- penyakit dan penawarnya ,berpandukan al Quran dan Sunnah "Kami menurunkan dari Al Quran itu suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.."-(Al-Isra', 17:82) - مَا أَنْزَلَ اللهُ مِنْ دَاءٍ إِلاَّ أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً “Tidaklah Allah menurunkan sebuah penyakit melainkan menurunkan pula obatnya.”
Wednesday, October 23, 2013
Monday, October 21, 2013
SIAPAKAH WANITA YANG AKAN DIROGIL JIN?
RAMAI WANITA DIROGOL JIN TANPA PENGETAHUAN MEREKA.
SIAPAKAH WANITA YANG
AKAN DIROGIL JIN? perempuan samada sudah berkahwin/tidak. siapa
TERINGIN NAK DI-NODAI JIN,selalu lah :
- MANDI TELANJANG.
- SUKA MANDI LEWAT PETANG.
- TIDUR SELEPAS ASAR.
- TIDUR DENGAN KAIN YANG TERDEDAH.
*jika terasa diri kita terlalu kerap melakukan semua perkara
ni,cepat-2 sedar. SEKALI JIN SUDAH JATUH CINTA PADA WANITA,ADALAH LAGI
BAHAYA DARIPADA 'SIHIR'. Cukup dalam masa 40 hari 'PERIKSA PADA BAHAGIAN
CELAH/KELILING PEHA,LIHAT JIKA ADA KESAN LEBAM-2 dan jika kurang pasti
lagi periksa secara terperinci kesan lebam itu ada 5 lubang halus'. Itu
menandakan JIN sudah 'menodai' anda wahai wanita.
*andai kata jika wanita itu sudah berkahwin,maka JIN yang 'jatuh cinta' pada anda itu akan 'menceraikan' anda & suami,tanpa sedar.
*Dan jika anda belum
berkahwin,jika sampai masanya anda & bakal suami anda mahu
berkahwin,JIN yang sama akan cuba 'pisahkan' mereka dari berlangsungnya
majlis kahwin itu. ASTAGHFIRULLAHALAZIM~
- Ustaz Mohd Kazim Elias
Jus buah tak baik untuk kesihatan?
Jus buah tak baik untuk kesihatan?
by Hasny on September 20, 2013
Soalan: Berat badan saya
tidak menurun sebaliknya semakin bertambah. Ini berikutan selepas saya
mengambil jus buah-buahan setiap hari. Bukankah jus buah2an berkhasiat
dan baik untuk kesihatan?
Jawapan: Memang jus buah2an berkhasiat
tetapi jika ia adalah jus yang dibuat daripada buah2an yang segar dan
tanpa gula tambahan.
Jus buah2an dari kotak/botol adalah tinggi
kandungan gula dan rendah zat-zat makanan. Jika ingin turun berat badan,
disarankan untuk makan buah2an segar daripada minum jusnya.
Ini
disebabkan jus buah2an mengandungi lebih kandungan gula berbanding buah
segar, walaupun tidak ditambah gula. Ini dapat dilihat dari segi
penyediaan jus buah2an – anda memerlukan lebih sebiji buah untuk membuat
satu gelas jus, bermaksud kandungan gula dalam segelas itu adalah dua
hingga tiga kali ganda lebih.
Namun, makan satu biji buah sudah cukup
memberi rasa kekenyangan dan kandungan gulanya adalah lebih rendah.
Sumber: Rapi
Sunday, October 20, 2013
Khasiat Buah Belimbing Buluh
Khasiat Buah Belimbing Buluh
1. Ia mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila
digiling halus dan dilumur boleh menghilangkan jerawat dan melembutkan
kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau.
2. jika direbus,
ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam.
Untuk menghilangkan batuk, campurkan segenggam bunga Belimbing Buluh
dengan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan
1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Seterusnya direbus
dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit
madu. Minum segelas, 3 kali sehari.
3. Untuk anda yang ada darah tinggi, petik 3 biji buah Belimbing Buluh.
Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi
setiap hari.
4. Untuk bayi yang diserang penyakit kuning, mandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.
Khasiat Buah Belimbing Buluh
1. Ia mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dilumur boleh menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau.
