Tuesday, October 28, 2014

Cara Cuci Bersih Sayuran Dari Kekotoran Dan Ulat


Cara Cuci Bersih Sayuran Dari Kekotoran Dan Ulat

Walaupun kita biasanya berhati-hati ketika mencuci sayuran, khususnya sayuran berdaun hijau kita biasanya merasa bimbang dikhuatiri masih ada telur-telur bahkan ulat-ulat terdapat bersarang dibelakangnya yang tidak kita lihat. Rasa bimbang itu menyebabkan kita mengambil masa yang panjang untuk mencuci sayur dan sudah pasti akan menggunakan air yang banyak.
 Disini saya syorkan anda mengikuti cara ini yang dirasakan pasti anda tidak akan lagi merasa bimbang atau khuatir, terutama jika memakan sayuran yang berupa ulam, termasuklah ulam raja, mahupun kangkong serta bayam.
 Caranya mudah aja, setelah anda bersihkan sayuran tadi dengan air sepintas lalu, lalu anda rendamkan sayur tadi sehingga tenggelam dengan air dalam sebuah mangkuk besen yang semuatnya. Kemudian anda masuklah garam dan cuka.Biarkan beberapa ketika sayuran tadi terendam, Hasilnya anda pasti mendapati kekotoran keluar dari sayuran tadi termasuk ulat-ulat, kutu dan sebagainya. Ulat-ulat tadi terlepas dari daun dan ini akan memudahkan lagi untuk anda mencucinya dan anda tidak perlu bimbang lagi.
 
 
 
    

Ustaz Haron Din - Lumpuh & Cara-cara Mengatasi & Kaedah Penyembuhan +Sakit Mata







Sunday, October 26, 2014

Khasiat Sarang Burung




Khasiat Sarang Burung :

• Merangsang sel & penghasilan semula struktur sel badan.

• Melancarkan sistem pengaliran darah agar tubuh kekal cergas.

• Merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi.

• Memberi kekuatan kepada sistem imuniti.

• Membantu melambatkan proses penuaan.

• Sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu 
& bayi. Ini amat jelas berikutan bayi yang dilahirkan akan
memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta fungsi badan
lebih kuat berbanding bayi lain & ibu juga pulih lebih cepat
selepas melahirkan.

• Mengandungi kolagen yang dapat mencantikkan &
menegangkan kulit.

• Mengurangkan kahak & menyembuhkan batuk. Juga
mempunyai nutrisi bagi menguatkan saluran pernafasan.

• Membantu menguatkan paru-paru bagi kanak-kanak & bayi.
 Secara Detail Khasiat Minuman Air sarang burung

1-Memulihkan sistem pernafasan dan menguatkan paru-paru.
2-Melegakan penyakit berkaitan batuk & mengurangkan kahak.
3-Agen terbaik untuk pengidap astma/lelah bagi memulihkan sistem pernafasan dan menguatkan paru-paru.
4-Melancarkan sistem aliran darah.
5-Melegakan pernafasan.
6-Memperbetulkan sistem urat saraf.
7-Membantu memperkembangkan minda, IQ & EQ kanak-kanak.
8-Memperbaiki sistem buah pinggang.
9-Agen pemulihan hepatitis B.
10-Agen awet muda.
11-Untuk tenaga batin.
12-Meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.
13-Wanita hamil > mengurangi sakit pada pinggang, menguatkan paru-paru bayi dalam kandungan, membantu bayi menjadi lebih kuat, kulit yang cantik dan berseri, daya tahan penyakit yang tinggi serta menggalakkan perkembangan otak & mempercepatkan proses penyembuhan setelah melahirkan.
14-Orang tua > menguatkan urat saraf dan tulang, serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
15-Perokok > mengurangkan kesan yang timbul dari nikotina untuk mencegah serangan paru-paru.
16-Mencantikkan kembali rambut supaya sihat & senang diurus serta melebatkan rambut.
17-Menyihatkan mata.
18-Agen pemutihan kulit menjadikan kulit kembali gebu dan putih berseri.
19-Mempercepatkan pemulihan bentuk badan serta memperbaiki tisu-tisu yang rosak.
20-Merangsang pertumbuhan dan perkembangan sel-sel, pembinaan tisu-tisu,mengawal sistem endokrin supaya kulit menjadi lebih cantik kembali anjal dan mengurangkan kedutan.
21-Mengurangkan kanser payudara serta boleh menaikkan seri keanggunan setiap wanita.
22-Memulihkan saluran-saluran darah dan urat saraf di bahagian sulit lelaki agar mendapat kepuasan seksual yang maksimum.


