Walaupun jin dan syaitan mempunyai 
kemampuan-kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusia, akan tetapi 
al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa hakikatnya syaitan dan tipu 
dayanya itu adalah lemah. 
Berikut adalah beberapa contoh kelemahan jin, 
di antaranya:
1. Tidak boleh mengalahkan orang-orang soleh (mukhlis-yg dijadikan ikhlas ).
Bukti bahawa syaitan atau jin tidak akan
 dapat mengalahkan orang soleh adalah perkataan syaitan sendiri ketika 
berdialog dengan Allah dalam surah al-Hijr ayat 39 -
“Iblis berkata:” Ya Tuhanku, oleh sebab 
Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan 
mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku 
akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang 
mukhlis di antara mereka “. (Surah Al-Hijr 15: 39-40).
Dari ayat ini dapat difahami bahawa yang
 menyebabkan syaitan itu dapat menguasai seseorang adalah kerana 
perbuatan dosanya. Ketika seseorang itu dekat dengan Allah, maka syaitan
 akan lari dan tidak akan berani mendekatinya apatah lagi menguasainya.
2. Syaitan takut dan lari oleh sebahagian hamba Allah
Apabila seseorang betul-betul memegang 
ajaran agamanya dengan betul serta mengukuhkan keimanannya dengan teguh,
 maka syaitan akan takut dan lari. Hal ini terdapat pada diri Umar bin 
Khatab. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Turmu-dzi Rasulullah Shallallahu
 ‘Alaihi wa Sallam bersabda kepada Umar: “Sesungguhnya syaitan sangat 
takut olehmu, wahai Umar” (HR. Turmudzi).
Bukan hanya kepada Umar, akan tetapi 
syaitan (jin kafir) juga akan takut oleh orang-orang beriman yang 
betul-betul dengan keimanannya. Dalam al-Bidayah wan Nihayah, Ibnu 
Katsir pernah mengutip sebuah hadis berikut ini:
“Sesungguhnya orang mukminakan dapat 
mengawal (mengalahkan) syaithannya sebagaimana salah seorang dari kalian
 yang dapat mengawal untanya ketika perjalanan” (HR. Ahmad).
Bahkan, apabila seseorang betul-betul, 
dan soleh, dia boleh membawa qarinnya (penyertanya, kerana setiap 
manusia itu pasti disertai oleh syaitan (jin kafir) di sebelah kirinya 
dan malaikat di sebelah kanan atau sering disebut dengan qarin) masuk 
Islam. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Imam 
Muslim ini juga:
“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa 
Sallam bersabda:” Tidak ada seorang pun kecuali ia disertai oleh seorang
 qarin (penyerta) dari jin dan seorang qarin (penyerta) dari malaikat “.
 Para sahabat bertanya: “Apakah termasuk anda juga wahai Rasulullah?” 
Rasulullah menjawab: “Ya termasuk saya, hanya saja Allah menolong saya 
sehingga jin itu masuk Islam. Ia (jin tadi) tidak pernah menyuruh saya 
kecuali untuk kebaikan “(HR. Muslim).
3. Jin takluk dan taat kepada Nabi Sulaiman.
Di antara mukjizat Nabi Sulaiman adalah 
dapat menaklukan jin dan syaitan sehingga semuanya boleh bekerja atas 
perintahnya. Hal ini sebagaimana ditegaskan dalam ayat al-Qur’an berikut
 ini dalam surat Shad ayat 36-38:
“Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin
 yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya, 
dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli 
bangunan dan penyelam, dan syaitan yang lain yang terikat dalam 
belenggu” (QS. Shad ayat 36-38 ).
Mukjijat ini diberikan kepada Nabi Sulaiman sebagai pengabulan atas doanya yang mengatakan:“Dan berikanlah kepadaku kerajaan yang tidak diberikan kepada seseorang setalahku” (QS Shad 38:35). 
Doa Nabi Sulaiman inilah yang 
menyebabkan Rasulullah tidak jadi untuk mengikat jin yang datang dengan 
melemparkan anak panah ke muka beliau. Dalam sebuah hadis Muslim 
dikatakan:
“Dari Abu Darda berkata:” Suatu hari 
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bangun, tiba-tiba kami 
mendengar Rasulullah mengatakan: “Aku berlindung kepada Allah darimu”, 
kemudian Rasulullah Shallallahu’ Alaihi wa Sallam juga berkata: “Allah 
telah melaknatmu” sebanyak tiga kali. Rasulullah lalu menghamparkan 
tangannya seolah-olah beliau sedang menerima sesuatu. 