2. jika direbus, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam. Untuk menghilangkan batuk, campurkan segenggam bunga Belimbing Buluh dengan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Seterusnya direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas, 3 kali sehari.
3. Untuk anda yang ada darah tinggi, petik 3 biji buah Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari.
4. Untuk bayi yang diserang penyakit kuning, mandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.
1. Ia mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dilumur boleh menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau.
2. jika direbus, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam. Untuk menghilangkan batuk, campurkan segenggam bunga Belimbing Buluh dengan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Seterusnya direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas, 3 kali sehari.
3. Untuk anda yang ada darah tinggi, petik 3 biji buah Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari.
4. Untuk bayi yang diserang penyakit kuning, mandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.
Saturday, October 19, 2013
Antara tanda2 cinta yg makin pudar
As salamu'alaikum shbt yg di hormati. Antara tanda2 cinta yg makin pudar:
1. Suami isteri yg ingkar perintah Allah SWT,
2. Hilang kepercayaan kpd pasangan,
3.Kurang hargai pasangan,
4. Kurang ambil berat terhdp pasangan,
5. Kurang menghormati diri & pandangan pasangan,
6. Komunikasi yg terhalang & mudah salah faham,
7. Tergamak kutuk pasangan depan org,
8. Enggan kongsi kegembiraan atau kedukaan,
9. Mula nampak hanya kelemahan pasangan,
10. Yakin boileh hidup (atau lebih baik) tanpa pasangan,
11. Kesal hidup bersama,
12. Sukar nak doakan pasangan,
13. Sukar nak maafkan pasangan,
14. Sukar nak tolak ansur dgn pasangan,
15. Mula rancang nak cari lain.
Mari renungkan & perbaiki kehidupan kita agar bahagia di dunia
& di akhirat.
Moga Allah rahmati kita. Aameen, wassalam.
As salamu'alaikum shbt yg di hormati. Antara tanda2 cinta yg makin pudar:
1. Suami isteri yg ingkar perintah Allah SWT,
2. Hilang kepercayaan kpd pasangan,
3.Kurang hargai pasangan,
4. Kurang ambil berat terhdp pasangan,
5. Kurang menghormati diri & pandangan pasangan,
6. Komunikasi yg terhalang & mudah salah faham,
7. Tergamak kutuk pasangan depan org,
8. Enggan kongsi kegembiraan atau kedukaan,
9. Mula nampak hanya kelemahan pasangan,
10. Yakin boileh hidup (atau lebih baik) tanpa pasangan,
11. Kesal hidup bersama,
12. Sukar nak doakan pasangan,
13. Sukar nak maafkan pasangan,
14. Sukar nak tolak ansur dgn pasangan,
15. Mula rancang nak cari lain.
Mari renungkan & perbaiki kehidupan kita agar bahagia di dunia & di akhirat.
Moga Allah rahmati kita. Aameen, wassalam.
Sunday, October 13, 2013
Friday, October 11, 2013
Petua Untuk Menguatkan Ingatan
a. Sesetengah orang alim berpendapat bahawa membaca Al-Quran merupakan
cara atau method yang paling mujarab untuk memperkuatkan ingatan dan
memudahkan hafalan. Bahkan inilah kaedah yang paling utama. Kata-kata
hikmah Arab menegaskan "Tiada sesuatu yang lebih menguatkan ingatan
seseorang selain daripada membaca Al-Quran dengan melihat (mashaf
Al-Quran)."
b. Beberapa cendiakawan Islam pernah berkata,
"Orang yang mengamalkan membaca Al-Quran akan sentiasa sihat akalnya
walaupun dia berumur 200 tahun." Jarang berlaku orang yang konsisten
(selalu) membaca Al-Quran pada setiap hari, berpenyakit nyanyuk apabila
telah tua, malah mereka tidak perlu memakai cermin mata."
c.
