KHASIAT BUAH DELIMA.
Bismillahirrahmaanirrahiim.
Buah delima ni mungkin nampak biasa tapi khasiat delima memang tak
diragui lagi. Buah Delima terkenal dengan nama ‘superfruit’ mengandungi
antioksidan yang tinggi terdiri dari asid ellagik yang baik untuk melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.
Paling istimewanya buah delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara
tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara
membentuk. Pengambilan buah delima jugak boleh menghalang pembentukan
plaque daripada melonggok dalam salur darah arteri, mengurangkan aras
kolesterol jahat dan meningkatkan aras kolesterol baik.
Ibu
mengandung disarankan mengambil buah delima ni kerana mampu melindungi
otak daripada rosak dan mencegah Alzheimer. Rasanya ramai yang tahu buah
delima ini buah dari Syurga jadi tak hairanlah kan kalau banyak
kebaikan yang boleh didapati daripada buah delima.
“Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima,” [Surah al Rahman ayat 68].
DELIMA MEMBANTU MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL.
Jus Delima adalah sumber yang kaya dengan kandungan ‘phytochemical’
untuk kebaikan jantung dan salur darah yang sempurna. Ia bukan sahaja
merendahkan tahap kolestrol, tetapi juga merendahkan tekanan darah dan
mengurangkan tahap sesak nafas (altherosclerosis). Jus DELIMA juga bagus
untuk mengelakkan kanser payudara, kanser kelenjar pundi kencing,
kanser usus, leukimia, dan juga untuk mengelak perubahan jantung yang
ditumbuhi tumor.
DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI.
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding
pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila diri perlukan
sumber antioksidan pada kehidupan seharian, maka pastikan ia adalah
antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk
antioksidan.
DELIMA MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima
membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah
terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung.
Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima
membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan
membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi
‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksidan yang mampu
melawan penyakit jantung dan kanser.
DELIMA MEMBERI DAN MERANGSANG TENAGA BATIN.
Jus delima kaya dengan kelebihan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin)
DELIMA MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima
dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi
dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa
jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi
mangsa serangan jantung atau penyakit hati.
DELIMA MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS.
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan
merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru yang utama mendapati
pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat
merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada
arteries).
“Dalam kebanyakan jus, gula hadir secara bebas-dan berbahaya-bentuk,”
Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida
yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung
melawan atherosclerosis.”
DELIMA MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus
delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat
pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G
dan juga kumpulan 0.
DELIMA MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Ia hanya boleh dicapai dengan meminum jus delima atau mengambil
supplement delima. Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat
mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit
berpuas hati dengan keputusan yang diterima dimana penggunaan delima
dapat menyembuhkan kanser itu.
DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat
memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia
ada. Ini adalah kajian terbaru yang diperolehi dari kebaikan jus
delima. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang
ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser
payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat
menghalang pembesaran sel kanser kulit.
DELIMA MEMBANTU MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa
kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Ini
akan membawa kepada risiko jika manusia tidak mengendahkan kesihatan
diri. Jus delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong
penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang.
Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan
pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan
tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
DELIMA MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi
yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang
pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan
gigi.
DELIMA MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti
bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap
minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit
Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian
setiap minggu.
DELIMA MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus
delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat
pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G
dan juga kumpulan 0.
DELIMA MELINDUNGI OTAK BAYI
Dalam kajian Pediatrik mendapati bahawa meminum jus delima semasa
mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga
dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa
tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik
(folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada
tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah
sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua
ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap
hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan
mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan,
kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ dimana ia dapat
mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung
pada waktu malam.
DELIMA MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tingi pada buah ini merupakan
ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada
pengidap asthma dan lelah.
DELIMA MELAWAN PENYAKIT GOUT
DELIMA MENGELAK PENYAKIT AWAL PAGI
(ALAHAN IBU MENGANDUNG)
DELIMA MENCANTIK DAN MERAWAT KULIT KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral
lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A,
B1, B2, B3, dan C. Bertindakbalas bersama sodium, ‘potassium’ mengatur
ekuilibrium air tubuh dan menjaga degupan jantung agar tetap normal
(bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan
kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot
agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih
utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang
dikandung), mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di
dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali
kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya
bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.
Semoga bermanfaat.
Wallahu'alam.