SYAITAN MERASUK MANUSIA DLM KONDISI YG TIDAK KITA JANGKAKAN 
 Syaitan mampu untuk bergerak dalam diri manusia dan melakukan pelbagai 
pengaruh ke atas manusia yang dimasukinya. Dalam suasana itu manusia 
yang dipengaruhi masih dalam keadaan yang normal. Akan tetapi adakalanya
 syaitan dapat mempengaruhi manusia hingga 
mengubah perwatakan dan 
tingkah lakunya, menjadi seolah-olah orang yang gila. Inilah yang 
disebut sebagai kerasukan atau histeria.
Allah Subhanahu wa Ta'ala 
menerangkan tentang kemampuan syaitan ini:
 "Orang-orang yang memakan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya
 
 orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu."
 [al-Baqarah 2:275]
 Kerasukan tidak saja terhad kepada orang yang melibatkan diri dalam
 
urusniaga riba, tetapi meluas kepada pelbagai keadaan yang lain.
 
Merujuk
 kepada persoalan kerasukan dan hubungkaitnya dengan syaitan, manusia 
terbahagi kepada tiga golongan:
     1.
Mereka yang menafikannya. 
Golongan ini berkata, kerasukan tidak berpunca dari syaitan sebaliknya 
berpunca dari penyakit tertentu seperti gangguan saraf, perubahan 
hormon, tekanan jiwa (stress) dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini 
dapat dihentikan dengan mengambil ubat.
     2.
Mereka yang 
berlebih-lebihan. Golongan ini mengakui bahawa kerasukan berpunca dari 
syaitan. Akan tetapi mereka berlebih-lebihan dalam menyandarkannya 
kepada syaitan sehingga apa jua perubahan tingkah laku (behaviour) yang 
dihadapi oleh seseorang, mereka menganggapnya sebagai kerasukan syaitan.
     3.
Mereka yang berada di pertengahan antara golongan pertama dan 
kedua. Golongan ketiga ini berkata kerasukan boleh berpunca dari 
penyakit dan boleh juga berpunca dari syaitan.
  Maka kerasukan pertama 
(penyakit) dihentikan dengan ubat-ubatan manakala kerasukan kedua 
(syaitan) dihentikan dengan 
zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah 
shallallahu 'alaihi wasallam. Jika tidak pasti kerasukan yang dialami 
oleh seseorang sama ada berpunca dari penyakit atau syaitan, maka ia 
dihentikan dengan ubat dan zikir.
 
Ada pun hujah golongan pertama 
bahawa kerasukan hanya berpunca dari penyakit, mereka membuktikannya 
dengan pelbagai penemuan baru tentang apa yang sedang berlaku dalam 
badan. Bahkan dengan peralatan serba canggih masa kini, mereka dapat 
menunjuk secara tepat bahagian saraf yang sedang mengalami gangguan dan 
keadaan hormon badan yang tidak seimbang. Maka apabila diberi ubat, apa 
yang dianggap sebagai kerasukan dapat dihentikan.
Akan tetapi, 
sekali pun dengan segala penemuan dan alat canggih tersebut, tetap 
timbul satu persoalan yang masih tidak dapat dijawab oleh para pakar 
perubatan:
 Mengapa saraf mengalami gangguan dan mengapa sebahagian 
kelenjar merembeskan hormon secara berlebihan? Benar, bahawa semua itu 
dapat dihentikan dengan mengambil ubat tertentu. Akan tetapi mengapakah 
kerasukan berulang apabila ubat habis dimakan?
 
Jawapannya dapat 
diperolehi dengan mengkaji peranan syaitan. Apabila syaitan memasuki 
tubuh badan manusia, ia mampu mengganggu kestabilan saraf dan 
keseimbangan hormon. Bahkan ia mampu melakukan pelbagai lagi yang tidak 
dianggap sebagai kerasukan, seperti
 mematikan saraf (paralyse), 
menyumbat saluran darah (blood clot) dan merangsang sel-sel tertentu 
untuk berkembang dengan pantas secara tak terkawal (tumor and cancer). 
Semua ini amat mudah bagi syaitan dan semua ini akan diakui oleh sesiapa
 yang mengkaji secara teliti kesemua ciri-ciri syaitan yang dikupas 
dalam bab ini.
  
 Walaubagaimana pun, ini tidaklah bererti 
semua penyakit dan gangguan tingkah laku berpunca dari syaitan. 
Sebahagiannya berpunca dari faktor lain seperti gizi pemakanan yang 
tidak seimbang, kecederaan fizikal, tekanan jiwa, usia tua dan 
sebagainya. Maka tidaklah benar anggapan golongan kedua bahawa semua 
perubahan kelakuan berpunca dari syaitan.
   
Yang benar adalah
 bahawa kerasukan mungkin berpunca dari penyakit dan mungkin juga 
berpunca dari syaitan. Maka apa yang berpunca dari penyakit, ia 
dihentikan dengan ubat-ubatan yang diberi oleh doktor pakar manakala apa
 yang 
berpunca dari syaitan, ia dihentikan dengan zikir-zikir yang 
diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Jika tidak pasti 
sama ada kerasukan berpunca dari penyakit atau syaitan, maka kedua-dua 
kaedah digunakan serentak untuk menghentikannya.
 
