Pernahkan terjadinya ke atas mu akan serangan kegatalan yang tidak 
terbayangkan di celah jemari kaki?  Dan di kala itu pula keadaan tidak 
mengizinkan mu untuk menggarunya dengan sesegera mungkin?  Dengan 
mengenakan kasut berstokin cap buaya dan berpakaian smart bertali leher sambil dikelilingi orang-orang penting dalam meeting berjam-jam lamanya, apakah harus ditahan penyiksaan itu selamanya? Oh itu sangat menyiksakan batin weh!
Apakah bahananya ini?  Orang Malaysia umumnya tahu dengan penyakit 
gatal-gatal di celah jemari kaki ini.  Ia bermula dengan makhluk bernama
 kulat durjana.  Dijadikan cerita – spesifikasi pembiakan yang tertutup,
 panas, persekitaran lembab adalah medium yang sesuai untuk perkembangan
 kulat-kulat ini. Dan biasalah kegatalan ini akan menjangkiti ruang 
antara jari kaki, namun ia juga boleh menjangkiti kuku kaki dan sisi 
kaki.
Gejalanya hanya disedari apabila stoking dibuka pada suatu hari 
selepas pulang dari kerja.  Bau kaki yang tidak menyenangkan 
berlatarbelakangkan haruman bacin-bacin itu menyerlahkan bentuk-bentuk 
ruam merah berkeruping yang gatal di celah jari kaki. Lama kelamaan 
menyebabkan rekahan, kulit menggelembung yang boleh menyebabkan 
jangkitan kuman.  Ditambah pula dengan aktiviti-aktiviti menggaru yang 
sangat mengasyikkan sehingga terpejam celik dan mulut ternganga, 
menambah parah bukaan kulit yang luka.  Nikmatnya menggonyoh di spot-spot tersebut, usah cakap lah.  Sukar dibayangkan….
Rawatannya berbagai-bagai.  Paling mudah berjumpalah doktor. Doktor
 akan memberi ubatan seperti krim antikulat dan ubatan antikulat. 
Walaupun dirawat dengan ubatan antikulat ia memerlukan beberapa minggu 
untuk sembuh.
Di negara jiran, ada satu alternatif merawat azab ini.  Mereka 
menggunakan ubi kayu.  Ubi kayu?  Rupa-rupanya sebelum disagat untuk 
dijadikan kerepek, pekung di kaki terlebih dulu menjamah rasa.  
Hahaha..
 begini perawatannya:
Kredit to: http://www.myberita.com/tips-rawat-gatal-celah-jari-kaki/

No comments:
Post a Comment