Petua untuk menghilang penyakit migraine


 
 
Petua untuk menghilang penyakit migraine

1. Merendam Tangan dalam Air Dingin

Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.

2. Berada Di Dalam Bilik gelap

Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.

3. Mengambil Sedikit Kafein

migrain, sakit kepala, hilangkan migrain, hilangkan sakit kepala

Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.

4. Carikan bahan-bahan berikut ::
~ kacang hijau
~ lada hitam
~ garam kasar

Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.

Selamat Mencuba ..
Photo: Petua untuk menghilang penyakit migraine

1. Merendam Tangan dalam Air Dingin

Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.

2. Berada Di Dalam Bilik gelap

Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.

3. Mengambil Sedikit Kafein

migrain, sakit kepala, hilangkan migrain, hilangkan sakit kepala

Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.

4. Carikan bahan-bahan berikut ::
~ kacang hijau
~ lada hitam
~ garam kasar

Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.

Selamat Mencuba ..

Saturday, October 25, 2014

Asam jawa DAN KHASIAT


 
 
Asam jawa (tamarindus indica) merupakan sebuah kultivar daerah tropis dan termasuk tumbuhan berbuah polong. Batang pohonnya yang cukup keras dapat tumbuh menjadi besar dan daunnya rindang.

Daun asam jawa bertangkai panjang, sekitar 17 cm dan bersirip genap. Bunganya berwarna kuning kemerah-merahan dan buah polongnya berwarna coklat dengan rasa khas asam. Di dalam buah polong selain terdapat kulit yang membungkus daging buah, juga terdapat biji berjumlah 2 – 5 yang berbentuk pipih dengan warna coklat agak kehitaman.

Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang. Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula.

1. Demam Panas
Bagi anak-anak kecil yang kadang-kala mengalami demam panas ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuk air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi anda sambil disertakan selawat .

2. Sakit Perut
Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

3. Sakit Asma
Bagi yang sakit asma pula anda rebuslah dua (2) potong kulit asam jawa dengan satu (1) liter air sehingga ia mendidih kemudian di ditapis. Minumlah air rebusan tersebut sebanyak dua (2) kali sehari.

4. Batuk / Perit Tekak
Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampukan bersama gula dan air. kemudian ditapis, minum seperti biasa.

5. Luka / Bisul
Manakala daun muda asam jawa juga boleh ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.

6. Alergik
Ambillah 2-3 golong buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1/4 senduk kapur sirih. Caranya semua bahan tersebut direbus dengan 3 gelas air sehingga mendidih hingga tinggal 2 gelas dan disaring. Kemudian diminum dua (2) kali sehari, pagi dan petang.

7. Bengkak Disengat Lipan atau Lebah
Sediakan 3-5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Kemudian bahagian yang bengkak itu dibersihkan terlebih dahulu dengan kain dan dibasahkan kain tersebut bersama dengan minyak kayu putih. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut diatas bahagian anggota yang bengkak.

Maklumat di atas hanyalah untuk rawatan alternatif / sementara sahaja. Jika keadaan masih tidak reda juga, anda adalah dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

SELAMAT MENCUBA!

Thursday, October 23, 2014

SYAITAN MERASUK MANUSIA DLM KONDISI YG TIDAK KITA JANGKAKAN




SYAITAN MERASUK MANUSIA DLM KONDISI YG TIDAK KITA JANGKAKAN 

Syaitan mampu untuk bergerak dalam diri manusia dan melakukan pelbagai pengaruh ke atas manusia yang dimasukinya. Dalam suasana itu manusia yang dipengaruhi masih dalam keadaan yang normal. Akan tetapi adakalanya syaitan dapat mempengaruhi manusia hingga mengubah perwatakan dan tingkah lakunya, menjadi seolah-olah orang yang gila. Inilah yang disebut sebagai kerasukan atau histeria.

Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan tentang kemampuan syaitan ini:
"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya

orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu."
[al-Baqarah 2:275]

Kerasukan tidak saja terhad kepada orang yang melibatkan diri dalam urusniaga riba, tetapi meluas kepada pelbagai keadaan yang lain.

