Pembedahan Batin
Pendirian Liqa' Asatizah berkenaan pembedahan batin.
Selepas
 meneliti unsur-unsur yang terdapat dalam pembedahan batin yang 
diamalkan sesetengah perawat seperti membedah tubuh badan dengan tangan 
kosong atau tanpa peralatan moden, membetulkan tulang tanpa sentuhan 
fizikal, menggunakan peralatan ghaib, pengubatan jarak jauh dan 
seumpamanya, dapat disimpulkan seperti berikut :
1)      Pembedahan batin adalah suatu hakikat yang kabur kerana tidak boleh dibuktikan dengan naql, aql dan sains. 
2)      Pembedahan batin tidak mempunyai sandaran hukum daripada Kitab dan Sunnah Nabi SAW mahupun amalan salafussoleh. 
3)      Hujah
 mengaitkan pembedahan batin dgn pembelahan dada Nabi SAW sebelum 
diangkat menjadi nabi dan Isra' adalah batil kerana perkara tersebut 
adalah irhas/mu'jizat yg tidak boleh dikiaskan kepada bukan nabi.
4)      Pembedahan
 batin telah diamalkan dalam agama lain dengan begitu berleluasa seperti
 Kristian atas nama spiritual healing, psychic surgery @ operation, 
jirahah gharbiyyah atau jirahah ruhaniyyah. Ini menunjukkan, Islam, iman
 dan taqwa bukanlah syarat utama pembedahan batin boleh dilakukan 
seperti dakwaan sesetengah pihak.
5)      Tokoh-tokoh
 awal perubatan alopati Islam seperti Ibn Sina, al-Zahrawi, Ibn 
al-Haytham, al-Razi, Ibn Rusyd dll menunjukkan perubatan moden adalah 
sebahagian daripada perubatan Islam[*](bukan sahaja al-tibb al-nabawi) 
sekaligus menafikan jenis-jenis perubatan yang mencarik adat.
6)       Pembedahan
 batin diyakini menggunakan khidmat jin @ qarin yang dikhuatiri boleh 
membawa kepada syirik berdasarkan nas-nas al-Qur'an dalam surah al-Jin 
ayat 6 dan surah al-Zukhruf ayat 36.
7)       Pembedahan
 batin termasuk perkara mencarik adat yang mampu dipelajari dan boleh 
dilakukan secara berterusan, ini menunjukkan ia bukan karamah atau 
ma'unah sebaliknya lebih dekat kepada unsur-unsur sihir dan sya'wazah.
8)      Masyarakat
 Islam dinasihatkan meninggalkan rawatan syubhah seperti pembedahan 
batin dan kembali kepada al-tibb al-nabawi spt menggunakan ayat-ayat 
syifa', doa ma'thur dll atau kembali kepada perubatan alopati (moden) 
yang tidak bercanggah dengan hukum syara'.
21 Julai 2011.
Ahli liqa':
Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mursyid Liqa’)
Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi/ Moderator)
Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman,
Ustaz Dr Zahazan Muhammed,
Ustaz Hj Mohammad Nidzam Abdul Kadir,
Ustaz Hj Aizam Mas’ud,
Ustaz Hj Hasrizal Abdul Jamil,
Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali,
Ustaz Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan, (Tidak Hadir)
Ustaz Ramadhan Fitri Elias, (Tidak hadir)
Ustaz Dr. Maszlee Malik,
Ustaz Dr.Ahmad Wifaq Mokhtar,
Ustaz Syed Mohd Norhisyam
Ustaz Zamri Zainuldin 'Mantop'
Ustaz Abdullah Bukhari Al-hafiz
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
Ustaz Shauqi Othman
Disahkan dalam liqa' pada 18 Ramadhan 1432.
Sumber asal:
http://mufakkir-islami.blogspot.com/2011/08/pendirian-liqa-asatizah-berkenaan.html
Akhukum,
Abu Anas Madani, 6 Syawal 1432H.
www.abuanasmadani.com
www.abuanasmadani.blogspot.com
Akhukum,
Abu Anas Madani, 6 Syawal 1432H.
www.abuanasmadani.com
www.abuanasmadani.blogspot.com

Mengi'tiraf perubatan alopati sebagai sebahagian dariperubatan Islam (terutama sekarang ini di mana ia dikuasai oleh syarikat2 gergasi pengeluar ubat- drug), berdasarkan sejarah bahawa ianya adalah kesinambungan darikerja-kerja tokoh-tokoh awal perubatan alopati Islam - di mana mereka pula mengambil nya dari kitab-kitab tamadun Greek ...mungkin perlukan penelitian dan kajian yang lebih mendalam..
ReplyDeleteSaya berpandangan perubatan alopati perlu diuruskan dengan lebih baik lagi kerana dalam banyak segi ,falsafah dan kaedah rawatan yang diamalkan sekarang bersifat menentang fitrah dan menekan fungsi asal (semulajadi) sistem dan fungsi tubuh manusia, dan melemahkannya...
ReplyDeleteKerapkali juga ubat yg digunakan menyebabkan kesan sampingan yang membahayakan (akibatnya )....satu kumpulan simptom hilang, sekumpulan yang lain pula mendatang...