THE
 MOTHER’S SECRET adalah produk minuman tambahan berperisa coklat yang 
bertindak sebagai MILK BOOSTER untuk membantu menambahkan pengeluaran 
dan meningkatkan kualiti tekstur susu ibu. Tidak seperti produk MILK 
BOOSTER yang lain, THE MOTHER’S SECRET adalah satu-satunya
 produk muslim jenama Malaysia yang memiliki pengiktirafan Islamic 
Manufacturing Practise (IMP) dan HALAL JAKIM selain keberkesanannya 
terbukti dapat dilihat dengan segera.
 
BAHAN-BAHAN 100% SEMULAJADI DAN HALAL YANG TERDAPAT DI DALAM THE MOTHER’S SECRET
 
Al-Manna/ Arabic Gum/ Prebiotik Semulajadi
Moringa Oliefera/ Pokok Syurga
Fenugreek/ Halba
Honey/ Madu Lebah
Dates/ Kurma
Fennel Seed/ Jintan Manis
Malt/ Barli
Goat Milk/ Susu Kambing
Cocoa/ Serbuk Koko
Nah! Daripada 9 bahan 
yang ada di dalam THE MOTHER’S SECRET ini, cuba kirakan kepada saya, 
berapakah bahan yang ibu-ibu pernah dengar bahawa ianya memang 
disebut-sebut sejak turun-temurun dan diakui berkesan melalui kajian saintifik yang mampu menambah kandungan susu ibu?.. berapa ya ibu-ibu semua?
Ya betul! Jawapannya ialah 8 bahan kecuali serbuk koko (Coklat).  Tetapi yang pasti Coklat juga pastinya mempunyai kebaikan dan manfaatnya yang tersendiri seperti terdapatnya kandungan poliphenol yang mampu mengurangkan stress dan tekanan kepada ibu-ibu yang penat berkerja dan menyusukan bayi mereka. Serbuk koko (Coklat) juga mempunyai kandungan antioksidan yang sangat tinggi yang mampu menjadikan ibu-ibu kekal sihat dan sentiasa awet muda.
 Adakah ibu-ibu semua sudah cukup yakin dengan THE MOTHER’S SECRET? 
Belum lagi..? Tidak mengapa., Jom! ikut saya.. saya akan terangkan lebih
 lanjut 8 bahan lain yang terdapat di dalam THE MOTHER’S SECRET ini?..
Sebenarnya, dengan 8 bahan ini jugalah yang telah membezakan THE MOTHER’S SECRET berbanding dengan produk milk booster yang ada di pasaran selain daripada status halal
 yang disebutkan tadi. Produk lain mungkin hanya  mempunyai 1 atau 2 
sahaja bahan sahaja dengan dicampur adunan lain yang mungkin bukan bahan semulajadi. Tetapi dengan THE MOTHER’S SECRET, ibu-ibu akan mendapat terus manfaat daripada 8 bahan 100% semulajadi sekaligus mampu untuk menambah pengeluaran dan meningkat kualiti susu ibu.
Selain  daripada itu juga, terdapat makanan
 yang menjadi makanan Rasullullah S.A.W di dalam produk THE MOTHER’S SECRET ini iaitu 
MADU LEBAH, KURMA, HALBA dan SUSU KAMBING.   Hebat bukan?  Sekiranya 
Ibu-Ibu sudah cukup yakin dengan kesucian, khasiat dan keberkesanan 
produk THE MOTHER’S SECRET. 
Jika ada antara ibu-ibu yang masih 
kurang jelas dengan setiap satu bahan disebutkan tadi, Jom! ikuti saya 
untuk saya jelaskan apakah manfaat sebenar di sebalik setiap satu 8 bahan istimewa lain di dalam THE MOTHER’S SECRET ini.
1. AL MANNA / ARABIC GUM / PREBIOTIC SEMULAJADI
Al Manna ini katakan mempunyai kandungan
 prebiotik semulajadi tertinggi sama fungsi dengan prebiotik yang 
terdapat dalam susu ibu dan ianya 10 kali ganda kaya dengan kalsium yang terdapat dalam susu lembu.
Al Manna ini juga diakui kaya dengan fiber diet boleh larut yang memudahkan sistem pencernaan dan sangat membantu dalam proses gastrointestinal badan. Al Manna juga mengandungi serat yang membantu mengurangkan angin dalam badan dan akan menggalakkan pembiakan bakteria sihat di dalam perut yang sangat berguna untuk mencegah kanser kolon, sembelit dan cirit-birit. Al Manna juga boleh membantu melawan penyakit kencing manis dan jantung. Kajian juga mendapati Al Manna mampu memberi rasa kenyang yang berpanjangan. Wow! Hebatnya..
Firman Allah di dalam Quran yang bermaksud:
“Dan
 Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang 
pasir) dan Kami turunkan kepada kamu “Manna” dan “Salwa” (Burung Puyuh),
 (serta Kami berfirman): “, Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang
 Kami telah kurniakan kepada kamu”.
{Surah Al-Baqarah, Ayat 57}
 