Kesan membaca Al-Quran dari segi kesihatan sungguh besar. Dengan membaca
Al-Quran secara automatiknya kita melakukan senaman muka, leher,
kerongkong dan fikiran. Sebaik-baik latihan jasmani untuk kesihatan dan
penyembuhan ialah menyanyi. Al-Quran pun merupakan sejenis 'nyanyian'
kerana Rasullullah s.a.w. menyuruh umatnya membaca dengan berlagu, atau
dengan kata lain ialah dengan menyanyi. Apabila seseorang itu bernyanyi
atau berlagu dengan fikiran khusyuk dan penuh perasaan, maka ia akan
menjadi perhubungan dan rangsangan dari tempat sebutannya kepada
organ-organ dalaman. Ia merupakan sejenis rangsangan yang bagus kepada
organ-organ dan membentuk ketenangan kepada berjuta-juta saraf di dalam
tubuh.
b. Beberapa cendiakawan Islam pernah berkata, "Orang yang mengamalkan membaca Al-Quran akan sentiasa sihat akalnya walaupun dia berumur 200 tahun." Jarang berlaku orang yang konsisten (selalu) membaca Al-Quran pada setiap hari, berpenyakit nyanyuk apabila telah tua, malah mereka tidak perlu memakai cermin mata."
c. Kesan membaca Al-Quran dari segi kesihatan sungguh besar. Dengan membaca Al-Quran secara automatiknya kita melakukan senaman muka, leher, kerongkong dan fikiran. Sebaik-baik latihan jasmani untuk kesihatan dan penyembuhan ialah menyanyi. Al-Quran pun merupakan sejenis 'nyanyian' kerana Rasullullah s.a.w. menyuruh umatnya membaca dengan berlagu, atau dengan kata lain ialah dengan menyanyi. Apabila seseorang itu bernyanyi atau berlagu dengan fikiran khusyuk dan penuh perasaan, maka ia akan menjadi perhubungan dan rangsangan dari tempat sebutannya kepada organ-organ dalaman. Ia merupakan sejenis rangsangan yang bagus kepada organ-organ dan membentuk ketenangan kepada berjuta-juta saraf di dalam tubuh.
Antara petua & ikhtiar utk menajamkan mata..
As salam shbt yg di muliakan Allah SWT.
Antara petua & ikhtiar utk menajamkan mata:
1. Duduk mengadap kiblat.
2. Bercelak sebelum tidur.
3. Memandang yang hijau.
4. Berpakaian bersih.
5. Sebaik bangun tidur waktu subuh, baca selawat 3X, ambil air liur di
langit2 mulut dgn ibu jari, silangkan jari & sapukan atas mata
sambil membaca selawat.
6. Makanan yg ada vit A, vit C & vit E.
7. Minum air sekurang kurangnya 8 gelas sehari.
8. Gosok kedua tapak tgn hingga panas & tekupkan atas mata selama 5 saat. Lakukan 3X.
9. Gerakkan mata 360 darjah, mengikut putaran jam & sekali lagi melawan putaran jam.
10. Urut perlahan lahan di bahagian luar sekeliling mata dgn ibu jari.
11. Bila mata letih, pejamkan mata selama 3 minit.
12. Elak faktor yg boleh rosakkan mata-- lampu neon, skrin komputer,
habuk di persekitaran, klorin di kolam renang, penghawa dingin, dll.
13. Tidur yg secukupnya utk merehatkan mata.
14. Baca surah 4 Qul semasa basuh muka bila bangun pagi sambil mohon kpd Allah agar di terangkan mata sepanjang hayat.
15. Elak membaca waktu hampir senja.
16. Elak membaca sambil baring.
17. Elak tengok najis, kemaluan atau perkara lain yg di tegah.
Moga kita jaga pemberian Allah SWT yg amat berharga ini sebagai amanah
& moga Allah sentiasa merahmati kita semua. Aameen, wassalam.
As salam shbt yg di muliakan Allah SWT.
Antara petua & ikhtiar utk menajamkan mata:
1. Duduk mengadap kiblat.
2. Bercelak sebelum tidur.
3. Memandang yang hijau.
4. Berpakaian bersih.
5. Sebaik bangun tidur waktu subuh, baca selawat 3X, ambil air liur di langit2 mulut dgn ibu jari, silangkan jari & sapukan atas mata sambil membaca selawat.
