Friday, November 30, 2012

Amalan ini mengukuhkan tawaran syurga bagi ahli ilmu, ibadah dan taqwa.




Amalkanlah bacaan ayat Al-Kursi setiap selepas solat Fardhu, kerana kelebihannya di sebut oleh Baginda nabi "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat fardhu, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya daripada memasuki syurga (telah cukup syarat untuk ke syurga) melainkan ( mestilah) dia mati (terlebih dahulu).”.

Namun jangan tersilap memahami hadis ini bahawa tiada tanggungjawab, kewajiban dan larangan yang perlu di buat dan jauhi ye. Amalan ini mengukuhkan tawaran syurga bagi ahli ilmu, ibadah dan taqwa.

~Zaharuddin.net

Tuesday, November 20, 2012

ZIKIR ASMAUL HUSNA UNTUK ANAK YANG DEGIL DAN KERAS HATI



 
Masaalah remaja tidak kira anak lelaki atau anak perempuan yang degil dan keras hati cukup susah dinasihatkan oleh ibubapa. "Tak makan saman punya anak!" Kadang-kadang ibubapa dimarah balik dan ada yang sanggup maki dan pukul ibubapa sendiri. Baru-baru ini berlaku apabila anak lelaki memukul ibunya dengan kayu. Memanglah jadi anak derhaka macam tu!. 

Tapi jangan lekas putus asa dalam memperbetulkan dan mendidik anak kita yang sudah jadi begitu. Mungkin yang mengubah perangainya dan sikapnya kerana pergaulan dengan kawan-kawannya yang rosak akhlak. Mungkin juga kerana  masalah persekitaran serta kurang didikan agama oleh kita. 

Yang salah tetap ibubapa kerana kita diamanahkan oleh Allah untuk membentuk mereka samada nak jadikan mereka itu yahudi, nasrani atau seorang muslim yang taat pada Allah dan rasulnya.

Jangan berdoa minta anak-anak taat pada kita. Takut nanti anak-anak tidak taat pada Allah dan rasul. Minta doa supaya anak-anak taat pada Allah dan rasulnya. Maka secara langsung ia akan taat pada ibubapanya. 

Selain dari itu, selalu berdoa minta padaNya. Bacakan surah-surah yang ada diberikan. Klik DOA MUSTAJAB di menu bar. Diantaranya adalah Surah Taha: Ayat 1 -5.

Bagi yang tidak boleh membaca dengan baik. Ambil cara yang ini iaitu dengan berzikir Asmaul Husna "Ya, Syahiid". Maknanya "Yang Menyaksikan".




"Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya. 

(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al- Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi). 

Cara melakukan kepada anak-anak.

Semasa anak sedang tidur, zikir dan baca "Ya Shahid" sebanyak 313x kali dan tiup pada ubun kepalanya. Lakukan sebanyak 21 kali. Setiap sekali zikir hendaklah dibaca 313x "Ya Syahid". InsyaAllah anak anda akan menjadi anak yang mendengar cakap ibubapanya. (Keseluruhan zikir 313 x 21 =6573x zikir)

Nota:

Boleh baca sebanyak 313x atau 319x. 313x zikir, penulis dapat dari seorang bekas guru yang mengaji kitab di masjid memberitahu caranya. Boleh buat dalam masa 2 hari zikir ini atau ikut masa jika ada kesempatan. 

Semuga kita berkongsi sedikit ilmu ini untuk kebaikan bersama.

Wasallam.
 
http://www.resepirahsiaku.com/

Wednesday, November 7, 2012

04-11-2012 ustaz halim hassan, pengertian assunnah menurut syariat.


how to Whiten your teeth naturally

 
 
 
 
 
 

To whiten teeth with banana peel is very safe and healthy for teeth as banana peels are a wonderful source of minerals and vitamins. They do not have the abrasiveness that other natural whiteners have and best of all they are inexpensive.

Brush your teeth as usual with a natural toothpaste or you can use the banana peel first and then brush.

Take a piece of the inside of the banana peel and gently rub around on your teeth for about 2 minutes.
The amazing minerals in the peel like potassium, magnesium and manganese absorb into your teeth and whiten them

Tuesday, November 6, 2012

[Q&A] Hukum Menggunakan Ayat Al-Quran Sebagai Pendinding



 


A


Soalan:(Penanya: Abqari) Adakah boleh kita menggunakan ayat quran untuk dijadikan pendinding ataupun berdoa?. Contohnya apabila membaca ayat quran berkaitan dengan azab neraka, lalu kita berdoa jauhkan azab tersebut dari kita kerana takut akan azab Allah, pada masa sama kita tidak mengetahui mengapa Allah menurunkan ayat tersebut.
Jawapan:
Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh,
Tidak syak Al-Quran memang merupakan pendinding dan pelindung daripada segala keburukan, Al-Quran Kalamullah, Allah Ta’ala memerintahkan apabila kita diganggu oleh syaitan maka kita memohon perlindungan kepadaNya, sebagaimana firmanNya:
وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maksudnya: “Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Fussilat 41:36)

Begitu juga dengan membaca mu’awwizatain (qul ‘auzubirabbil falaq & qula’uzubirabbinnaas), zikir-zikir yang warid daripada Nabi sallallahu’alaiwasallam banyak diriwayatkan dalam hadith-hadith Nabi berdoa meminta perlindungan dgn kalimah Allah misalnya sabda Nabi:
“اعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق”
(a`udzu bi kalimaati llahi ttammati min sharri ma khalaq)
Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah ALLAH yang sangat sempurna, dari segala kejahatan yang ada.” (HR. Muslim)

Dan banyak lagi,(boleh rujuk kitab-kitab doa dan zikir yang shahih seperti Al-Azkar oleh Imam Nawawi atau Hisnul Muslim dll), 

Adapun ketika mendengar ayat-ayat yang menyebut tentang azab memang digalakkan agar kita memohon perlindungan darinya, hal ini merupakan perkara yang sangat dituntut walaupun kita tidak mengetahui sebab turun ayat itu, kerana Al-Quran itu turun bukan semata-mata khusus untuk sebab tertentu turunnya bahkan ianya umum untuk dijadikan ibrah, pengajaran dan petunjuk sepanjang masa.

 العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب

Wallahu’alam.

Oleh:
Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi
Penuntut di Universiti Islam Madinah


November 5, 2012 by admin