
Salam Pembaca Yang Setia,
N3 kali bersambung lagi dari rancangan TV "Tanya Ustaz" iaitu "Indah Perubatan Islam" oleh Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie. Yang sempat captain catatkan kali ini berkaitan "Doa Rawatan" untuk penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis dan Sakit Jantung. 
Marilah  kita kongsi bersama ilmu ini yang diajarkan oleh beliau. Kata ustaz  kalau tak silap dengar oleh captain. Jika sudah berusaha secara moden  masih tidak sembuh juga. Cubalah rawatan secara Islam dengan menggunakan  ayat-ayat suci Al Quran kalamullah. Bolehlah membeli buku beliau yang  baru berada di pasaran bertajuk "Indah Perubatan Islam".
Cara-caranya:
Letak  tangan kanan pada dada disebelah kiri dan bacalah kedua-dua doa ini.  Amalkan selalu, insyaAllah mendapat kesembuhan dari Allah SWT.
DOA 1.
 Maksudnya:
"Wahai  umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang  menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi  penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi  hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi  orang-orang yang beriman."
DOA 2.
Maksudnya:
"Dan  kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing,  tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya  (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing  sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai  Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi  orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman,  (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga  mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa  (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan  perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti)  orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat  mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)." (Surah Fushillat: Ayat 44)
Wassalam
Sumber :www.resepirahsiaku.com/
Wassalam
Sumber :www.resepirahsiaku.com/

No comments:
Post a Comment