6. Makanan yg ada vit A, vit C & vit E.
7. Minum air sekurang kurangnya 8 gelas sehari.
8. Gosok kedua tapak tgn hingga panas & tekupkan atas mata selama 5 saat. Lakukan 3X.
9. Gerakkan mata 360 darjah, mengikut putaran jam & sekali lagi melawan putaran jam.
10. Urut perlahan lahan di bahagian luar sekeliling mata dgn ibu jari.
11. Bila mata letih, pejamkan mata selama 3 minit.
12. Elak faktor yg boleh rosakkan mata-- lampu neon, skrin komputer, habuk di persekitaran, klorin di kolam renang, penghawa dingin, dll.
13. Tidur yg secukupnya utk merehatkan mata.
14. Baca surah 4 Qul semasa basuh muka bila bangun pagi sambil mohon kpd Allah agar di terangkan mata sepanjang hayat.
15. Elak membaca waktu hampir senja.
16. Elak membaca sambil baring.
17. Elak tengok najis, kemaluan atau perkara lain yg di tegah.
Moga kita jaga pemberian Allah SWT yg amat berharga ini sebagai amanah & moga Allah sentiasa merahmati kita semua. Aameen, wassalam.
Monday, October 7, 2013
The Mother'S Secret minuman tambahan sebagai Milk Booster...
THE
MOTHER’S SECRET adalah produk minuman tambahan berperisa coklat yang
bertindak sebagai MILK BOOSTER untuk membantu menambahkan pengeluaran
dan meningkatkan kualiti tekstur susu ibu. Tidak seperti produk MILK
BOOSTER yang lain, THE MOTHER’S SECRET adalah satu-satunya
produk muslim jenama Malaysia yang memiliki pengiktirafan Islamic
Manufacturing Practise (IMP) dan HALAL JAKIM selain keberkesanannya
terbukti dapat dilihat dengan segera.
BAHAN-BAHAN 100% SEMULAJADI DAN HALAL YANG TERDAPAT DI DALAM THE MOTHER’S SECRET
Al-Manna/ Arabic Gum/ Prebiotik Semulajadi
Moringa Oliefera/ Pokok Syurga
Fenugreek/ Halba
Honey/ Madu Lebah
Dates/ Kurma
Fennel Seed/ Jintan Manis
Malt/ Barli
Goat Milk/ Susu Kambing
Cocoa/ Serbuk Koko
Nah! Daripada 9 bahan
yang ada di dalam THE MOTHER’S SECRET ini, cuba kirakan kepada saya,
berapakah bahan yang ibu-ibu pernah dengar bahawa ianya memang
disebut-sebut sejak turun-temurun dan diakui berkesan melalui kajian saintifik yang mampu menambah kandungan susu ibu?.. berapa ya ibu-ibu semua?
Ya betul! Jawapannya ialah 8 bahan kecuali serbuk koko (Coklat). Tetapi yang pasti Coklat juga pastinya mempunyai kebaikan dan manfaatnya yang tersendiri seperti terdapatnya kandungan poliphenol yang mampu mengurangkan stress dan tekanan kepada ibu-ibu yang penat berkerja dan menyusukan bayi mereka. Serbuk koko (Coklat) juga mempunyai kandungan antioksidan yang sangat tinggi yang mampu menjadikan ibu-ibu kekal sihat dan sentiasa awet muda.
Adakah ibu-ibu semua sudah cukup yakin dengan THE MOTHER’S SECRET?
Belum lagi..? Tidak mengapa., Jom! ikut saya.. saya akan terangkan lebih
lanjut 8 bahan lain yang terdapat di dalam THE MOTHER’S SECRET ini?..
Sebenarnya, dengan 8 bahan ini jugalah yang telah membezakan THE MOTHER’S SECRET berbanding dengan produk milk booster yang ada di pasaran selain daripada status halal
yang disebutkan tadi. Produk lain mungkin hanya mempunyai 1 atau 2
sahaja bahan sahaja dengan dicampur adunan lain yang mungkin bukan bahan semulajadi. Tetapi dengan THE MOTHER’S SECRET, ibu-ibu akan mendapat terus manfaat daripada 8 bahan 100% semulajadi sekaligus mampu untuk menambah pengeluaran dan meningkat kualiti susu ibu.
Selain daripada itu juga, terdapat makanan yang menjadi makanan Rasullullah S.A.W di dalam produk THE MOTHER’S SECRET ini iaitu MADU LEBAH, KURMA, HALBA dan SUSU KAMBING. Hebat bukan? Sekiranya
Ibu-Ibu sudah cukup yakin dengan kesucian, khasiat dan keberkesanan
produk THE MOTHER’S SECRET.
