenggelam paras bumi. Pijak tunggu tadi sambil mengadap ke penjuru lain yang di tuju dan baca:

* Ini tembok Nabi Sulaiman
* Dalamnya laut luarnya kota
* Kalau kamu pecah kota ini
* Kamu akan berenang dalam laut.

Tiup menghala penjuru yang hendak dituju. Baca bimillah, al-Fathihah dan surah Yasin dari awal hingga ayat ke 9.
Kemudian berjalan menuju ke arah penjuru lagi satu dengan membaca ayat ini berulang-ulang. Sambil membaca, Air Yasin di renjiskan disepanjang jalan ke penjuru yang dituju. Apabila tiba dipenjuru yang dituju, paku satu lagi tersa kayu asam jawa seperti yang dilakukan sebelum ini. Kemudian berdiri diatasnya sambil memandang penjuru yang berikutnya. Buat seperti tadi ke penjuru ketiga, kemudian seterusnya kembali ke penjuru yang mula-mula tadi.

Setelah menanam kesemua empat teras batang kayu asam jawa yang disediakan, pijaklah teras kayu asam jawa yang pertama tadi kemudian buat lingkungan di bahagian atas seluruh kawasan yang dipagar tadi, dengan isyarat tangan. Untuk tujuan ini, Air Yasin atau garam boleh digunakan untuk melinkungi bahagian atas rumah tadi.

Sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk memasukki kawasan yang telah dipagar ini, nescaya ia akan rasakan bagai berada di tengah-tengah lautan yang luas, terkapai-kapai berenang unutk menyelamatkan dari lemas.

Begitulah kebesaran Allah. ALLAHUAKHBAR.
~Faridah Daud

Sunday, May 13, 2012

Larangan Melaknat Syaitan




Larangan melaknat Syaitan dengan ucapan laknat atau celaka, namun ucapkanlah "Bismillah" ketika menyebutkan Syaitan..

Dari Abul Malih dari seseorang, dia berkata, “Aku pernah diboncengi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu tunggangan yang kami naiki tergelincir. Kemudian aku pun mengatakan, “Celakalah syaitan”. Namun Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyanggah ucapanku tadi,

لاَ تَقُلْ تَعِسَ الشَّيْطَانُ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَعَاظَمَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الْبَيْتِ وَيَقُولَ بِقُوَّتِى وَلَكِنْ قُلْ بِسْمِ اللَّهِ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَصَاغَرَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الذُّبَابِ

Janganlah engkau ucapkan ‘celakalah syaitan’, karena jika engkau mengucapkan demikian, syaitan akan semakin besar seperti rumah. Lalu syaitan pun dengan sombongnya mengatakan, ‘Itu semua terjadi karena kekuatanku’. Akan tetapi, yang tepat ucapkanlah “Bismillah”. Jika engkau mengatakan seperti ini, syaitan akan semakin kecil sehingga dia akan seperti lalat.”

(HR. Abu Daud. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih. Lihat Al Kalimu Ath Thoyib no. 238)

~Belajar Adab-Adab dab Sunnah Rasulullah s a w.

Friday, April 27, 2012

SERAI PENAWAR KANSER !!!!

SERAI PENAWAR KANSER !!!!
 

Penemuan israel yang disembunyikan !!!.

Buat pertama kali, Benny Zabidov seorang petani dari Kfar Vedidya, Israel memiliki sebuah ladang di desa yang ditanam dengan pelbagai rempah ratus tetapi tidak memahami kenapa terlalu ramai pesakit kanser dari seluruh pelusuk negara datang untuk menemuinya hanya untuk mendapatkan bekalan serai segar di ladang milik beliau.

Beliau diberitahu oleh pesakit-pesakit tersebut telah dihantar oleh doktor-doktor mereka untuk mendapatkan bekalan serai segar dari ladang beliau bagi kegunaan perubatan.

Pesakit-pesakit ini juga disarankan meminum sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari mereka akan menjalankan radiasi dan rawatan kemoterapi,” kata Zabidov kepada pihak ISRAEL21c. “Inilah tempatnya diseluruh Israel dimana kita boleh memperolehi serai yang segar.”
Semua ini berlaku pada tahun lepas apabila para penyelidik di Universiti Ben Gurion, Negev menemui kandungan bauan atau aroma lemon didalam rempas ratus seperti serai dapat membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel lain yang sihat didalam badan pesakit.


