Doa Pendinding & Penggerak sangat wajar diamalkan di zaman ini 
Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya 
diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti 
sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika 
dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan 
terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan 
disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti 
berikut;

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga,
 ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;
- Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
 
- Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
 
- Berbahaya
 
- Melarat, Bertambah Payah
 
Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah 
kita akan terhindar daripada
 ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu 
faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;
- Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
 
- Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
 
- Selamat dari bahaya.
 
- Tidak melarat, Menjadi Senang.
 
Keberuntungan beramal dengan doa ini
1. Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat 
Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita 
untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja 
yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal 
dengan doa ini seperti berikut;
- Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat 
ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum 
pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan 
yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, 
memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan 
seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. 
Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk 
kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita. 
 
- Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca 
ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada 
anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya 
yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. 
Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat 
beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika 
sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau 
pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan 
sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita 
boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
 
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas 
daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah 
yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. 
Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak 
boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa 
ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
2. Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya 
mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan
 untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan 
tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim 
dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan 
sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk 
mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan 
adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali 
sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan 
keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang 
dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.
3. Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik 
dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan 
mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika 
sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin
 Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk 
dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh 
memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada 
perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana 
dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak 
disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman 
yang mengandungi santau.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah 
gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak 
menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. 
Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah 
minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat 
sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan 
minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada 
mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum 
menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan 
melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan 
ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut
 akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa 
ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor 
lain.
3. Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat 
tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, 
di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan 
sebagainya, maka kita
 terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu
 jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk
 mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari 
tempat yang disebutkan di atas, kadang kala
 makhluk itu akan mengekori 
kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita 
mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, 
akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan 
mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini 
tiga kali kemudian ludah ke 
sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan 
supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan 
jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya’Allah.
Darussyifa’