Jika ada antara ibu-ibu yang masih
kurang jelas dengan setiap satu bahan disebutkan tadi, Jom! ikuti saya
untuk saya jelaskan apakah manfaat sebenar di sebalik setiap satu 8 bahan istimewa lain di dalam THE MOTHER’S SECRET ini.
1. AL MANNA / ARABIC GUM / PREBIOTIC SEMULAJADI
Al Manna ini katakan mempunyai kandungan
prebiotik semulajadi tertinggi sama fungsi dengan prebiotik yang
terdapat dalam susu ibu dan ianya 10 kali ganda kaya dengan kalsium yang terdapat dalam susu lembu.
Al Manna ini juga diakui kaya dengan fiber diet boleh larut yang memudahkan sistem pencernaan dan sangat membantu dalam proses gastrointestinal badan. Al Manna juga mengandungi serat yang membantu mengurangkan angin dalam badan dan akan menggalakkan pembiakan bakteria sihat di dalam perut yang sangat berguna untuk mencegah kanser kolon, sembelit dan cirit-birit. Al Manna juga boleh membantu melawan penyakit kencing manis dan jantung. Kajian juga mendapati Al Manna mampu memberi rasa kenyang yang berpanjangan. Wow! Hebatnya..
Firman Allah di dalam Quran yang bermaksud:
“Dan
Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang
pasir) dan Kami turunkan kepada kamu “Manna” dan “Salwa” (Burung Puyuh),
(serta Kami berfirman): “, Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang
Kami telah kurniakan kepada kamu”.
{Surah Al-Baqarah, Ayat 57}
2. MORINGA OLIEFERA / POKOK SYURGA
Moringa Oliefera juga dikenali sebagai pokok magis kerana boleh dikatakan keseluruhan pokok ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Melalui penyedilikan saintifik moden, daun pokok ini mengandungi tujuh kali Vitamin C berbanding Oren, empat kali Kalsium berbanding susu, empat kali Vitamin A berbanding lobak merah, tiga kali Potassium berbanding pisang dan dua kali Protien berbanding kandungan di dalam yogurt. Maka tidak hairanlah sejak dulu lagi pokok Moringa Oliefera ini digunakan sebagai sumber bagi menentang kekurangan zat makanan dan kalsium dikalangan ibu yang menyusukan dan bayi mereka. Walaupun ianya telah digunakan sejak turun temurun oleh nenek moyang kita untuk ibu-ibu yang baru bersalin tetapi kajian keberkesanannya hanya dapat dibuktikan dan diperakui oleh saintis moden pada zaman ini.
“Saya
belum pernah menemui produk tumbuhan seperti Moringa Oliefera
walaupun telah lebih 30 tahun saya berkecimpung dalam industri makanan
supplemen kesihatan”
Ken Brailsford, Former President and CEO of Nature’s Sunshine
Kajian klinikal terkini mendapati Moringa juga mengandungi unsur Cytokinin. Kompaun unik ini bertindak sebagai agen tumbesaran sel dalam badan yang jelas boleh menambah pengeluaran susu dalam badan dan mencergaskan regenerasi sel badan.
3. FENUGREEK / HALBA
Halba secara khusus diketahui digunakan untuk membantu proses penghadaman. Halba juga digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. Kajian telah menunjukkan halba adalah pemangkin pengeluaran susu ibu dan penggunaannya didapati membantu meningkatkan pengeluaran susu kepada kuantiti yang banyak.
Antara kebaikan halba yang diketahui adalah seperti berikut:
- Diosgenine dalam halba merangsangkan penghasilan hormon estrogen dalam wanita dan oleh itu herba diakui mampu untuk menambahkan pengeluaran susu badan ibu
- Melegakan segugut kerana bahan aktif dalam halba merehatkan otot-otot dan mengelakkannya daripada kekejangan.
- Melegakan simptom-simptom menopause.
- Mempermudahkan proses bersalin.
- Membantu dalam proses penyembuhan masalah usus, cirit-birit, batuk, sakit tekak, bronkitis, mencairkan kahak, ulser, masalah kulit, melecur, bisul, ekzema, gout dan athritis.