Pasukan penyelidik ini diketuai oleh Dr. Rivka Ofir dan Prof. Yakov Weinstein, kini adalah orang-orang bertanggungjawab di Katz Chair di dalam (cell-differentiation and malignant diseases) daripada Jabatan Microbiologi dan Immunologi di Universiti Ben Gurion (BGU).

Citral” ada kunci utama yang memberikan rasa dan bauan seakan lemon didalam sebahagian jenis herba atau rempah ratus seperti serai (Cymbopogon citrates), melissa (Melissa officinalis) dan verbena (Verbena officinalis).

Menurut Dr. Ofir, hasil daripada penyelidikan mendapati “citral” akan menyebabkan sel-sel kanser ini “membunuh diri sendiri” dengan mengunakan “apoptosis”, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem sel mati. Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman serai segar sudah cukup untuk “citral” telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri didalam bekas kajian.

Para penyelidik di Universiti Ben Gurion (BGU) memeriksa keberkesanan”citral” ini pada sel-sel kanser dengan memasukkannya pada kedua-dua jenis sel iaitu sel-sel kanser dan sel-sel yang sihat dan dibiarkan membiak dalam bekas kajian. Quantiti “citral” yang dimasukkan adalah satu gram sama seperti kandungannya didalam secawan teh panas yang direndam bersama serai dan didapati “citral” ini hanya membunuh sel-sel kanser sahaja manakala sel-sel sihat tidak mengalami sebarang kerosakan.

Penemuan ini telah dipaparkan didalam sebuah journal sains iaitu “Planta Medica”, dimana journal ini mengetengahkan tentang penyelidikan sampingan atau alternatif dan kegunaan rempah ratus. Sejurus selepas penemuan ini berjaya, ianyanya dipaparkan sekali lagi didalam surat khabar yang paling popular di Israel.

Bagaimana “citral” ini berfungsi? Tiada siapa pun ketahui akan tetapi para penyelidik dari Universiti Ben Gurion (BGU) mempunyai teori terhadapnya.

“Dalam sel didalam badan kita, terdapat satu sistem gen yang mengawal sistem sel-sel mati. Sekiranya sistem tersebut salah, sel-sel didalam badan kita akan membahagi dengan tidak menentu dan seterusnya menyebabkan terbentuk sel-sel kanser. Didalam sistem sel-sel yang sihat, sekiranya sistem tersebut tidak berjalan dengan betul – sebagai contoh, bila mendapati sel-sel tersebut mengandungi gen-gen yang rosak maka sel-sel tersebut akan menjadi sel-sel mati didalam badan,” kata Weinstein. “Penyelidikan ini berupaya untuk menjelaskan kita tentang kebaikan serai”.

Kejayaan dari hasil penyelidikan ini telah menemui satu kesimpulan bahawa serai mengandungi “citral” yang menjadi bahan untuk menentang sel-sel kanser didalam badan kita.

Apa yang diketahui dari hasil penemuan oleh Universiti Ben Gurion (BGU) didalam akhbar, ramai ahli-ahli fizik di Israel mulai sedar dan penyelidikan ini perlu dikaji dengan lebih dalam lagi, doktor juga menasihati pesakit-pesakit dan kepada mereka yang memerlukannya untuk melawan penyakit ini.
Tidak hairan mengapa ladang Zabidov iaitu sebuah ladang serai yang terbesar di Israel menjadi tempat tumpuan kepada pesakit-pesakit kanser. Mereka amat bertuah kerana ada insan yang bersimpati dan menghulurkan bantuan. Menjadi kebiasaan bagi Zabidov menyambut kedatangan pelawat-pelawat dengan menyediakan sebuah cerek besar air teh serai dan sepiring biskut serta kata-kata semangat buat mereka.

“Bapa saya meninggal kerana kanser dan kakak isteri saya meninggal pada usia yang muda juga disebabkan kanser,” kata Zabidov. “Jadi saya paham apa yang dialami atau dirasai oleh mereka. Mungkin saya tidak tahu mengenai ubat-ubatan tapi saya adalah seorang pendengar yang setia untuk mereka. Adakalanya pesakit-pesakit ini juga mencerita kepada saya tentang rawatan mereka yang mahal dan sakit serta apa yang telah mereka lalui selama ini. Saya juga tidak pernah memberitahu mereka daripada berhenti untuk berubat dan adalah terbaik sekiranya mereka sentiasa mendalami kaedah-kaedah sampingan yang sedia ada serta membiasakan diri untuk meminum teh serai ini setiap hari.”