2. MORINGA OLIEFERA / POKOK SYURGA
Moringa Oliefera juga dikenali sebagai pokok magis kerana boleh dikatakan keseluruhan pokok ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Melalui penyedilikan saintifik moden, daun pokok ini mengandungi tujuh kali Vitamin C berbanding Oren, empat kali Kalsium berbanding susu, empat kali Vitamin A berbanding lobak merah, tiga kali Potassium berbanding pisang dan dua kali Protien berbanding kandungan di dalam yogurt. Maka tidak hairanlah sejak dulu lagi pokok Moringa Oliefera ini digunakan sebagai sumber bagi menentang kekurangan zat makanan dan kalsium dikalangan ibu yang menyusukan dan bayi mereka. Walaupun ianya telah digunakan sejak turun temurun oleh nenek moyang kita untuk ibu-ibu yang baru bersalin tetapi kajian keberkesanannya hanya dapat dibuktikan dan diperakui oleh saintis moden pada zaman ini.
“Saya
 belum pernah menemui produk tumbuhan seperti Moringa Oliefera   
walaupun telah lebih 30 tahun saya berkecimpung dalam industri makanan 
supplemen kesihatan” 
 Ken Brailsford, Former President and CEO of Nature’s Sunshine
Kajian klinikal terkini mendapati Moringa juga mengandungi unsur Cytokinin. Kompaun unik ini bertindak sebagai agen tumbesaran sel dalam badan yang jelas boleh menambah pengeluaran susu dalam badan dan mencergaskan regenerasi sel badan.
3. FENUGREEK / HALBA
Halba secara khusus diketahui digunakan untuk membantu proses penghadaman. Halba juga digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. Kajian telah menunjukkan halba adalah pemangkin pengeluaran susu ibu dan penggunaannya didapati membantu meningkatkan pengeluaran susu kepada kuantiti yang banyak.
Antara kebaikan halba yang diketahui adalah seperti berikut:
- Diosgenine dalam halba merangsangkan penghasilan hormon estrogen dalam wanita dan oleh itu herba diakui mampu untuk menambahkan pengeluaran susu badan ibu
 
- Melegakan segugut kerana bahan aktif dalam halba merehatkan otot-otot dan mengelakkannya daripada kekejangan.
 
- Melegakan simptom-simptom menopause.
 
- Mempermudahkan proses bersalin.
 
- Membantu dalam proses penyembuhan masalah usus, cirit-birit, batuk, sakit tekak, bronkitis, mencairkan kahak, ulser, masalah kulit, melecur, bisul, ekzema, gout dan athritis.
 
- Kajian terkini mendapati halba juga mampu menurunkan kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah. Ia memperlahankan penyerapan gula ke dalam perut dan merangsangkan pengeluaran insulin.
 
