Tuesday, August 27, 2013

Petua Untuk Merawat Luka Bersalin Dengan Cepat


Petua Untuk Merawat Luka Bersalin Dengan Cepat

Pilihan 1: Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian kemaluan anda. Lakukan 2 atau 3 kali sehari hingga luka sembuh.

Pilihan 2: Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.

Pilihan 3: Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.

Pilihan 4: Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tersebut sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas (suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.

Pilihan 5: Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

NOTA: Luka bersalin perlu dijaga dengan rapi, tidak kira samaada luka Episiotomi ataupun luka Caesarean. Pemakanan dan pergerakan ketika berpantang perlu dijaga. Anda juga disarankan mengambil makanan tambahan atau supplement.

Petua Untuk Mengeluarkan Saka dalam Tubuh



Petua Untuk Mengeluarkan Saka dalam Tubuh

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.

Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.

a. Ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah berikut. Ia mesti dilakukan di waktu sesudah mendirikan solat subuh.

1. Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2. Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )- ayat al Kursi
3. Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

b. Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila anda minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging anda. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu kerana proses ini memakan masa yang lama. Jin (saka) yang berada di dalam tubuh anda akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t.

c. Setelah anda minum air tersebut berterusan, anda dapat merasakan seluruh anggota akan menjadi pija (panas) terutama di bahagin tengkuk, kerana di situlah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh anda. Itulah kemujarabannya.

Sunday, August 25, 2013

Perisai Muslim; ZIKIR PAGI PETANG & SELEPAS SOLAT

5 Tanda Awal Penyakit Jantung


5 Tanda Awal Penyakit Jantung

Penyakit jantung seakan menjadi penyakit yang biasa dihidapi masyarakat. Sebelum ia menjadi semakin parah, ada baiknya kita kenali tanda-tanda awal penyakit ini untuk melakukan pencegahan dan persediaan awal.
1. Sakit Dada
Ia disebabkan sel-sel jantung tidak mendapat oksigen yang mencukupi kerana kurangnya aliran darah ke otot-otot jantung.

2. Sukar Bernafas
Kesukaran ini biasa terjadi ketika tidur atau hanya sekadar berbaring. Untuk mengatasi hal tersebut, ambil nafas dalam-dalam dan hembus nafas perlahan-lahan. Keadaan nafas yang sesak juga berlaku pada malam hari. Hal tersebut dikenali sebagai Paraoxysmal Nocturnal Dyspnea atau kesukaran bernafas akibat kurang kemampuan jantung untuk mengepam darah ke seluruh tubuh dan kembali semula ke jantung dan paru-paru.

3. Kurang Selera Makan
Ia disebabkan oleh pengumpulan cairan di dalam hati atau sistem pencernaan yang mengakibatkan berkurangnya selera makan.

4. Sering Rasa Lelah Penat
Rasa lesu dan lelah tanpa sebab ini berlaku kerana tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

5. Kerap Buang Air Kecil
Intensiti buang air kecil yang kerap juga boleh menjadi simptomnya. Perkara ini disebabkan cairan yang terkumpul pada ginjal melalui aliran darah pada siang hari. Untuk menghindari hal ini, kawal pengambilan air pada waktu malam hari.
 

Saturday, August 24, 2013

Pengidap penyakit kronik-hendaklah solat pada waktu malam...



Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah SAW;

"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.


by Ustaz Zahazan Mohamed

Wednesday, August 21, 2013

Daun sambung nyawa

 


 Daun sambung nyawa memang banyak tumbuh diMalaysia dan mudah ditanam dalam pasu atau atas tanah. Dalam laman herba saya memang banyak dan saya sering makan sebagai ulam bersama lain2 daun herba.
Namanya pun sudah jelas ia salah satu makanan yang penuh khasiat untuk meningkatkan kesihatan. 


Diantaranya ia bolih bantu kawal darah tinggi, kawal cholesterol dan kencing manis dan detox liver.
 
Satu kajian baru2 ini ia juga bolih bantu kawal kanser payudara. Makan 3-5 helai daun sambung nyawa , konyah sampai lumat dan telan bersama segelas air.
Ikuti hasil kajian dalam link ini
http://www.naturalnews.com/041617_cancer_blood_pressure_natural_medicine.html



Monday, August 19, 2013

Sebab Jin Merasuk Manusia


SEBAB JIN MERASUK MANUSIA!

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya.” Tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat.” katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.