 Merujuk kepada persoalan kerasukan dan hubungkaitnya dengan syaitan, manusia terbahagi kepada tiga golongan:

1.Mereka yang menafikannya. Golongan ini berkata, kerasukan tidak berpunca dari syaitan sebaliknya berpunca dari penyakit tertentu seperti gangguan saraf, perubahan hormon, tekanan jiwa (stress) dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini dapat dihentikan dengan mengambil ubat.

2.Mereka yang berlebih-lebihan. Golongan ini mengakui bahawa kerasukan berpunca dari syaitan. Akan tetapi mereka berlebih-lebihan dalam menyandarkannya kepada syaitan sehingga apa jua perubahan tingkah laku (behaviour) yang dihadapi oleh seseorang, mereka menganggapnya sebagai kerasukan syaitan.

3.Mereka yang berada di pertengahan antara golongan pertama dan kedua. Golongan ketiga ini berkata kerasukan boleh berpunca dari penyakit dan boleh juga berpunca dari syaitan.
  Maka kerasukan pertama (penyakit) dihentikan dengan ubat-ubatan manakala kerasukan kedua (syaitan) dihentikan dengan zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Jika tidak pasti kerasukan yang dialami oleh seseorang sama ada berpunca dari penyakit atau syaitan, maka ia dihentikan dengan ubat dan zikir.

Ada pun hujah golongan pertama bahawa kerasukan hanya berpunca dari penyakit, mereka membuktikannya dengan pelbagai penemuan baru tentang apa yang sedang berlaku dalam badan. Bahkan dengan peralatan serba canggih masa kini, mereka dapat menunjuk secara tepat bahagian saraf yang sedang mengalami gangguan dan keadaan hormon badan yang tidak seimbang. Maka apabila diberi ubat, apa yang dianggap sebagai kerasukan dapat dihentikan.

Akan tetapi, sekali pun dengan segala penemuan dan alat canggih tersebut, tetap timbul satu persoalan yang masih tidak dapat dijawab oleh para pakar perubatan: Mengapa saraf mengalami gangguan dan mengapa sebahagian kelenjar merembeskan hormon secara berlebihan? Benar, bahawa semua itu dapat dihentikan dengan mengambil ubat tertentu. Akan tetapi mengapakah kerasukan berulang apabila ubat habis dimakan?
Jawapannya dapat diperolehi dengan mengkaji peranan syaitan. Apabila syaitan memasuki tubuh badan manusia, ia mampu mengganggu kestabilan saraf dan keseimbangan hormon. Bahkan ia mampu melakukan pelbagai lagi yang tidak dianggap sebagai kerasukan, seperti mematikan saraf (paralyse), menyumbat saluran darah (blood clot) dan merangsang sel-sel tertentu untuk berkembang dengan pantas secara tak terkawal (tumor and cancer). Semua ini amat mudah bagi syaitan dan semua ini akan diakui oleh sesiapa yang mengkaji secara teliti kesemua ciri-ciri syaitan yang dikupas dalam bab ini.

Walaubagaimana pun, ini tidaklah bererti semua penyakit dan gangguan tingkah laku berpunca dari syaitan. Sebahagiannya berpunca dari faktor lain seperti gizi pemakanan yang tidak seimbang, kecederaan fizikal, tekanan jiwa, usia tua dan sebagainya. Maka tidaklah benar anggapan golongan kedua bahawa semua perubahan kelakuan berpunca dari syaitan.

Yang benar adalah bahawa kerasukan mungkin berpunca dari penyakit dan mungkin juga berpunca dari syaitan. Maka apa yang berpunca dari penyakit, ia dihentikan dengan ubat-ubatan yang diberi oleh doktor pakar manakala apa yang berpunca dari syaitan, ia dihentikan dengan zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Jika tidak pasti sama ada kerasukan berpunca dari penyakit atau syaitan, maka kedua-dua kaedah digunakan serentak untuk menghentikannya.

Seterusnya, peranan syaitan dalam menyebabkan kerasukan kepada manusia terbahagi kepada dua kategori:
Kategori Pertama:
Kerasukan yang dilakukan oleh syaitan berdasarkan kemahuannya sendiri. Sengaja syaitan merasuk manusia untuk menyesatkannya, mengkafirkannya, mensyirikkannya dan memasukkan mangsa tersebut ke dalam neraka. Semua ini dapat dicapai oleh syaitan apabila mangsa atau orang di sekelilingnya cuba mengubati kerasukan itu dengan cara yang berbeza dari tunjuk ajar Rasulullah, bahkan dengan cara yang dilarang oleh Islam.
Kategori Kedua:
Kerasukan yang dilakukan oleh syaitan berdasarkan perintah tuannya. Ini disebut sebagai sihir. Sihir adalah satu tindakan jahat yang memerlukan dua unsur utama:
Manusia sebagai ahli sihir sekali gus merangkap jawatan “Tuan”.
Syaitan sebagai khadam yang melakukan kerja sihir yang diperintah oleh tuannya.