Ketika Rasulullah 
selesai solat, kami bertanya: “Wahai Rasulullah, kami mendengar anda 
mengatakan sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelum ini. Kami juga 
melihat anda membukakan kedua tangan anda “. Rasulullah menjawab: “Baru 
Iblis, musuh Allah datang membawa anak panah api untuk dipasang di muka 
saya, lalu aku berkata:” Aku berlindung kepada Allah darimu “sebanyak 
tiga kali, kemudian saya juga berkata:” Allah telah melaknatmu dengan 
laknat yang sempurna “sebanyak tiga kali. Kemudian saya bermaksud untuk 
mengambilnya. Seandainya saya tidak ingat doa saudara kami, Sulaiman, 
tentu saya akan mengikatnya sehingga menjadi mainan anak-anak penduduk 
Madinah “(HR. Muslim).
4. Jin atau syaitan tidak dapat menyerupai Rasulullah
Syaitan dan jin tidak dapat menyerupai 
bentuk dan muka Rasulullah saw. Oleh kerana itu, apabila seseorang 
bermimi melihat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, maka ia 
sungguh telah melihatnya. Dalam hadis sahih dikatakan:
“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa 
Sallam bersabda:” Sesiapa yang bermimpi melihatku, maka dia sungguh 
telah melihatku, kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku “(HR. Muslim).
5. Jin dan syaitan tidak boleh melewati batas-batas tertentu di langit
Sekalipun jin dan syaitan mempunyai 
kelebihan dapat bergerak dengan cepat, akan tetapi mereka tidak akan 
dapat melepasi batas-batas yang telah ditetapkan yang tidak dapat 
dilalui selain oleh para malaikat. Kerana apabila mereka berani 
melaluinya, maka mereka akan binasa dan hancur. Kerana itu pula, jin 
tidak dapat mengetahui dan mencuri maklumat dari langit sehingga apa 
yang dibisikkannya ke tukang-tukang ramal dan dukun adalah kebohongan 
semata. Untuk lebih jelasnya akan hal ini, dapat dilihat dalam surah 
al-Rahman ayat 33-35).
6. Jin tidak dapat membuka pintu yang sudah ditutup dengan menyebut nama Allah
Dalam sebuah hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa 
Sallam bersabda:” Tutuplah pintu-pintu, dan sebutlah nama Allah (ketika 
menutupnya), kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang sudah dikunci 
dengan menyebut nama Allah. Tutup jugalah tempat air minum (qirab dalam 
bahasa Arab adalah tempat menyimpan air minum yang diperbuat dari kuit 
binatang) dan bekas-bekas kamu (untuk masa sekarang seperti almari, 
bupet, peti sejuk dan lain) sambil menyebut nama Allah, meskipun kamu 
hanya menyimpan sesuatu di dalamnya dan (ketika hendak tidur), 
matikanlah lampu-lampu kalian “(HR. Muslim).
--------------------------
* Golongan jin bukannya sedia mengetahui perkara yg Ghaib
"Setelah Kami tetapkan 
berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada 
mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah 
memakan tongkatnya. Maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan
 jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara yang ghaib 
nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja 
berat) yang menghina.
(Saba' 34:14)
* Tidak ada kekuasaan Syaitan bgi yang beriman dan berserah bulat2 kepada Allah, sesungguhnya pengaruh syaitan itu hanyalah kepada yang menjadikanSyaitan itu sebagai  pemimpin mereka dan yang mensyirikkan Allah(dengan sebab hasutab Syaitan itu)

Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau
 terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan
 yang kena rejam.
(Al-Nahl 16:98)
(Al-Nahl 16:98)
     Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh 
terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada 
Tuhan mereka.
(Al-Nahl 16:99)
     Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang 
yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab 
hasutannya melakukan syirik kepada Allah.
(Al-Nahl 16:100)
Kredit to :http://www.myberita.com/menarik-enam-kelemahan-jin/
----------------------------------------------------------
video yg menarik : Abuanas Madani (
-http://www.youtube.com/watch?v=pkSiUUCE0Lo&feature=youtu.be
----------------------------------------------------------
video yg menarik : Abuanas Madani (
-http://www.youtube.com/watch?v=pkSiUUCE0Lo&feature=youtu.be

No comments:
Post a Comment