Rasulullah saw bersabda :
“Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas” 
{Books of Sufi Healing m.s.58}
 
Pada suatu hari Rasulullah SAW 
menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Lalu 
Rasulullah SAW menyuruh dipanggilkan tabib. Maka datanglah Al Harith Ibn
 Qaldah untuk merawat Saad bin Abu Waqqas. Al Harith Ibn Qaldah telah 
mengesyorkan agar Saad bin Abu Waqqas memakan Halba dan Kurma Ajwa’. 
Maka dengan izin Allah, Saad bin Abu Waqqas pun sembuh dari penyakitnya 
itu.
Rasulullah SAW kemudiannya bersabda:
“Gunakanlah Halba sebagai ubat”
{Qamus Al-Tibb Ahad Qodamah-Mesir}
 
4. HONEY/ MADU LEBAH
Secara asasnya Fungsi dan Manfaat Madu Lebah adalah seperti berikut:
- Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
 
- Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
 
- Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat membantu proses penyembuhan arthirik sendi
 
- Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
 
- Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal yang membantu proses penyembuhan ulcer.
 
- Sumber laxative yang natural dan lembut
 
- Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
 
- Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi
 
Khasiat madu kepada ibu yang sedang mengandung
- Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
 
- Membantu dalam mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
 
Khasiat madu kepada bayi di dalam kandungan ibu
- Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman yang cuba menyerang janin di dalam kandungan.
 
- Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
 
- Bayi yang keluar akan mempunyai kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
 
- Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
 
- Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan memakan madu oleh para ibu yang mengandung.
 
Khasiat madu kepada bayi yang baru lahir (mentaknik bayi)
- Pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan lendir perut ibu yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
 
- Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi 
dinding perut. Proses penghadaman akan dapat berjalan dengan sempurna 
dan seterusnya menghindarkan bayi daripada sakit dan kembung perut.
 
- Bayi akan membesar dengan sempurna dan sihat.
 
Khasiat madu kepada ibu yang baru bersalin
- Madu lebah boleh membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perut atau rahim.
 
- Membantu proses penghadaman dan melawaskan perut
 
Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Dan
 dari Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah; buatlah sarang dibukit-bukit, 
di pepohonan kayu, dan di tempat (berhampiran) yang dibina manusia.   
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam 
warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. 
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda 
(kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir,”   
{Surah An-Nahlu, ayat 68 dan 69}
 
Terdapat banyak hadis Nabi Muhammad S.A.W yang menjelaskan mengenai madu lebah. Diantaranya tentang hadis sahih iaitu:
Mengenai
 kisah seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah S.A.W mengadu 
tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad S.A.W bersabda, “dia hendaklah diberi minum madu”.
 Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya 
tidak juga sembuh. Nabi Muhammad S.A.W menyuruh saudara pemuda itu 
terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya bertambah, akhirnya Nabi S.A.W berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah S.A.W sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh.
{Riwayat Bukhari dan Muslim}
 
5. DATES/ KURMA   
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
   Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, 
sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan 
semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi 
dalam dunia perubatan tradisional.
Dari segi saintifik ianya amat berkesan untuk membantu dalam proses penyembuhan gangguan usus yang kronik,
 dimana ketidakserasian dengan gluten di dalam perut telah menghalang 
penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.   Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian
 yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten 
dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada 
pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”. 
Nabi Muhammad SAW juga ada bersabda:
“Berilah
 makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang
 demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan 
bertaqwa (bersih hatinya)”.
 