Melalui sihir syaitan dapat mencapai beberapa objektifnya.

 Secara terperinci:
· Objektif untuk Menyesatkan:
 

Apabila orang yang terkena sihir berubat, lazimnya mereka tidak tahu cara perubatan sahih yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Mereka berjumpa dengan mana-mana bomoh atau ustaz yang masyhur di sisi masyarakat untuk berubat dan menerima apa saja kaedah perubatan yang diberikan olehnya. Bahkan mereka tidak tahu apakah maksud jampi-jampian yang dibacakan ke atas mereka. Akibatnya, mereka telah meninggalkan jalan Rasulullah kepada jalan lain yang menyesatkan.

· Objektif untuk Memusyrikkan:
Apabila orang yang terkena sihir berubat, lazimnya mereka meletakkan keyakinan bahawa pengaruh kesembuhan adalah dari bomoh atau ustaz yang sedang mengubatinya beserta bacaan-bacaan jampi mereka.
Padahal satu-satunya pengaruh untuk kesembuhan ialah Allah Subhanahu wa Ta'ala. Apabila keyakinan seseorang terhadap kuasa yang dapat memberi manfaat dan mudarat kepadanya beralih dari Allah kepada sesuatu yang lain, dia telah syirik kepada Allah.

· Objektif untuk Mengkafirkan:
Satu contoh mudah, apabila Jamal ingin berbuat jahat kepada Jamilah, dia akan menemui seorang ahli sihir bernama Ahmad dan menyampaikan hajatnya. Ahmad akan memerintah khadamnya, yakni syaitan, untuk membuat apa yang dihajatkan oleh Jamal ke atas Jamilah. Perbuatan itu pelbagai, dari muntah darah, gangguan pemikiran sehinggalah kepada kerasukan. Inilah yang lazim disebut sebagai “kena buat orang!”
Untuk melawan buatan sihir itu, Jamilah akan pergi menemui seorang ahli sihir lain bernama Kamal dan menyampaikan hajatnya. Kamal akan memerintahkan khadamnya, yakni syaitan, untuk membuatkan apa yang dihajatkan oleh Jamilah ke atas Jamal. Demikianlah ia berulang antara Jamal dan Jamilah.
Dalam contoh di atas, syaitan berjaya mengkafirkan kesemua Jamal, Jamilah, Ahmad dan Kamal. Sekali pun syaitan disebut sebagai “khadam”, sebenarnya ia adalah tuan kepada semua yang terbabit, termasuklah Ahmad dan Kamal. Syaitan hanya berpura-pura menjadi khadam asalkan dengan itu tercapailah objektifnya untuk mengkafirkan manusia.

Sesiapa saja yang terlibat dengan sihir, sama ada untuk menyihir atau melawan sihir dengan sihir, akan menjadi kafir berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
"Mereka mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan
dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman,padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu,akan tetapi syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya);


Kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat:

Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon),sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun
melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:“Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu),oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajari sihir).”


[al-Baqarah 2:102]

. Objektif memasukkan ke dalam neraka: Orang yang berurusan dengan sihir akan menerima padah yang buruk di Hari Akhirat, termasuk diazab di dalam neraka. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
"Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara (sihir) yang hanya membahayakan mereka

dan tidak memberi manfaat kepada mereka.Dan demi sesungguhnya mereka telahpun mengetahui

bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu,tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di Akhirat.

Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka,
kalaulah mereka mengetahui.[al-Baqarah 2:102][37]


~ Syukur Syukriah

Sunday, October 19, 2014

Doa Resdung




Jika anda sedang mendapatkan rawatan resdung, boleh baca kombinasi doa-doa ini:
1. Baca surah al-Fatihah
2. Baca Selawat syifa'
3. Baca Surah al-Isra' ayat 82 7 kali sambil tangan kanan memegang hidung.
4. Baca doa di bawah ini 7 kali sambil tangan kanan memegang hidung.