- Kajian terkini mendapati halba juga mampu menurunkan kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah. Ia memperlahankan penyerapan gula ke dalam perut dan merangsangkan pengeluaran insulin.
Rasulullah saw bersabda :
“Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas”
{Books of Sufi Healing m.s.58}
Pada suatu hari Rasulullah SAW
menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Lalu
Rasulullah SAW menyuruh dipanggilkan tabib. Maka datanglah Al Harith Ibn
Qaldah untuk merawat Saad bin Abu Waqqas. Al Harith Ibn Qaldah telah
mengesyorkan agar Saad bin Abu Waqqas memakan Halba dan Kurma Ajwa’.
Maka dengan izin Allah, Saad bin Abu Waqqas pun sembuh dari penyakitnya
itu.
Rasulullah SAW kemudiannya bersabda:
“Gunakanlah Halba sebagai ubat”
{Qamus Al-Tibb Ahad Qodamah-Mesir}
4. HONEY/ MADU LEBAH
Secara asasnya Fungsi dan Manfaat Madu Lebah adalah seperti berikut:
- Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
- Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
- Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat membantu proses penyembuhan arthirik sendi
- Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
- Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal yang membantu proses penyembuhan ulcer.
- Sumber laxative yang natural dan lembut
- Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
- Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi
Khasiat madu kepada ibu yang sedang mengandung
- Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
- Membantu dalam mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
Khasiat madu kepada bayi di dalam kandungan ibu
- Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman yang cuba menyerang janin di dalam kandungan.
- Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
- Bayi yang keluar akan mempunyai kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
- Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
- Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan memakan madu oleh para ibu yang mengandung.
Khasiat madu kepada bayi yang baru lahir (mentaknik bayi)
- Pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan lendir perut ibu yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
- Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman akan dapat berjalan dengan sempurna dan seterusnya menghindarkan bayi daripada sakit dan kembung perut.
- Bayi akan membesar dengan sempurna dan sihat.
Khasiat madu kepada ibu yang baru bersalin
- Madu lebah boleh membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perut atau rahim.
- Membantu proses penghadaman dan melawaskan perut
Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Dan
dari Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah; buatlah sarang dibukit-bukit,
di pepohonan kayu, dan di tempat (berhampiran) yang dibina manusia.
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam
warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda
(kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir,”
{Surah An-Nahlu, ayat 68 dan 69}
Terdapat banyak hadis Nabi Muhammad S.A.W yang menjelaskan mengenai madu lebah. Diantaranya tentang hadis sahih iaitu:
Mengenai
kisah seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah S.A.W mengadu
tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad S.A.W bersabda, “dia hendaklah diberi minum madu”.
Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya
tidak juga sembuh. Nabi Muhammad S.A.W menyuruh saudara pemuda itu
terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya bertambah, akhirnya Nabi S.A.W berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah S.A.W sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh.
{Riwayat Bukhari dan Muslim}
5. DATES/ KURMA
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus,
sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan
semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi
dalam dunia perubatan tradisional.
Dari segi saintifik ianya amat berkesan untuk membantu dalam proses penyembuhan gangguan usus yang kronik,
dimana ketidakserasian dengan gluten di dalam perut telah menghalang
penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian
yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten
dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada
pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.
Nabi Muhammad SAW juga ada bersabda:
“Berilah
makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang
demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan
bertaqwa (bersih hatinya)”.
6. FENNEL SEED / JINTAN MANIS
Jintan Manis atau Fennel Seed adalah
bahan utama dalam masakan orang-orang Melayu dan kaum india. Tanpa
jintan manis maka kuranglah rasa kesedapan pada lauk pauk yang dimasak.
Namun tahukah anda jintan manis mempunyai kehebatan tersendiri dan
pelbagai khasiat di dalam perubatan. Antaranya, Ia dapat membantu dalam melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, memperbanyakkan susu dan membuang gas dalam usus selain mampu menurunkan berat badan dan memecahkan lemak tidak sihat dalam badan.