Seterusnya, peranan syaitan dalam menyebabkan kerasukan kepada manusia terbahagi kepada dua kategori:
 Kategori Pertama:
 Kerasukan yang dilakukan oleh syaitan berdasarkan kemahuannya sendiri. 
Sengaja syaitan merasuk manusia untuk menyesatkannya, mengkafirkannya, 
mensyirikkannya dan memasukkan mangsa tersebut ke dalam neraka. Semua 
ini dapat dicapai oleh syaitan apabila mangsa atau orang di 
sekelilingnya cuba mengubati kerasukan itu dengan cara yang berbeza dari
 tunjuk ajar Rasulullah, bahkan dengan cara yang dilarang oleh Islam.
 
Kategori Kedua:
 Kerasukan yang dilakukan oleh syaitan berdasarkan perintah tuannya. Ini
 disebut sebagai sihir. Sihir adalah satu tindakan jahat yang memerlukan
 dua unsur utama:
     Manusia sebagai ahli sihir sekali gus merangkap jawatan “Tuan”.
     Syaitan sebagai khadam yang melakukan kerja sihir yang diperintah oleh tuannya.
Melalui sihir syaitan dapat mencapai beberapa objektifnya.
 Secara terperinci:
 
·        Objektif untuk Menyesatkan: 
 
Apabila orang yang terkena sihir berubat, lazimnya mereka tidak tahu 
cara perubatan sahih yang diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi 
wasallam. Mereka berjumpa dengan mana-mana bomoh atau ustaz yang masyhur
 di sisi masyarakat untuk berubat dan menerima apa saja kaedah perubatan
 yang diberikan olehnya. Bahkan mereka tidak tahu apakah maksud 
jampi-jampian yang dibacakan ke atas mereka. Akibatnya, mereka telah 
meninggalkan jalan Rasulullah kepada jalan lain yang menyesatkan.
   
·        Objektif untuk Memusyrikkan: 
 Apabila orang yang terkena sihir berubat, lazimnya mereka meletakkan 
keyakinan bahawa pengaruh kesembuhan adalah dari bomoh atau ustaz yang 
sedang mengubatinya beserta bacaan-bacaan jampi mereka.
P
adahal 
satu-satunya pengaruh untuk kesembuhan ialah Allah Subhanahu wa Ta'ala. 
Apabila keyakinan seseorang terhadap kuasa yang dapat memberi manfaat 
dan mudarat kepadanya beralih dari Allah kepada sesuatu yang lain, dia 
telah
 syirik kepada Allah.
   
·        Objektif untuk Mengkafirkan: 
 Satu contoh mudah, apabila Jamal ingin berbuat jahat kepada Jamilah, 
dia akan menemui seorang ahli sihir bernama Ahmad dan menyampaikan 
hajatnya. Ahmad akan memerintah khadamnya, yakni syaitan, untuk membuat 
apa yang dihajatkan oleh Jamal ke atas Jamilah. Perbuatan itu pelbagai, 
dari muntah darah, gangguan pemikiran sehinggalah kepada kerasukan. 
Inilah yang lazim disebut sebagai “kena buat orang!”
 Untuk 
melawan buatan sihir itu, Jamilah akan pergi menemui seorang ahli sihir 
lain bernama Kamal dan menyampaikan hajatnya. Kamal akan memerintahkan 
khadamnya, yakni syaitan, untuk membuatkan apa yang dihajatkan oleh 
Jamilah ke atas Jamal. Demikianlah ia berulang antara Jamal dan Jamilah.
 Dalam contoh di atas, syaitan berjaya mengkafirkan kesemua Jamal, 
Jamilah, Ahmad dan Kamal. Sekali pun syaitan disebut sebagai 
“khadam”, 
sebenarnya ia adalah tuan kepada semua yang terbabit, termasuklah Ahmad 
dan Kamal. Syaitan hanya berpura-pura menjadi khadam asalkan dengan itu 
tercapailah objektifnya untuk mengkafirkan manusia.
 
Sesiapa saja 
yang terlibat dengan sihir, sama ada untuk menyihir atau melawan sihir 
dengan sihir, akan menjadi kafir berdasarkan firman Allah Subhanahu wa 
Ta'ala:
 "Mereka mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan
 dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman,padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu,akan tetapi syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya);
 
 
 Kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat:
 
 Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon),sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun
melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:“Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu),oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajari sihir).”
 
 
 [
al-Baqarah 2:102]
 .  Objektif memasukkan ke dalam neraka: Orang yang berurusan dengan 
sihir akan menerima padah yang buruk di Hari Akhirat, termasuk diazab di
 dalam neraka. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
 "Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara (sihir) yang hanya membahayakan mereka
 
 dan tidak memberi manfaat kepada mereka.Dan demi sesungguhnya mereka telahpun mengetahui
 
 bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu,tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di Akhirat.
 
 Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka,
 kalaulah mereka mengetahui.[al-Baqarah 2:102][37]
 
~ 
Syukur Syukriah