Dari umur muda lagi, Zabidov sudah berminat dengan pertanian. Dalam usia 14 tahun beliau sudah memasuki Sekolah Tinggi Pertanian Kfar Hayarok. Sejurus beliau tamat perkhidmatan dalam tentera, beliau menyertai satu kumpulan dan mereka menuju ke selatan, suatu daerah padang pasir yang dikenali sebagai Arava dan menemui tempat yang sangat sesuai untuk pertanian iaitu Tsofar.

“Kami semua sememangnya berjaya, kami menanam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran disitu,” sambil tersenyum beliau berkata,”kami dapat membesarkan anak-anak yang comel juga.”

Dalam lawatan beliau ke Europa pada pertengahan tahun 80 an, beliau mula berminat dengan rempah ratus. Pada masa yang sama, Israel tidak memperdulikan masakan timur seperti sekarang dan hanya beberapa jenis rempah ratus sahaja yang ditanam secara meluas seperti pasli, jintan dan ketumbar.

Berjalan-jalan di pasar sekitar bandar Paris dan melihat kepelbagaian jenis herba serta rempah, Zabidov menyedari semua ini mempunyai potensi yang baik jika dipasarkan ke seluruh pelusuk negaranya. Beliau membawa pulang beberapa jenis rempah ratus ke negaranya, “dimana ini adalah satu kesalahan,” katanya sambil tersenyum dengan rasa bersalah, untuk melihat bagaimana rempah ratus ini tumbuh di ladangnya kelak. Tidak lama kemudian, beliau menanam selasih, oregano, tarragon, sawi, sage, marjoram dan melissa serta beberapa jenis pudina.

Perniagaan beliau mulai berkembang dan beliau telah membuat keputusan untuk berpindah menuju ke utara, Kfar Yedidya adalah sebuah tempat yang sangat sesuai, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari Tel Aviv. Sekarang, beliau dapat memasarkan ratusan kilogram serai dalam masa seminggu dan juga menandatangani perjanjian dengan pengedar untuk membungkus untuk diedarkan ke seluruh pusat-pusat makanan kesihatan di negaranya.

Zabidov juga mendalami tentang serai ini dan kebaikkan “citral” untuk membantu para pelanggan beliau mengetahui lebih lanjut serta menjemput beberapa penyelidik perubatan ke ladangnya, memberi penerangan bagaimana dan kenapa “citral” berfungsi.

Beliau juga berasa bertanggungjawab untuk memberi tahu kepada para pelanggannya tentang kebaikkan serai. “Apabila saya menyedari apa yang berlaku, saya terus menelefon Dr. Weinstein di Universiti Ben Gurion kerana ada diantara para pelanggannya bertanyakan apakah cara yang terbaik untuk menggunakan “citral” ini. Dr Weinstein memberitahu adalah baik sekiranya serai direndam didalam air panas dan meminumnya sebanyak lapan gelas sehari sebagai amalan.”

Zabidov sangat berpuas hati dengan pennemuan penyelidikan ini bukan disebabkan keuntungan bisnis tetapi kerana ianya dapat meningkatkan tahap kesihatan beliau sendiri.

Walaupun berita tentang penemuan ini disiarkan, beliau dan keluarga juga sememangnya sudah mengamalkan minuman air rendaman serai ini bertahun lama, “kerana rasa airnya yang sedap.

Jom tengok resipi Air Serai Berlimau yg simple jer ni dan selamat mencuba :)


AIR SERAI BERLIMAU
resipi : K.Nor@SecubitGaram
(http://www.secubitgaramnor67.com/2011/08/air-serai-berlimau.html)

Bahan:
1 batang serai (kalau serai yg kecik guna 2 btg)
1 biji limau kasturi
1/2 sudu besar gula ~ tambah jika nak lebih manis
250ml air panas mendidih

Cara:
Ketuk bahagian pangkal serai hingga pecah2.
Letakkan kedalam gelas dan masukkan gula.
Tuang air panas mendidih dan kacau gula menggunakan serai.
Biarkan hingga suam2 panas (boleh diminum) dan perahkan limau kasturi.
Kacau dan sedia utk diminum.