Jus buah tak baik untuk kesihatan?
Soalan: Berat badan saya 
tidak menurun sebaliknya semakin bertambah. Ini berikutan selepas saya 
mengambil jus buah-buahan setiap hari. Bukankah jus buah2an berkhasiat 
dan baik untuk kesihatan?
Jawapan: Memang jus buah2an berkhasiat 
tetapi jika ia adalah jus yang dibuat daripada buah2an yang segar dan 
tanpa gula tambahan. 
Jus buah2an dari kotak/botol adalah tinggi 
kandungan gula dan rendah zat-zat makanan. Jika ingin turun berat badan,
 disarankan untuk makan buah2an segar daripada minum jusnya.
 Ini 
disebabkan jus buah2an mengandungi lebih kandungan gula berbanding buah 
segar, walaupun tidak ditambah gula. Ini dapat dilihat dari segi 
penyediaan jus buah2an – anda memerlukan lebih sebiji buah untuk membuat
 satu gelas jus, bermaksud kandungan gula dalam segelas itu adalah dua 
hingga tiga kali ganda lebih.
 Namun, makan satu biji buah sudah cukup 
memberi rasa kekenyangan dan kandungan gulanya adalah lebih rendah.

Sumber: Rapi
No comments:
Post a Comment