Jintan manis mengandungi banyak
flavonoid anti-oksidan seperti kaempferol dan quercetin. Sebatian ini
berfungsi sebagai anti-oksidan yang kuat dengan membantu untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya dari badan itu melindungi dari jangkitan kanser kolon dan melewatkan proses penuaan. Jintan Manis juga paling berkesan untuk pencernaan, boleh membantu dalam proses mengubati kejang perut dan juga mampu melegakan sembelit. Herba ini juga dikatakan boleh merangsangkan detoksifikasi yang dapat membantu proses penyembuhan gejala Premenstrual Syndrome (PMS) dengan mengawal hormon estrogen. Manfaat kesihatan yang lain ialah ia mampu menurun paras kolesterol , meningkatkan sistem imun daripada penyakit, menghalang pembentukan gas dalam saluran usus, melegakan asma, batuk dan tonik untuk buah pinggang. Herba ini boleh dikunyah untuk menyegarkan bau nafas dan juga membantu meningkatkan keinginan seksual.
7. MALT / BARLI
Berikut adalah beberapa Khasiat dan Manfaat Barli untuk kesihatan :-
- Khasiat barli dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.
- Barli juga dikesan boleh membantu merendahkan kolesterol, meredakan sembelit dan mencegah penyakit kanser.
- Pengambilan yang konsisten mampu mengelakkan penyakit jantung.
- Barli bagus untuk kesihatan kolon (usus). Barli mempunyai kandungan serat yang tinggi menjadi makanan kepada bakteria baik yang tidak berbahaya dalam kolon dan membantu melancarkan pergerakan sistem pencernaan. Secara tidak lansung akan menghalang dari penyakit buasir dan kanser kolon.
- Asid propionik dan beta glukan dari serat yang tak larut juga membantu mengurangkan kolesterol dan menghalang pembentukan batu karang.
- Barli sesuai diamalkan oleh Pesakit diabetes kerana mempunyai banyak serat yang mampu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
- Barli kaya dengan selenium yang mana berfungsi mencegah kanser dan melegakan tanda-tanda lelah dan artritis.
8. GOAT MILK / SUSU KAMBING
Amalan meminum susu kambing memang diakui sejak dulu lagi dapat meningkatkan pengaliran susu badan ibu. Apa yang menarik, selain menambahkan susu ibu, kandungan kalsium yang tinggi dalam susu kambing sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi ibu yang menyusukan. Kehebatan lain susu kambing ialah susu kambing lebih mudah dicerna. Susu kambing mempunyai molekul protien & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lain. Jadi ia sangat baik untuk diet bayi juga.
JIKA ANDA IBU YANG SEDANG MENYUSUKAN BAYI IKUTI CADANGAN DI BAWAH UNTUK LIHAT KEBERKESANANNYA!!
Minum THE MOTHER’S SECRET 2
kali sehari waktu pagi (sarapan) dan waktu malam (makan malam).
Sekiranya ibu mahu melihat hasil keberkesanannya dengan segera boleh
juga diamalkan 3 kali sehari iaitu tambahan meminum pada waktu makan
tengahari dan jangan lupa untuk banyakkan meminum air kosong
SEMENANJUNG MALAYSIA
Pakej Pengenalan (33.60) + Pos Laju (6.40)
RM40.00
~ http://momsolutionstore.com/#top
Wednesday, October 2, 2013
Resipi Membuka Salur Darah Jantung Tersumbat
Resipi Membuka Salur Darah Jantung Tersumbat
Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung tersumbat.
Saya ingin berkongsi satu lagi cara rawatan alternatif untuk membuka
atau meluaskan salur darah yang tersumbat di jantung. Oleh itu, sesiapa
yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi
atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak
perlu melalui pembedahan bypass tersebut.
Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama.
Bahan diperlukan:
1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal
Cara menyediakan:
Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama
1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan.
Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan
dalam balang yang bersih.
Minum campuran ubat ini satu (1) sudu
makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya.
Insha Allah rawatan ini akan berhasil.
Resipi Membuka Salur Darah Jantung Tersumbat
Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung tersumbat.
Saya ingin berkongsi satu lagi cara rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salur darah yang tersumbat di jantung. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut.
Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama.
Bahan diperlukan:
1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal
Cara menyediakan:
Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih.
Minum campuran ubat ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. Insha Allah rawatan ini akan berhasil.
Subscribe to:
Posts (Atom)