Surah Ad-Dhuha adalah surah yang ke 93 dalam Al-Quran terdiri dari 11 ayat. Surah ini termasuk golongan surah Makkiyah dan diturunkan sesudah surah Al-Fajr. Nama Adh Dhuhaa diambil dari kata yang terdapat pada ayat pertama, yang ertinya "waktu matahari sepenggalahan naik".
 Surat  Adh-Dhuhaa, menerangkan tentang bimbingan pemeliharaan Allah SWT  terhadap Nabi Muhammad SAW dengan cara yang tak putus-putusnya dan  mengandung pula perintah kepada Nabi supaya mensyukuri segala nikmat  itu.
  Penyembuh Sakit Jantung Dan Sakit Dalam Badan.
  Dibaca  sebagai doa penyembuh penyakit jantung yang lemah dan masalah penyakit  dalam badan - dibaca 25 kali pada segelas air dan diminum oleh orang  yang sakit. InsyaAllah. Lakukan selepas setiap kali solat wajib. 
  Surah  dan amalan ini, diamalkan oleh ibu saudara penulis yang kembali  kerahmatullah 4 tahun yang lepas pada usia 125 tahun. Walaupun arwah  berusia 125 tahun. Arwah tidak nyanyuk dan kuat beribadat. Khatam  Al-Quran sebulan sekali. Sepanjang masa arwah berpuasa melainkan  hari-hari yang tidak dibenarkan dalam Islam. Hebat sungguh arwah ini. 
  Ini  kali pertama penulis mendedahkan kisah arwah ibu saudara penulis yang  bernama Allahyarhamah Siti Aminah Bt Hj Din iaitu kakak sulong kepada  arwah bapa penulis. Semuga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang  beriman.
  Diantara khasiat surah Ad-Dhuha adalah:-
  1. Doa untuk perlindungan rumah- Dibaca 7x selepas solat subuh dan 7x selepas solat maghrib.
  2. Doa murahkan rezeki - hari Jumaat, sembahyang sunat dhuha lepas itu baca surah dhuha 7x dan sambung dengan Ya- Ghani.
  3. Doa untuk terang hati baca 40x sehari selama 41 hari.
  1. Demi waktu Dhuha.
  2. Dan malam apabila ia sunyi-sepi.
  3.  (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak  benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
  4. Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
  5.  Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di  dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati).
  6. Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?
  7. Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)?
  8. Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?
  9. Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
  10. Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
  11. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
  Wasallam.
sumber:http://www.resepirahsiaku.com/2011/04/surah-ad-dhuha-penyembuh-penyakit.html
sumber:http://www.resepirahsiaku.com/2011/04/surah-ad-dhuha-penyembuh-penyakit.html

No comments:
Post a Comment