6. FENNEL SEED / JINTAN MANIS   
Jintan Manis atau Fennel Seed adalah 
bahan utama dalam masakan orang-orang Melayu dan kaum india. Tanpa 
jintan manis maka kuranglah rasa kesedapan pada lauk pauk yang dimasak. 
Namun tahukah anda jintan manis mempunyai kehebatan tersendiri dan 
pelbagai khasiat di dalam perubatan. Antaranya, Ia dapat membantu dalam melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, memperbanyakkan susu dan membuang gas dalam usus selain mampu menurunkan berat badan dan memecahkan lemak tidak sihat dalam badan.
Jintan manis mengandungi banyak 
flavonoid anti-oksidan seperti kaempferol dan quercetin. Sebatian ini 
berfungsi sebagai anti-oksidan yang kuat dengan membantu untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya dari badan itu melindungi dari jangkitan kanser kolon dan melewatkan proses penuaan.  Jintan Manis juga paling berkesan untuk pencernaan, boleh membantu dalam proses mengubati kejang perut dan juga mampu melegakan sembelit. Herba ini juga dikatakan boleh merangsangkan detoksifikasi yang dapat  membantu proses penyembuhan gejala Premenstrual Syndrome (PMS) dengan mengawal hormon estrogen. Manfaat kesihatan yang lain ialah ia mampu menurun paras kolesterol , meningkatkan sistem imun daripada penyakit, menghalang pembentukan gas dalam saluran usus, melegakan asma, batuk dan tonik untuk buah pinggang. Herba ini boleh dikunyah untuk menyegarkan bau nafas dan juga membantu meningkatkan keinginan seksual.
7. MALT / BARLI
Berikut adalah beberapa 
Khasiat dan Manfaat Barli untuk kesihatan :-
- Khasiat barli dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.
 
- Barli juga dikesan boleh membantu merendahkan kolesterol, meredakan sembelit dan mencegah penyakit kanser.
 
- Pengambilan yang konsisten mampu mengelakkan penyakit jantung.
 
- Barli bagus untuk kesihatan kolon 
(usus). Barli mempunyai kandungan serat yang tinggi menjadi makanan 
kepada bakteria baik yang tidak berbahaya dalam kolon dan membantu 
melancarkan pergerakan sistem pencernaan. Secara tidak lansung akan 
menghalang dari penyakit buasir dan kanser kolon.
 
- Asid propionik dan beta glukan dari serat yang tak larut juga membantu mengurangkan kolesterol dan menghalang pembentukan batu karang.
 
- Barli sesuai diamalkan oleh Pesakit diabetes kerana mempunyai banyak serat yang  mampu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
 
- Barli kaya dengan selenium yang mana berfungsi mencegah kanser dan melegakan tanda-tanda lelah dan artritis.
 
8. GOAT MILK / SUSU KAMBING
Amalan meminum susu kambing memang diakui sejak dulu lagi dapat meningkatkan pengaliran susu badan ibu. Apa yang menarik, selain menambahkan susu ibu, kandungan kalsium yang tinggi dalam susu kambing sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi ibu yang menyusukan. Kehebatan lain susu kambing ialah susu kambing lebih mudah dicerna. Susu kambing mempunyai molekul protien & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lain. Jadi ia sangat baik untuk diet bayi juga.
WAH! tanpa saya sedari rupa-rupanya saya
 telah menerangkan kepada ibu-ibu sekalian mengenai khasiat dan manfaat 
setiap satu bahan yang terdapat di dalam produk THE MOTHER’S SECRET ini.
 Saya pasti kini anda sebagai ibu telah mulai 
YAKIN 
dengan  keberkesanan produk ini sebagai MILK BOOSTER dan penambah tenaga
 dan kesihatan ibu yang menyusukan bayi comel  masing-masing. Mari 
ibu-ibu sekalian, usah berlengah lagi.. Dapatkan produk ISLAMIC MILK 
BOOSTER “THE MOTHER’S SECRET” untuk 
selesaikan masalah kekurangan susu anda sekarang juga!
JIKA ANDA IBU YANG SEDANG MENYUSUKAN BAYI IKUTI CADANGAN DI BAWAH UNTUK LIHAT KEBERKESANANNYA!!
Minum THE MOTHER’S SECRET 2 
kali sehari waktu pagi (sarapan) dan waktu malam (makan malam). 
Sekiranya ibu mahu melihat hasil keberkesanannya dengan segera boleh 
juga diamalkan 3 kali sehari iaitu tambahan meminum pada waktu makan 
tengahari dan jangan lupa untuk banyakkan meminum air kosong
SEMENANJUNG MALAYSIA
Pakej Pengenalan (33.60) + Pos Laju (6.40) 
RM40.00
~
 http://momsolutionstore.com/#top